Monday, 24 December 2012

homemade twisties

selamat petang semua.. jom kita belajar buat homemade twisties.. rasanya mmg xmenghampakan.. utk mereka yg ada anak kecil tu elok sgtlah utk mencuba.. bukan sahaja dpt menjimatkan duit malah proses menyediakannya pun amat mudah.. 


resepi ni saya rujuk dari 2 sumber iaitu dari rozieda dieda & tina exora yang dikongsikan dlm group mai share recipe melalui laman facebook.. mohon share disini ye kak rozieda & tina.. terima kasih..


untuk resepi dari rozieda bahan2nya adalah seperti berikut:
  • 1 bungkus laksa kering
  • 1 bungkus serbuk kari
  • kiub ikan bilis
  • nestum
  • gula halus
  • garam
  • serbuk cheese

manakala resepi dari tina pula hanya menggunakan bahan2 seperti berikut:
  • laksa kering
  • rempah kari daging
  • kiub ayam
tetapi saya mengubahnya sikit mengikut bahan2 yg ada & selera anak.. saya buat sikit je & hanya menggunakan 1/2 keping laksa drpd 3keping yg terdapat dlm 1 bungkus laksa kering EKA..

 p/s = sebenarnya bahan2 dan sukatan ni boleh kita ubah mengikut citarasa masing2.. so,buatlah yg menepati selera anak2 anda ya..


 utk resepi ni,saya menggunakan cheese powder seperti gambar di atas.. hmm.. twisties yg di campurkan dgn cheese powder rasanya lagi sedap.. tambah umphh gitu.. hehe.. cheese powder ni saya beli online dgn puan normala binti taib.. kalau korang susah nak dapatkan cheese powder ni.. bolehlah beli dari puan normala ya..


 gambar ni menunjukkan sekeping laksa kering.. saya hanya menggunakan separuh sahaja ya..
bahan2 & sukatan yg saya gunakan adalah seperti berikut:

 

  •  1/2 keping laksa kering eka
  • 1 sudu makan serbuk kari daging babas
  •  1 1/2 sudu makan serbuk pati ayam tumix
  • 8 sudu makan nestum
  • 3 sudu makan serbuk cheese


CARA2NYA:
 patah2kan laksa..


goreng hingga garing - angkat - tos - ketepikan


sementara itu, satukan kesemua bahan kecuali laksa kering yg telah digoreng tadi


blend hingga halus.. hmmm.. patutnya blend guna bekas yg kecil tu lah kan.. yg utk kisar bahan2 kering.. tp entahlah apa yg saya fikirkan smpai guna yg besar ni..  nasib saya mmg jenis xblend cili.. jadi terselamatlah dari bau2an yg xsepatutnya.. hehe..


masukkan dlm plastik ziploc @ bekas bertutup..


masukkan juga laksa yg telah digoreng td..


tutup plastik & goncang hga sebati


keluarkan dari plastik.. sedia utk dinikmati..


 selamat mencuba..

5 comments:

Amie said...

Seronoknya dapat belajar resepi baru yang sangat menarik ni! Terima kasih sudi kongsi May....

JaSSNaNi said...

sedap ka? tak penah tau lagi wat twisties camni...

Unknown said...

sama2 kak amie.. :)

jassnani.. utk tekak kami anak beranak,sedaplah.. lg2 bila dicampurkan dgn cheese powder.. mmg fav. hehe.. tp lain org lain citarasanya kan.. :)

Evelyn Gemina said...

Wah menariknya may, boleh dicuba ni nnt : )

nettyahhiyer said...

saya sudah mencuba memang menarik.