Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Friday, 28 March 2014

Spaghetti goreng ala mamak


Selamat malam.. dinner yg cukup ringkas dgn spaghetti goreng ala mamak..
Disebabkan mee kuning dan sayur xde dlm peti sejuk maka saya pun tukarlah guna bhn yg ada..
Masa masak ni mmg main masuk je semua bhn yg apa kat dapur tu.. nak2 yg tgl secoet tu.. apalagi.. semua kita kasi masuk ya.. janji ada makanan yg terhidang sb perut sudah lapar :)



SPAGHETTI GORENG ALA MAMAK :
● Spaghetti
● Udang
● Isi ayam
● Fish cake
● Hotdog
● Bawang merah
● Bawang putih
 
● Daun bawang  
● Air

Bahan perasa :  
● Sos tiram  
● Sos tomato  
● Sos cili  
● Pati ayam tumix  
● Kicap pekat

Cara2nya :  
1.) Rebus spaghetti hga lembut - angkat & toskan.  
2.) Tumis bawang merah & bawang putih hga naik bau.  
3.) Masukkan isi ayam - udang - fish cake - hotdog.  
4.) Tambahkan sedikit air - Perasakan dgn bhn2 perasa secukupnya.
5.) Masukkan spaghetti - masak sehingga kuah agak kering @ pekat. 
 6.) Masukkan daun bawang - kacau seketika kemudian bolehlah matikan api.



Ni saya masak utk sorang makan je.. :)

   

Sesuai dimasak ketika hendak clearkan stock2 yg ada kat peti sejuk tu.. yg tgl sikit2 tu semua boleh masuk.. xdelah membazir kan.. yg penting perut pun kenyang.. 
 

Thursday, 27 December 2012

spaghetti carbonara

merry christmas to all my friends & family yg menyambutnya.. maaflah terlambat wish.. sibuk ber'xmas'.. hehe..


spaghetti carbonara ni saya buat khas utk my dad sempena xmas hari tu.. bapa saya ni mmg peminat western food.. lg2 yg berkaitan dgn pasta.. semua dia suka.. 
 

klau mcm kami adik beradik dgn mak.. boleh je mkn apa saja.. cuma utk bapa sian pulak kan.. yelah,xmas kenalah mkn yg kita suka.. barulah ada mood nak ber'xmas' kan.. hehe..


utk resepi ni saya buat versi simple.. sb bapa kurang mkn ayam.. so senanglah kerja...hehe..  lgpun bg saya spaghetti ni kalau byk sgt bahan2 sampingannya mcm xsyok pula.. ala2 sos carbonara tu tenggelam dgn pelbagai perisa yg meresap.. 


tp lain org lain citarasa kan.. tu yg bestnya bila kita masak sendiri.. boleh ubah ini itu utk disesuaikan dgn selera kita.. klau kat kedai confirm kena marah.. siap di 'cop' customer cerewet lg.. hehe..

oklah jom kita tgk resepinya..



SPAGHETTI CARBONARA
  • 1/2 pek spaghetti - saya guna san remo
  • 1 tin sos carbonara - saya guna prego
  • 1-2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 tin cendawan butang - terpulang lah nak guna byk mana ya
  • 1/2 cawan fresh milk
  • sedikit garam
  • sedikit minyak
  • sedikit pati ayam tumix - optional
  •  sedikit herba oregano

CARA2NYA:
  1. rebus spaghetti dgn sedikit garam & minyak - kemudian,angkat-tos-bilas-ketepikan.
  2. panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih hga naik bau.
  3. masukkan sos carbonara diikuti cendawan butang - gaul rata
  4. bila sos dah mula pekat,tambahkan susu segar & perasakan dgn sedikit serbuk pati ayam tumix
  5. gaul sebati & matikan api.
  6. tuang sos atas pinggan/mangkuk - letakkan spaghetti yg telah direbus td diatasnya.
  7. taburkan dgn sedikit herba oregano.
p/s- kalau nak sos lg byk boleh lebihkan susu segar & kalau xsuka sgt rasa yg berkrim,boleh tambahkan dgn sedikit air masak.. sesuaikan ikut citarasa masing2 ye..

sedia utk dinikmati.. selamat mencuba..

Monday, 10 December 2012

bolognese spaghetti

selamat petang semua.. 
memandangkan msh lg demam.. saya menyediakan makan tgh hari yang ala kadar sahaja.. simple tapi mengenyangkan.. demam2 pun kena masak juga ya.. kesian anak lapar kan..

resepi ni saya rujuk dari dua sumber yg berlainan.. 1st from my best blogger friend.. evelyn gemina and 2nd from kak amie salami simon yang sememangnya sgt berbakat dlm bidang masakan..


masa terbaca ayat kak amie.. "Terima kasih untuk Kak Is yang telah memberi tunjuk ajar memasak resepi ini lebih 20 tahun yang lalu.." terus kehangatan semangat berkobar2 saya utk mencubanya mengatasi suhu badan saya yg demam.. muahaha.. boleh gitu?hehe..

bukan apa.. resepi lama (warisan) ni selalunya mmg sedap.. apapun,saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih utk kak IS(walaupun tidak mengenalinya) untuk resepi ini.. berterima kasih pada empunya milik lg molek kan.. minta restu gitu.. tapi sememangnya spaghetti ni sangat lazat.. anak saya yg picky eater pun boleh makan tanpa banyak kerenah..


terima kasih juga utk evelyn gemina (sumber saya mendapatkan resepi ini) & kak salami simon (sumber yang mengetengahkan resepi ini).. mohon share disini ya.. tetapi terdapat sedikit perbezaan bahan dlm ke2 2 resepi ini..  

di mana evelyn menggunakan bahan tambahan seperti sos spaghetti cendawan kimball, bay leave & herba thyme .. 

manakala kak salami simon tidak menggunakan ke3 3 bahan tambahan tersebut sebaliknya menggunakan 4biji tomato, lada kisar, capsicum merah, serbuk lada hitam & saderi..

kesimpulannya,resepi evelyn versi tidak pedas manakala resepi kak salami simon merupakan versi spaghetti yang pedas..


macam terlalu detail pulak saya meng"analisa" bahan2" resepi ni kan..mula2 tu saya pula yg jd keliru nak ikut resepi yg mana satu.. hehe.. 

sb saya gemar juga masakan pedas.. tetapi sb nak makan dengan anak.. kenalah mengalah sikit.. kena sesuaikan dengan lidah budak kecil yg mmg xmakan pedas.. akhirnya.. saya buat versi evelyn yg xpedas tetapi sama seperti kak amie yg hanya menggunakan herba oregano & sesuaikan dgn stok bahan yg ada di dapur serta buat sos yang agak pekat.. 

oklah.. panjang pulak cite asal usul resepi ni.. jom kita tgk resepinya ye.. evelyn & kak amie mohon share disini ya.. tq..


Bahan2:

A
1 paket daging ayam kisar (ramly)
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, cincang halus
Sedikit minyak zaitun, untuk menumis

 B
 1 tin tomato puri (kimball)
1 botol sos spaghetti cendawan (kimball)
2 cawan air
1 tin cendawan butang (ayam brand), hiris tipis - saya xletak
1 helai bay leave - saya xletak
Garam secukupnya
Gula secukupnya

 C
 1 bungkus spaghetti
1 sb minyak zaitun (saya guna minyak masak)
1/2 sk garam
Herba thyme - saya xletak
Herba oregano 

D
Parmesan cheese, di parut


Cara2 membuatnya:
1. Tumis bawang dari bahan A hingga naik bau. Masukkan daging ayam cincang & gaul rata, tumis hingga daging ayam masak.

2. Masukkan pula bahan2 B, gaul rata & biarkan mendidih guna api perlahan.

3. Sementara itu, panaskan air yang banyak dalam periuk, masukkan minyak zaitun & garam dari bahan C, biarkan mendidih guna api sederhana. Masukkan spaghetti & rebus hingga lembut (ala dante). Toskan air & segera bilas spaghetti dengan air biasa supaya tidak melekat. 

4. Hidangkan spaghetti atas pinggan, tabur sdikit herba thyme & oregano.

4. Apabila sos sudah masak, tuang atas spaghetti tadi. Tabur parutan parmesan cheese atasnya. Hidangkan panas2.


p/s- resepi saya copy paste je dr blog evelyn.. tq ya lyn..
oklah.. entri berhenti disini dulu ye.. saya nak berehat sekejap sebelum fikirkan menu utk makan malam pula.. (mood bertambah demam + tension).. hehe.. ^_^

Friday, 19 October 2012

baked macaroni cheese

selamat sejahtera.. semoga semuanya sihat2 belaka.. baked macaroni cheese.. entri kali ni ye.. time2 nak mkn something yg "ringan" tetapi "berat" (boleh gitu?hehe..) inilah menu yg saya plg suka.. senang dan cepat.. sambil buat kerja lain.. tup tup macaroni dah siap.. hehe..




resepi di ambil dari myresipi  dan  dilaOHdila  si pemilik resepi ini.. mohon share disini pula ye dila.. tq.. okeylah..  jom kita tengok resepi nya ye..




