Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

cheddar cheese cupcake

selamat malam..
boring2 xboleh tido ni jom layan CHEDDAR CHEESE CUPCAKE..


sebelum ni pernah kongsikannya di SINI..  tapi kali ni saya buat dlm bentuk cupcake.. 
senang nak mkn.. hehe.. utk tutorial & kalau korang berminat utk buat versi kek..  boleh klik link yang telah diberikan diatas tu ya..

BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping sliced cheese - saya guna EMBORG
  • 200 ml susu segar
  • 70g butter @ marjerin - saya guna buttercup
  • 70g tepung gandum (ayak) - saya guna tepung superfine
  • 70g gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA2NYA:
1.  potong cheese kecil2.. campurkan dengan susu segar.. masak atas api yang perlahan sehingga cheese cair.. pastikan sentiasa kacau ye.. kemudian,masukkan butter.. kacau sehingga butter larut.. matikan api dan sejukkan sekejap - ketepikan.

2.  asingkan putih dan kuning telur.. 

3. kemudian, satukan PUTIH telur dan gula.. pukul sehingga menjadi meringue - ketepikan.

4. didalam bekas lain pukul KUNING telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi - pastikan adunan tidak berketul.

5.  campurkan meringue ke dalam adunan cheese.. tambahkan juga beberapa titik esen vanila.. kaup balik sehingga adunan sebati.. 

6. letakkan paper cup didalam loyang muffin - saya guna loyang  saiz@lubang standard dan tuang adunan cheese..

7. bakar dlm oven dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak mengikut kesesuaian oven masing2 - saya xguna kaedah bain marie mcm utk buat versi kek.. tp kalau korang nak buat boleh juga.. bergantung banyak @ saiz yg kita buat.. mcm saya sekali bakar hanya 6pcs sahaja.. paper cup yg saya guna pun saiz mini.. so,senang & cepat kek nak masak..


boleh dimakan begitu sahaja atau dihias mengikut kreativiti masing2..
saya pipe kan dgn cream cheese frosting & taburkan dgn kelapa parut kering..


siap dan sedia untuk dinikmati.. ^_^..


Saturday, 19 January 2013

vanilla cupcake

selamat petang semua.. mesti hari ni ramai yang duk rumah sb hari cuti kan.. seronok juga menghabiskan masa lapang di rumah bersama keluarga.. mcm2 aktiviti yang kita boleh lakukan bersama..


kalau keluar jalan2.. confirm byk duit yg keluar juga kan.. hehe.. lagi2 bila bawa anak keluar.. mcm2 yang dimintanya.. tetapi,sesekali apa salahnya kan..


memandangkan hari ni cuaca agak mendung.. nak buat apa pun malas.. rasa nak baring je..
sudahnya kerana sedikit penat & malas.. saya buat instant vanila cupcake sahaja utk minum petang..


vanilla cupcake ni saya buat awal pagi tadi & terus sejukkannya di dalam peti sejuk.. sengaja buat siap2 utk minum petang.. so,lepas mkn tghari tadi bolehlah rehat sekejap..


utk resepi kali ni.. saya gunakan vanilla sponge mix.. so,senang & cepatlah kerja saya kan.. hehe.. oklah utk korang yg berminat nak buat cupcake yg mudah ni bolehlah tgk resepinya kat bwh ye..



