Monday 1 October 2012

double chocolate fudge brownies

salam pagi isnin semua.. oklah,entri kali ni ringkas je.. xdapat nak sembang lbh2 sb kejar masa.. hehe.. so,utk peminat brownies bolehlah intai2 resepi ni ye.. resepi ni saya ambil dr sky blue kitchen mohon syer kat sini pulak ye kak diana.. tq..



RESEPI = DOUBLE CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
RESEPI OLEH = AGNES CHANG
RUJUKAN = SKY BLUE KITCHEN 


 BAHAN2:
  • 250 gm coklat masakan (dark) -  (potong kecil)
  • 150 gm mentega
  • 180 gm gula perang @ gula merah lembut -
  • 3 biji telur - pukul ringan
  • 1 teaspoon esen vanila
  • 120 gm tepung serbaguna - ayak
  • 120 gm coklat putih - potong kecil
  • 120 gm biji gajus panggang - saya xletak
 CARA2NYA :
  1. Cairkan coklat masakan bersama mentega guna kaedah double boiler @ masukkan ke dalam microwave ( medium power ) selama 2 minit.Kacau guna whisk sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula - gaul sebati
  3. Masukkan telur dan tepung - gaul lagi.
  4. Masukkan coklat putih & gajus.Gaul rata  menggunakan spatula. 
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 28 cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah di alas dengan kertas minyak & di lengser sedikit mentega.
  6. Bakar d dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180°C selama 30 minit @ sehingga ianya masak.
  7. Sejukkan sebelum d potong.
  8. tabur gula ising,coklat @ di makan begitu saja mengikut citarasa masing2.

No comments: