Monday 31 March 2014

MANGGO SPONGE CAKE


Salam semua..
Resepi kek span dari sweet4ever dan saya olah menjadi kek span mangga..
Sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI.. VERSI YAM.. VERSI AISKRIM..  dan VERSI RAINBOW.. mmg dah jadi resepi favourite saya utk kek span..


BAHAN2 SPONGE CAKE:
●150g tepung halus superfine
●150g gula kastor
●5 biji telur gred A
●1 sudu besar ovalette
●80ml air masak
●80ml minyak@mentega cair
●1 sudu kecil esen vanila
●1 sudu kecil serbuk penaik 


CARA2NYA:
1. satukan gula dan ovalette, pukul hingga sebati dahulu utk seketika - lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama 

2. masukkan telur & pukul adunan lebih kurang 5-10 minit - bergantung dgn kelajuan mixer masing2

3.  perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2 - diikuti esen vanila
   
4. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed

5. pukul hga adunan kembang & ringan lebih kurang 10-15minit, tetapi tempoh masa ni bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer masing2

6. utk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna, try celup jari - kalau adunan xjatuh/menitik maksudnya dah bolehlah offkan mixer tu

7. bila adunan dah kembang @ gebu - masukkan minyak/mentega cair - kaup balikkan SLOW2 guna spatula @ senduk.. buat slow2 ye

8. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper - bakar dgn suhu 150c-180c (ikut oven masing2) selama 45 minit @ sehingga kek masak 

9. bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit - sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias

10. potong kek kepada 2 bahagian & letakkan filling dan hias mengikut kreativiti masing2


Utk filling saya gunakan fresh cream dan buah mangga yg dipotong dadu.. deco juga  menggunakan fresh cream (pukul sehingga kaku & sedia utk digunakan)..

Jelly mangga pula saya jadikan sbg topping (didihkan air bersama jelly kristal NONA mengikut arahan yg tertera pada kotak.. saya guna sikit je - sejukkan seketika sebelum tuang di atas kek)


Simpan di dalam peti sejuk semalaman kemudian boleh lah di potong..

Sunday 30 March 2014

KEREPEK NGAKU 2



Salam hujung minggu..
Kerepek ngaku @ arrowhead mmg sesuai dibuat kudap2an sambil bersantai bersama keluarga dan rakan.. untuk resepi yg lebih details boleh rujuk SINI ye.. yang ni saya update secara ringkas shj..



KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD :
● Arrowhead @ ngaku
● Minyak untuk menggoreng


1.) Arrowhead dibuang kulit & sagat
2.) Goreng sehingga kuning keemasan
3.) Angkat - toskan minyak


Untuk flavour..  boleh lah letak bawang putih (ketuk)..  daun kari.. garam..  serbuk kari.. serbuk lada sulah.. atau apa2 je flavour kegemaran masing2 sebelum menggoreng.. macam saya suka rasa aslinya.. so saya buat yg plain/ori.. sedap juga sb kerepek ni manis..

 
  
Selamat mencuba!!!

Saturday 29 March 2014

DRUMNET PANGGANG PERI PERI SOS

Salam semua..
Drumnet panggang peri2 sos.. hidangan yang sangat simple tatkala mood malas berkunjung tiba..
Banyak cara nak buat tp saya buat cara yg paling cepat.. tak guna banyak bahan & senang.. dah namanya pun mood malas sdg bertandang kan :)


DRUMNET PANGGANG PERI2 SOS :
● Drumnet - banyak mana ikut suka
● Pati ayam tumix
● Minyak masak utk menggoreng
● Garlic peri2 sos (Nandos)

1.) Gaul drumnet bersama pati ayam dan goreng separuh masak.

2.) Alihkan drumnet ke dalam dulang pembakar dan curahkan garlic peri2 sos secukup kegunaan.

3.) Bakar selama 30minit dgn suhu 180c @ sehingga ayam masak - suhu boleh adjust ikut oven masing2.

 

Sedia utk dihidangkan.. mudah.. cepat dan ringkas..
 

Friday 28 March 2014

Spaghetti goreng ala mamak


Selamat malam.. dinner yg cukup ringkas dgn spaghetti goreng ala mamak..
Disebabkan mee kuning dan sayur xde dlm peti sejuk maka saya pun tukarlah guna bhn yg ada..
Masa masak ni mmg main masuk je semua bhn yg apa kat dapur tu.. nak2 yg tgl secoet tu.. apalagi.. semua kita kasi masuk ya.. janji ada makanan yg terhidang sb perut sudah lapar :)



SPAGHETTI GORENG ALA MAMAK :
● Spaghetti
● Udang
● Isi ayam
● Fish cake
● Hotdog
● Bawang merah
● Bawang putih
 
● Daun bawang  
● Air

Bahan perasa :  
● Sos tiram  
● Sos tomato  
● Sos cili  
● Pati ayam tumix  
● Kicap pekat

Cara2nya :  
1.) Rebus spaghetti hga lembut - angkat & toskan.  
2.) Tumis bawang merah & bawang putih hga naik bau.  
3.) Masukkan isi ayam - udang - fish cake - hotdog.  
4.) Tambahkan sedikit air - Perasakan dgn bhn2 perasa secukupnya.
5.) Masukkan spaghetti - masak sehingga kuah agak kering @ pekat. 
 6.) Masukkan daun bawang - kacau seketika kemudian bolehlah matikan api.