VANILLA CUPCAKE

BAHAN2NYA:
  • 250g vanilla sponge mix
  • 190g telur - timbang tanpa kulit
  • 80ml air masak
  • 75g mentega - dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila



CARA2NYA:
  1. satukan sponge mix.. telur.. air & esen vanila - pukul dgn kelajuan tinggi selama 5-6minit
  2. masukkan mentega cair & kaup balikkan dgn menggunakan spatula
  3. tuang adunan ke dalam paper cup & bakar dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak (ikut oven masing2)
  4. sejukkan sebelum diletakkan sebarang krim kegemaran anda - saya guna fresh cream @ non dairy whipping cream (pukul hga kaku & boleh terus digunakan)

 sedia untuk dihidangkan.. mudah & cepat bukan? sesekali guna 'jalan pintas' utk masak apa salahnya kan.. yang penting sedap.. hehe..


lembut cupcake ni.. walaupun harganya cuma rm2.70 tetapi rasanya mmg sedap.. pilihan yang bijak utk nilai wang..  penyingkatan masa & penjimatan tenaga.. 3 in 1 gitu.. hehe.. oklah.. selamat berhujung minggu..

Monday, 3 September 2012

Souffle cheese cupcake

salam dan selamat malam semua.. hmmmm.. panjang hmm kali ni ye.. sebenarnya xlarat nak update blog hari ni sb siang tadi btl2 sibuk.penat xhilang lagi.. tp rasa xlengkap pula rutin harian kalau xupdate blog.. padahal br seminggu dua join dunia blogging ni.. (walaupun.. ) hehe.. haruslah rajin update blog kan.. lg2 utk blogger baru.. yelah,kalau masih baru dh mls.. lama2 nti apa kes?hilang terus?hrp2 tidak ye..








oklah,terus je dgn "ceritera" souffle cheese cupcake " ni ye.. sebenarnya sejak semalam lg anak mta buatkan cheesecake.. masa tu tercari2 jg lah resepi cheesecake ni.. nak try pula resepi lain.. bosan pula kan asyik resepi cheesecake yg sama.. so,dlm proses mencari tu akhirnya jumpalah resepi yg berkenan di hati.. resepi ni saya dapat dari blog Aku . Zack . kali ni,izinkan pula saya kongsikan resepi zack kat sini ye.. TQ>>










RESEPI = SOUFFLE CHEESE CUPCAKE
SUMBER = Zack Zachoes

bahan2nya : 
  • 125 g cream cheese (suhu bilik-potong dadu)
  • 60ml susu segar 
  • 40ml minyak masak 
  • 3 biji KUNING  telur gred A
  • 40g gula kastor
  • 30g tepung jagung
  • 20ml jus lemon (optional)
bahan B :
  • 3 biji PUTIH telur
  • 70g gula kastor (saya kurangkan kepada 60g)

CARA2NYA : 
  1. panaskan oven pada suhu 150 c & letakkan sedulang air panas di bahagian bawah rak oven. 
  2. dgn kaedah double boiler.. lembutkan cream cheese-susu-minyak.. ketepikan dari api dan kacau guna whisk sehingga sebati.sejukkan pada suhu bilik.
  3. pukul  KUNING telur dgn 40g gula hingga sebati-masukkan jus lemon.
  4. masukkan juga campuran cream cheese,kacau lagi hga sebati.
  5. kemudian,masukkan tepung jagung.kacau perlahan2 sehingga semua bahan sebati.
  6. ketepikan.
*untuk bahan B :
  1. pukul PUTIH telur dgn kelajuan perlahan dahulu.bila buih2 kasar dah mulai timbul,perlahan2 naikan kelajuan mixer pada tahap max. 
  2. pukul sehingga buih kasar tadi menjadi semakin halus.
  3. sambil pukul,masukkan sedikit demi sedikit 70g gula dr bahan B.
  4. pukul sehingga "stiff peak"@bila bekas diterbalikkan,putih telur yg dipukul itu tidak jatuh/meleleh.
  •  masukkan 1/3 dari bahan B ke dlm adunan cream cheese.
  • kaup balikkan adunan sehingga sebati.ulangi sehingga bahan B hbs dan adunan sdh sebati.
  • sudukan adunan ke dlm paper cup/souffle cup sehingga hampir penuh.
  • letakkan loyang muffin di rak atas (loyang berisi air di bawahnya)
  • bakar 35-40 minit.
  • sejukkan pada suhu bilik sebelum dihias.