Monday, 31 March 2014

MANGGO SPONGE CAKE


Salam semua..
Resepi kek span dari sweet4ever dan saya olah menjadi kek span mangga..
Sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI.. VERSI YAM.. VERSI AISKRIM..  dan VERSI RAINBOW.. mmg dah jadi resepi favourite saya utk kek span..


BAHAN2 SPONGE CAKE:
●150g tepung halus superfine
●150g gula kastor
●5 biji telur gred A
●1 sudu besar ovalette
●80ml air masak
●80ml minyak@mentega cair
●1 sudu kecil esen vanila
●1 sudu kecil serbuk penaik 


CARA2NYA:
1. satukan gula dan ovalette, pukul hingga sebati dahulu utk seketika - lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama 

2. masukkan telur & pukul adunan lebih kurang 5-10 minit - bergantung dgn kelajuan mixer masing2

3.  perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2 - diikuti esen vanila
   
4. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed

5. pukul hga adunan kembang & ringan lebih kurang 10-15minit, tetapi tempoh masa ni bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer masing2

6. utk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna, try celup jari - kalau adunan xjatuh/menitik maksudnya dah bolehlah offkan mixer tu

7. bila adunan dah kembang @ gebu - masukkan minyak/mentega cair - kaup balikkan SLOW2 guna spatula @ senduk.. buat slow2 ye

8. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper - bakar dgn suhu 150c-180c (ikut oven masing2) selama 45 minit @ sehingga kek masak 

9. bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit - sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias

10. potong kek kepada 2 bahagian & letakkan filling dan hias mengikut kreativiti masing2


Utk filling saya gunakan fresh cream dan buah mangga yg dipotong dadu.. deco juga  menggunakan fresh cream (pukul sehingga kaku & sedia utk digunakan)..

Jelly mangga pula saya jadikan sbg topping (didihkan air bersama jelly kristal NONA mengikut arahan yg tertera pada kotak.. saya guna sikit je - sejukkan seketika sebelum tuang di atas kek)


Simpan di dalam peti sejuk semalaman kemudian boleh lah di potong..

1 comment:

mama sara nur said...

Yum yummy
Cantiknya