Sunday, 17 March 2013

vanilla sponge cake with ice cream

salam hujung minggu..
hujung minggu kami sekeluarga diserikan dgn vanilla sponge cake with vanilla ice cream..


deco? jgn difikirkan sgt ya.. buat2 xnampak je.. hehehe.. saja bg peluang pd 'pemilik' tgn yg nak sgt mendeco.. nasib kat topping je.. kalau termasuk me'lepa' kek xtaulah cmna hasilnya.. tp sb ni utk mkn2 sekeluarga.. bolehlah kan.. abaikan je ketidak'smooth'an kek ni.. yg penting kenyang.. hehe..



untuk kek saya mash menggunakan resepi yang sama untuk VANILLA SPONGE CAKE.. cuma filling saya gantikan dgn ice cream perisa vanila.. jom kita tgk resepinya..



BAHAN2 SPONGE CAKE:
  • 150g tepung halus superfine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air masak
  • 80ml minyak@mentega cair - saya guna buttercup
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

FILLING:
  • ice cream perisa vanila secukupnya - terpulang nak byk mana, saya guna 1/2 bekas aiskrim jenama nestle yg warna biru tu

TOPPING & DECO :
  • 200gm fresh cream ( non dairy whipping cream )

CARA2NYA:
1. satukan gula dan ovalette.pukul hingga sebati dahulu utk seketika - lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama 
2. masukkan telur & pukul adunan lebih kurang 5-10 minit - bergantung dgn kelajuan mixer masing2
3.  perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2 - diikuti esen vanila
  
   4. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed.

    5. pukul hga adunan kembang & ringan lebih kurang 10-15minit, tetapi tempoh masa ni 
       bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer masing2

   6. utk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna,try celup jari - kalau adunan xjatuh/menitik
      maksudnya dah bolehlah offkan mixer tu.

7. bila adunan dah kembang @ gebu - masukkan minyak/mentega cair - kaup balikkan SLOW2 guna spatula @ senduk.. buat slow2 ye.. 

8. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper - bakar dgn suhu 150c-180c (ikut oven masing2) selama 45 minit @ sehingga kek masak 

9. bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit.sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias.

10. potong kek kepada 2 bahagian & letakkan ice cream sbg filling ( ice cream dikeluarkan lbh kurang 15minit lebih awal).. utk memudahkan kerja,letak potongan kek ke dlm loyang yg bersesuaian dgn saiz kek @ guna ring cake - tutup dgn plastik cling film dan bekukan di dalam peti sejuk sekurang2nya 4jam.

11. keluarkan kek dan hias menggunakan fresh cream (saya guna 200gm fresh cream yg dipukul sehingga kaku dan sedia utk digunakan).

12. hias mengikut kreativiti masing2 dan sejukkan sekali lagi utk sekurang2nya 6-8jam di dlm peti sejuk... saya biar semalaman, esok baru potong & makan.


 
sedia utk dinikmati.. sejuk.. nyaman je bila  makan kek ni.. hmmm.. 
oklah selamat mencuba dan salam hujung minggu semua..


4 comments:

Evelyn Gemina said...

Wah sedapnya may...well done 4 your deco!!!banyak improvement...

Amie said...

Bagi kak Amie yang tangan keras kejung ni kan May... dah cukup cantiklah dekonya tu he he ehhh.

may agumo said...

tq lyn.. ko jg bah yg paling manang sb byk bg tunjuk ajar.. hehe.. tq ya..

sama je kita kak amie.. keras kejung.. hehe..

linn BB said...

fuhhh.. kalau dpt time panas terik ni mmg best..