Saturday, 23 March 2013

cheddar cheese cupcake

selamat malam..
boring2 xboleh tido ni jom layan CHEDDAR CHEESE CUPCAKE..


sebelum ni pernah kongsikannya di SINI..  tapi kali ni saya buat dlm bentuk cupcake.. 
senang nak mkn.. hehe.. utk tutorial & kalau korang berminat utk buat versi kek..  boleh klik link yang telah diberikan diatas tu ya..

BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping sliced cheese - saya guna EMBORG
  • 200 ml susu segar
  • 70g butter @ marjerin - saya guna buttercup
  • 70g tepung gandum (ayak) - saya guna tepung superfine
  • 70g gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA2NYA:
1.  potong cheese kecil2.. campurkan dengan susu segar.. masak atas api yang perlahan sehingga cheese cair.. pastikan sentiasa kacau ye.. kemudian,masukkan butter.. kacau sehingga butter larut.. matikan api dan sejukkan sekejap - ketepikan.

2.  asingkan putih dan kuning telur.. 

3. kemudian, satukan PUTIH telur dan gula.. pukul sehingga menjadi meringue - ketepikan.

4. didalam bekas lain pukul KUNING telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi - pastikan adunan tidak berketul.

5.  campurkan meringue ke dalam adunan cheese.. tambahkan juga beberapa titik esen vanila.. kaup balik sehingga adunan sebati.. 

6. letakkan paper cup didalam loyang muffin - saya guna loyang  saiz@lubang standard dan tuang adunan cheese..

7. bakar dlm oven dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak mengikut kesesuaian oven masing2 - saya xguna kaedah bain marie mcm utk buat versi kek.. tp kalau korang nak buat boleh juga.. bergantung banyak @ saiz yg kita buat.. mcm saya sekali bakar hanya 6pcs sahaja.. paper cup yg saya guna pun saiz mini.. so,senang & cepat kek nak masak..


boleh dimakan begitu sahaja atau dihias mengikut kreativiti masing2..
saya pipe kan dgn cream cheese frosting & taburkan dgn kelapa parut kering..


siap dan sedia untuk dinikmati.. ^_^..


3 comments:

Mori Said said...

sedapnya tengok cc tu... mori mmg suka cc...

mama sara nur said...

betul tu wat gini senang nk ngap kan
comell dgn hiasan diatasnya
yummyyyy

Dede Thea said...

Nampak yummy boleh ku cuba nih recipe