Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, 15 February 2013

dory fillet with vegetables

selamat tengahari.. 
dory fillet with vegetables merupakan menu lunch utk saya dan anak hari ni.. kat rumah tgl berdua je.. nak masak heavy xde org yang nak mkn.. so, saya masak yang simple je lah..



sesekali layan western food mmg best.. kenyang pun kenyang.. xperlu makan nasi lagi.. kalau nak diet tu elok sangatlah amalkan pemakanan sebegini.. 


DORY FILLET WITH VEGETABLES :
  • 1 keping ikan dori - saiz besar
  •  1 ulas bawang putih - pilih yang besar, kalau kecil guna 2 biji - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • thyme flakes - secukupnya
  • sedikit minyak zaitun @ minyak masak biasa ( optional )

 CARA2NYA:
1. perapkan ikan dori bersama bawang putih, halia, maggi cukup rasa & thyme flakes - perap dalam satu jam.

2. dalam non stick pan, panaskan lebih kurang 2-3 titik minyak zaitun @ minyak masak - masukkan ikan yang telah diperap dan masak sehingga kedua-dua belah ikan masak sempurna.



 untuk menu ni. saya gandingkan ikan bersama sayuran seperti sweet peas,carrot & brokoli yang telah dicelur sehingga masak sepenuhnya.. kemudian,untuk melengkapkan lagi hidangan ini, saya hidangkan bersama homemade mashed potatoes & gravy.. 

menu yang ringkas tetapi kaya dengan sumber khasiat..

Tuesday, 20 November 2012

ikan siakap sambal goreng

selamat petang semua..

ikan siakap sambal goreng merupakan entri utk kali ni ye.. favourite husband ni.. kalau p kedai seafood mkn mesti dia order ni.. kalau siakap xde,dia order kerapu.. dua jenis ikan ni je yg dia suka.. yg lain dia xmkn.. kalau saya semua suka.. bgs punya selera kan.. hihi..



sebenarnya malas nak msk tadi.. ingat nak mkn kat luar je.. xpun dah plan nak masak menu ayam .. tp bila husband dah mula 'bunyi' bosan mkn ayam.. ayam.. ayam.. teruslah saya tukar plan.. beralih ke plan B pulak lah kan.. hehe.. maka terhasillah entri kali ni yg cukup simple.. 



kalau tgk.. rasanya hampir sama je kan resepi ikan sambal ke  sweet sour ke ikan 3 rasa ke.. kurang lebih je resepinya.. so,malas nak mencari dan tentunya xnak hbskan byk masa dpn laptop.. terus je lah saya ke dapur.. masak ikut gerak hati.. sb saya ni bab lauk pauk mmg "gagal" tahap gred A.. muahaha..



so,kalau korang tak kompiden dgn resepi saya ni.. xpe,di alu2kan utk tidak mencuba.. cuci mata je lah kan.. hehe.. tp kalau ada yg berani sahut cabaran.. ini pesanan saya.. THE CHOICE IS YOURS.. muahaha.. apa punya statement lah kan.. oklah,stop merapu jap... kita tgk resepinya ye..


IKAN SIAKAP SAMBAL GORENG

                                                                         
BAHAN A: 
(di satukan & perap lbh kurang 10minit)
  • 1 ekor ikan siakap - bersihkan & tos airnya
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • garam secukup kegunaan
                                                           

BAHAN B:
(ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • segenggam udang kering - (rendam-toskan) 
  • 3 tangkai cili padi - nak lagi pedas boleh tambah



BAHAN C:
  • 2 labu bawang merah - hiris bulat
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan cili giling - nak lg pedas boleh tambah - saya guna jenama PUTERI
  • 1 sudu makan sambal udang DELIMAS
  • maggie cukup rasa @ garam - secukup rasa
  •  1 pokok daun bawang
  • 1 batang serai - dititik
  • air secukup kegunaan
  • minyak utk menggoreng & menumis



CARA2NYA:
  1. panaskan minyak & goreng bahan A sehingga kuning keemasan - angkat & ketepikan.
  2. keluarkan minyak bekas menggoreng ikan tadi.. tinggalkan secukup kegunaan sahaja utk menumis bahan2 sambal.
  3. tumis bahan B hga naik bau.
  4. masukkan cili giling, sambal udang DELIMAS, bawang merah & serai - teruskan menumis
  5. tambahkan sos tomato & sos cili - kacau rata
  6. tambahkan air - jgn terlalu banyak.. nanti rasanya "lari" - masak sehingga air sudah mula mengering @ pekat.
  7. perasakan dgn maggie cukup rasa @ garam.. cuba rasa.. kalau ada rasa yg terkurang.. korang pandai2lah adjust mana2 bahan yg perlu ditambahkan ye..
  8. taburkan dgn hirisan daun bawang & kacau rata - matikan api.
  9. tuang sambal di atas pinggan yg berisi ikan yg telah digoreng tadi.
  10. sedia untuk dihidangkan.

kalau nak tau.. inilah sambal udang DELIMAS yang saya guna dlm resepi ni.. suka dgn produk ni.. oklah,entri berhenti disini dulu ya.. ^_^