Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

air laici violet

selamat bersiaran..
air laici violet ni resepi suka2.. main letak ini itu je.. 
but not bad.. mmg boleh telan juga.. hehe..


AIR LAICI VIOLET:
  • air aiskrim soda secukupnya ( letak 1/3 gelas penuh )
  • air grape F & N - secukupnya tp lg sikit dr air aiskrim soda
  • laici dlm tin secukupnya
  • ais kiub secukupnya


CARA2NYA:

1. tuang air aiskrim soda di dalam gelas - lbh kurang 1/3 penuh..

2. tuang pula air grape F & N sehingga hampir memenuhi gelas.. tp jgn penuh sgt ye.. tglkan ruang utk ais batu dan laici - cukup sekadar bg warna unggu - kacau biar sebati..

3.masukkan laici di bahagian bawah gelas..

4. kemudian, letakkan ais batu secukupnya..


siap dan sedia untuk dinikmati.. hmmm.. very refreshing.. ^_^..


Thursday, 21 February 2013

orange smoothie

selamat petang semua..


orange smoothie.. dibuat utk memperhabis stok oren kat rumah.. hehe..



ORANGE SMOOTHIE
  • 2 biji oren - kupas kulit, buang biji & urat putih - potong kecil
  • 2 biji oren - perah jusnya
  • 1/4 cawan susu segar
  • sedikit madu - secukup manis
  • ais kiub secukupnya


CARA2NYA:
1. satukan kesemua bahan di dalam blender & blend hga halus.

2. tuang dalam gelas & sedia untuk dihidangkan.


hmmm.. nyaman tekak... ^_^...

Sunday, 10 February 2013

ice cream soda & tea

salam sejahtera semua..
ice cream soda and  tea.. memang layan bila minum ketika cuaca panas..


ICE CREAM SODA AND TEA
  • air ais krim soda - dari peti sejuk
  • air teh yg telah dibancuh - disejukkan terlebih dahulu
  • ais kiub

CARA2NYA:
1. tuang air ais krim soda di dalam gelas sehingga penuh 1/3 gelas.

2. kemudian, tuang pula air teh pada bahagian tepi gelas secara perlahan-lahan.

3. masukkan ais kiub secukupnya.

4. sedia untuk dinikmati.

p/s = bancuhan air teh tu jgn buat pekat sgt.. buat sederhana sahaja.. dan jgn letak air teh terlalu byk.. sb nanti air akan menjadi pahit..

hmmm.. memang menyegarkan..

Wednesday, 6 February 2013

chocolate ice blended with black pearl

selamat bersiaran..
chocolate ice blended with black pearl.. hmmm... kalau dapat time penat ber'window' shopping 
mesti best kan..


sebenarnya buat sendiri lagi save dari beli kan.. kalau buat sendiri.. confirm dapat byk... kalau beli.. dapat segelas tu je lah.. nak lagi kena byr lah.. hehe..


 untuk resepi ni saya gunakan ice blended powder.. ice blended powder ni saya dapat dari puan normala binti taib.. hari tu adalah join contest share resepi suka2.. dptlah hadiah berupa voucher yg kemudiannya ditukarkan dgn produk pilihan saya.. tq ya puan mala..


rasanya semua org tahu utk membuat chocolate ice blended ni kan.. tp tu lah.. dah dapat hadiah.. free pula tu.. jadi eloklah kiranya kalau saya sharekan disini resepi yg menggunakan bahan2 @ produk yg saya dapat dari pihak HSE.. org berbudi kita berbahasa..barulah berkat hidup kan..


pek yang saya dapat (pilhan saya) adalah seperti gambar di atas.. dari set A iaitu 
ice blended powder + oreo crush .. tetapi bukan ini je ya.. ada lagi hadiah lain.. nti saya kongsikan di lain entri ya..


tetapi utk chocolate ice blended ni saya tidak menggunakan oreo crush tu.. dan saya tambahkan black pearl utk sesuaikan dgn citarasa sendiri.. kalau nak tgk black pearl yg belum dimasak@rebus klik SINI ya.. oklah,jom kita tgk resepinya..