BAHAN2NYA:
  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging ayam cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut - ikut citarasa sendiri lah nak guna keju jenis apa ye..
  • minyak utk menumis
  • gula & garam secukup rasa

CARA2NYA:
  1. rebus makaroni hingga empuk - toskan
  2. panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. masukan daging - kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu.. garam & gula - Kacau rata
  5. Masukan makaroni.. kacau seketika.. kemudian masukkan air.. kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telur & taburkan keju.
  8. Bakar selama 45minit dengan suhu 180 C 






Sunday, 23 September 2012

macaroni fruit salad

good morning all.. entri bersiaran awal pagi ye.. biasalah hujung minggu.. family day lah katakan.. hehe.. oklah kali ni nak cite pasal macaroni fruit salad.. selalunya bila tgk resepi mesti kita perasan yg bahan2 utk membuatnya "agak" banyak dan mahal kan.. masa baca ingredients tu kalau ada bahan yg xde mulalah kita "lemah" je kan.. msti kuar dialog,"ala.. xde ni pulak.." hehe..



okey.. jgn risau. sebenarnya tu bukanlah satu perkara besar.. kita msh boleh membuatnya walaupun tanpa bahan2 yang xde.. dgn hanya menggunakan 3bahan asas dan 1 bahan tambahan..(malah ada pilihan lg..) maka bakal terhasillah "macaroni fruit salad BUDGET version".. boleh gitu?hehe.. 



okeylah.. mari kita tgk resepinya ye.. bahan asas yang diperlukan 1 cawan macaroni, 1 tin fruit cocktail dan mayonis secukup kegunaan.. 
 

untuk bahan tambahan ialah susu pekat @ susu cair..



cara2 untuk membuatnya.. didihkan air.. rebus@masak macaroni sehingga empuk@lembut.. kemudian toskan..



 sementara tu,toskan juga fruit cocktail.. TETAPI  jangan buang airnya ye.. kemudian satukan macaroni & fruit salad.. tambahkan mayonis secukup kegunaan (agak2 je lah ye brapa byk).. masukkan air@sirap gula dari fruit cocktail tadi.. part ni jgn terus tuang hbs.. tuang sikit2.. agak2 dah cukup manis oklah tu.. gaul sebati perlahan2 supaya buah2 tu xhancur..

okey.. untuk bahan tambahan tu.. kita boleh pilih sama ada nak letak susu pekat @ susu cair @ kedua2nya @ xletak langsung.. sebenarnya dari bahan asas tu dah cukup. kira dah cukup sifat lah ye.. hehe.. tp untuk menyedapkan lagi rasanya bolehlah letak bahan tambahan tu ye..


sukatannya main agak2 je lah ye.. kira kalau suka manis boleh lebihkan susu pekat.. xsuka manis boleh kurangkan @ xyah letak langsung.. dan untuk tekstur pula.. kalau suka yg jenis "basah" boleh lebihkan susu cair.. kalau xsuka yg basah.. boleh letak sikit sahaja susu cair tu.. buatlah ikut citarasa masing2..


 TETAPI.. ,kalau nak letak bahan tambahan tu.. pastikan air@sirap fruit cocktail tadi tu kena kurangkan lah ye sb nanti terlalu manis.. sb tu time letak kena tuang sikit2.. sesuaikan rasa.. xperlu habiskan semua air sirap tu.. tapi kalau buat banyak.. kena habiskan lah jawabnye.. sb saya buat guna 1 cawan makaroni je..


lepas semua bahan dah masuk,gaul sebati.. sesuaikan rasa manisnya ikut tekak masing2.. bila rasa semua dah okey.. bolehlah masukkan ke dlm bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.. lagi sedap kalau buat malam.. esoknya baru makan.. hehe..


P/S.. yang saya buat ni tanpa bahan tambahan ye.. almaklumlah.. "lelemaks2" sedang bermaharajalela.. so terpaksa lah di kawal segala yang boleh di kawal.. hehe.. oklah selamat berhujung minggu semua..