Ni saya masak utk sorang makan je.. :)

   

Sesuai dimasak ketika hendak clearkan stock2 yg ada kat peti sejuk tu.. yg tgl sikit2 tu semua boleh masuk.. xdelah membazir kan.. yg penting perut pun kenyang.. 
 

Thursday 27 March 2014

KEK SPAN ALMOND


Salam sejahtera.. entri kek span almond kali ni ye.. resepi asal dari QASEH HONEY..
tq sis atas perkongsian resepinya :)
 

KEK SPAN ALMOND
Bahan A:
●120gm tepung kek
●30gm serbuk almond
●1 sudu the serbuk penaik
Ayak dan satukan kesemua bahan tersebut - Ketepikan

Bahan B:
●4 biji telur gred A
●120gm gula kastor
●10gm ovalet

Bahan C:
●40ml air
●1 sudu teh esen vanila
●60gm minyak masak


CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 7", griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper - Boleh juga menggunakan loyang 9" - sama mcm QH saya jg guna 2 loyang berukuran 7"

2. Ayak dan satukan bahan A ke dalam mangkuk sederhana besar. Ketepikan

3. Menggunakan pemukul elektrik, putar telur dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovalette.

4. Masukan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.

5. Kemudian masukkan esen vanilla dan air. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada suhu oven masing2.

7. Bila kek sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan keluarkan dari acuan.

8. Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi dua untuk setiap kek tersebut sebelum dilepa dengan krim - deco ikut kreativiti masing2 ye.

Utk filling dan deco saya guna fresh cream sepenuhnya - pukul hga kaku dan sedia utk digunakan.

 Utk topping pula saya taburkan dgn kacang almond yg telah dipanggang dan cincang kasar.
Sejukkan beberapa jam @ semalaman dlm peti sejuk sebelum dipotong.

 Selamat Mencuba..

 

Wednesday 26 March 2014

CHEESEKUT

Salam sejahtera.. agak lama juga saya xupdate blog kan.. dah bersarang pun.. huhu.. hopefully selepas ini saya akan bergiat aktif semula..

Sebagai permulaan baru.. saya upkan entri yang cukup mudah untuk disediakan.. resepi asal saya rujuk di SINI.. TQ mamatisya utk perkongsian resepinya ye.. 


BAHAN2NYA :
1 pek biskut hup seng deluxe crackers - saya guna biskut crakers RITZ
1/2 tin susu pekat - saya letak 1/3 tp msh rasa manis
250g cream cheese
  fresh milk 
nestum (topping) - optional


CARA2NYA :
1,) Pukul cream cheese sehingga kembang 

2.) Masukkan susu pekat

3.) Tambahkan 3-4 sudu besar fresh milk - agak2 je.. jgn pekat sgt jgn cair sgt - pukul hga sebati

4.) Celup biskut dlm fresh milk dan terus susun biskut di dalam bekas

5.) Letakkan adunan cream cheese diatas biskut sbg layer pertama - ulang step yg sama sehingga bekas penuh

6.) Pastikan last layer diakhiri dgn adunan cream cheese

7.) Taburkan nestum (kisar halus) sbg topping

8.) Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati

Resepi yang mudah dan cepat penyediaannya namun cukup menggugat kesabaran utk menunggu sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati :)

 Resepi yang sesuai disediakan sempena cuti sekolah ni.. Family tentu suka terutamanya budak kecil kan..


Selamat Mencuba..

Ayam panggang rosemary

Salam sejahtera.. entri 'ayam panggang rosemary' lagi.. resepi yg sentiasa menjadi favourite kami sekeluarga.. buat berkali2 pun xpernah rasa bosan.. memang suka sangat2.. sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI..


BAHAN2NYA :
●1 ekor ayam
●5-6 ulas bawang putih
●1 sudu besar daun rosemary kering
●1 inci halia
●1 sudu besar lada hitam
●1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
●2-3 sudu besar gula perang
●2 sudu kecil garam
●sedikit perasa - saya guna serbuk pati ayam tumix
●2 sudu besar jus limau nipis @ lemon
●3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
●5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
●2 biji tomato
●6 biji baby carrot @ carrot biasa
●sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam - gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan - Angkat & ketepikan seketika

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur - kalau guna jintan kasar tumbuk sekali ye

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi - Tumbuk bersama rempah (No.3)

5. Masukkan pula lebihan minyak zaitun bekas menggoreng bawang putih tadi, brown sugar, garam, serbuk perasa @ pati ayam, rempah all spice & jus lemon - Gaul rata & sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam - masukkan dlm plastik ziplock atau simpan di dalam bekas & tutupkan dgn plastik @ aluminium foil - perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. Sebelum mula panggang ayam, rebus kentang dan carrot 3/4 masak & toskan airnya - lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang & carrot.

8. Susun ayam, kentang, carrot & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

9. Bakar pada suhu 180c - 200c selama sejam @ sehingga ayam masak.



Saya gandingkan bersama salad.. red bean dan nasi butter..

 

Selamat mencuba untuk yang berminat..