CHOCOLATE ICE BLENDED WITH BLACK PEARL
  •  ice blended powder - chocolate flavour
  • susu pekat
  • ais kiub
  • air masak / sejuk
  • black pearl


1. rebus black pearl sehingga lembut - angkat - basuh - tos - ketepikan.

2. bancuh ice blended powder bersama susu pekat dan air masak @ sejuk - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.

3. masukkan bancuhan ice blended powder bersama ais kiub secukupnya ke dlm shaker @ blender & kisar sehingga semua bahan larut & sebati.

 4. tuang ke dlm gelas panjang yg telah diisi dgn black pearl.

p/s : sukatan tu korang agak2 lah ye.. buat mcm kita biasa bancuh milo @ nescafe @ minuman lain.


sedia untuk dinikmati.. sebelum saya keluar ambil anak balik tadika.. mmg kena lah kalau dapat segelas chocolate ice blended with black pearl ni kan.. mmg nyaman...

Monday, 28 January 2013

pearl milk tea

salam sejahtera semua.. 
entri yang cukup ringkas kali ini dengan pearl milk tea..


bila duduk rumah ni.. mulalah tekak minta disajikan ini itu.. nak keluar, malas.. jadinya pergilah selongkar apa2 di dapur.. tgk boleh buat menu apa..



idea nak buat pearl milk tea ni sb dah lama tak minum... itu pun anak yang minta.. sb dia suka mkn bubble @ black pearl tu.. jadinya,terhasillah entri utk kali ini..




hah.. inilah dia bubble atau black pearl.. yg ni saya beli online dari page puan normala binti taip.. mcm2 ada.. harga yg ditawarkan pun mmg cukup murah..  so,kalau korang berminat nak beli bolehlah like page tu ya..



sebelum ni,saya pernah kongsikannya di SINI dlm versi teh c peng tetapi kali ni saya olah sedikit utk menghasilkan pearl milk tea.. jom kita tgk resepinya..



BAHAN2NYA (SEGELAS) :
  •  air teh yg telah dibancuh - buat kaw @ pekat2 ye
  • susu cair - 1/3 gelas
  • gula melaka - secukup manis
  • ketulan ais kiub - secukupnya
  • fresh cream - 2-3 sudu besar
  • black pearl @ bubble - secukupnya - rebus dahulu

*sukatan susu cair tu saya guna gelas yang sama utk dihidangkan nti.. jadi dptlah kuantiti yg sepatutnya..

CARANYA:
1. satukan kesemua bahan KECUALI pearl & kisar - terpulanglah nak guna apa ye.. food processor / blender / shaker tapi pastikan tiada bau2an yang lain ya..

2.kalau dah berbuih , bolehlah tuangkan di dalam gelas yang berisi pearl

 sedia untuk dinikmati..

Saturday, 29 December 2012

oreo milk shake

selamat petang semua.. hari ni cuaca panas.. jadinya oreo milk shake ni sesuai sgtlah utk melegakan sang tekak.. okeylah, jom kita tgk resepinya..


BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping biskut oreo - xyah pisahkan dr filling.. kiranya semua 8-10 keping biskut
  • 250ml full cream milk - boleh ganti dgn fresh milk
  • 3-4 scoop aiskrim vanila - suka hatilah nak letak byk mana ye..
  • 5 ketul ais kiub - optional

CARA2NYA:
  1. satukan kesemua bahan dan blend 
  2. tuang dlm gelas
  3. hidangkan dgn fresh cream, aiskrim @ biarkan begitu sahaja
  4. sedia untuk dinikmati..
 
selamat mencuba.. ^_^

Tuesday, 9 October 2012

air jimmy asmara aka fanta hijau

hola.. apa khabar semua? sihat ke? cuaca bagaimana?hmm.. kalau di puchong ni cuaca agak panas lah.. rimas rasanya.. hehe.. so,kalau dah cuaca panas begini sesuai sgtlah kalau "manja"kan tekak dgn minuman sejuk kan.. maka entri kali ni berkisar ttg perihal "air jimmy asmara " aka fanta hijau..  kurang pasti juga kenapa nama air ni begini.. hehe.. tp saya ikut je lah kan .. sbg tanda menghormati kak ann  sbg empunya resepi.. mohon syer kat sini pulak ye kak ann.. tq..





resepi = air jimmy asmara aka fanta hijau
sumber = myresepi
resepi oleh = kak ann

bahan2nya (1 jug @ 4-6 org) :
  • 4 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu kecil esen pisang 
  • pewarna hijau beberapa titik
  • air masak putih secukupnya
  • ais batu secukupnya
  • sedikit air ice cream soda (saya tambah sendir) = OPTIONAL
* tambah@ kurangkan mana2 bahan ikut selera masing2 tapi oren jangan terlebih takut tak menjadi. 


cara2nya:
 masukkan gula dalam jug. Larutkan gula dengan sedikit air panas- saya buat dlm beberapa gelas sekaligus.. saya xlarutkan dgn air pns pun.. malas.. hehe.


masukkan esen pisang..


tambahkan oren sunquick..


tambahkan air masak.. dan sedikit air aiskrim soda..


last sekali baru masukkan ais batu..


kacau hingga gula larut..



siap untuk diminum..





Saturday, 6 October 2012

homemade soya bean

selamat petang semua.. mesti hari ni semua tgh santai2 kan sb hari cuti.. tp utk kaum wanita khasnya para ibu.. mcm biasalah kan.. mmg xkan ada hari cutinya.. hehe.. so,projek hari ni saya luangkan masa utk membuat soya bean.. 




resepi ni saya ambil dari myresepi dan puan empunya resepi ialah kakbesah.. mohon syer di sini pula ye kakbesah.. so,utk peminat soya bean jom belajar buat sendiri.. sihat dan jimat gitu.. hehe..



okey.. sebelum saya teruskan dgn resepinya.. sgt2 disarankan agar korang yg ber'niat' utk mencuba resepi ni utk membaca dgn teliti resepi asal dan komen2 yg ada.. jgn ketepikan komen2 yg ada sb itu sgt membantu utk mendapatkan hasil soya yg baik.. so,kalau nak tgk resepi asal,klik sini ye..



RESEPI = HOMEMADE SOYA BEAN
SUMBER = MYRESEPI
RUJUKAN = KAKBESAH


bahan2nya:
  • 1 cawan kacang soya
  • 2 jug air (kak besah guna 1 jug bersamaan 2 liter air)
  • 5 helai daun pandan- dibelah & disimpul
  • gula secukup rasa 
  • 1/2 sudu teh garam
  • blender & penapis teh (kain) 
  • susu sejat/cair (saya tambah)

cara2nya: 
basuh & rendam kacang soya 4-5 jam @ sehingga kembang..



setelah kembang,basuh dan toskan kacang soya tadi..


kisar 2 senduk kacang tu bersama bersama 4 cawan air hingga halus. buat hingga habis.  tu cara kak besah.. tetapi..
saya ringkaskannya dgn kisar kacang soya yg sdh di rendam tadi menggunakan 1 jug  air (drpd 2 jug air dlm resepi di atas)


tapis bahan kisar dgn penapis.. kumpulkan hampas yg masih basah dlm mangkuk besar.. buat sehingga habis.  


 
tapis air soya sekali lg menggunakn penapis teh utk mengasingkn serdak halus. 


 campurkan 1/2 jag air lagi ke dlm hampas soya, ulang proses penapisan dua kali.. buatlah hingga hampas soya dah x keluarkan jus putih.. 

KAK BESAH =  "jug yg akk guna tu kuantitinya 2 liter.. sbnarnya air tu x kisah sgt, air 1 jug tu diguna utk blend kacang tu jer, tp, bila kita dh perah kacang halus yg dh dimesin ngn air 2 liter tu, hampas kacang kan masih bleh kuarkn jus lg, so bleh tambah air lg dan perah.. kiranya perah sampai hampas x dpt kuarkn jus putih lg. kalo nk air soya tu pekat betul, guna juz 2 liter air jer.. x payah tmbah air & perah lg"..
yg ni saya buat sekali je.. saya campurkan baki 1 jug air dgn hampas soya & tapis sekali sahaja..

part ni ikut citarasa masing2 lah ye.. kalau suka soya pekat.. air 2 liter =1 jug tu akan menghasilkan soya yg agak pekat.. x perlu tambah air & perah hampasnya lg..  bak kata kak besah.. 

tetapi kalau xsuka pekat boleh tambahkan kuantiti air menjadi 4 liter = 2 jug @ mengikut citarasa masing2. 

pendek kata,sukatan air ni xperlu ikut bulat2.. banyak @ sikitnya kuantiti air ni bergantung dr lidah kita sendiri yg merasa.. biar "lidah"  jd juri nya.. boleh gitu? heheehe..


kemudian,masukkan air soya dlm periuk bersama daun pandan, gula & garam.. masak sambil dikacau hingga mndidih.. awas... ia seperti santan yg mudah pecah.. jd sentiasalah kacau..  kalau nak letak gula kemudian pun boleh..


 part ni saya tambah ye.. saya tambahkan secawan susu sejat.. sentiasa kacau dan biarkan mendidih beberapa minit.. saya guna api kecil selama lbh kurang 25-30minit.. setelah mendidih,matikan api..


 siap.. mudah je kan.. so,bolehlah buat sendiri di rumah kan.. nak minum suam atau sejuk anytime boleh.. xyah susah2 keluar cari.. hehe.. oklah,entri stop di sini dulu.. selamat bercuti semua..

Wednesday, 3 October 2012

lemon tea

selamat malam semua.. hari ni sibuk sgt.. byk urusan yg kena settle kat luar.. so,bila dh smpai rmh.. mulalah bdn letih kan.. tekak pun haus semacam je.. bila time2 mcm ni saya suka minum lemon tea.. xkiralah panas @ sejuk..  dua dua saya suka...  tp sb mls nak tgu sejuk (saya xsuka letak ais sb xnak rasanya "lari") terpksalah teguk lemon tea suam2 kan.walaupun suam tp tetap melegakan tekak saya.. hehe..



sebenarnya resepi ni saya ambil dr sky blue's kitchen   tetapi resepinya tidak menggunakan teh sebaliknya menggunakan lemon dan honey rock sugar.. kalau nak tgk resepi sky blue boleh klik sini ye..   sudahnya sb saya ni peminat teh.. saya ubah sikit lah dgn mencampurkan teh utk menjadikan ianya lemon tea.. xpe ubah resepi kan kak diana .. apapun honey rock sugar & lemon drink akak tu mmg marvellous..




resepi = lemon tea
sumber= sky blue's kitchen
olahan = amy-story of my life




bahan2nya:
  • 2 liter air putih
  • honey rock sugar secukup rasa manis
  • 1-2 biji lemon (hiris) - kalau xsuka masam sgt guna sebiji je-ikut citarasa masing2 ye
  • 1/2 cawan air teh yg telah di bancuh pekat - kalau xsuka pekat,boleh kurangkan sukatan teh.


cara2nya:
masukkan air ke dalam periuk..


masukkan juga honey rock sugar..
kemudian, tambahkan air teh & masak sehingga gula larut..


akhir sekali baru masukkan hirisan lemon.. setelah mendidih matikan api.




 sedia untuk dihidangkan.. kalau lps mkn byk mmg sesuai sgt lah minum lemon tea ni suam2 kan.. nak pecah/singkirkan lemak lah katakan... 'pecah' ke?? hihi..




 untuk kelegaan yg sebenar minumlah lemon tea sejuk.. hehe.. saya sarankan buat malam,biar ia sejuk secara semulajadi tanpa perlu meletakkan ais kiub.. esok tghari bolehlah diminum..  


so,terpulanglah dgn citarasa masing2 ye.. kalau nak minum suam2 boleh,nak minm sejuk2 pun boleh.. xde masalah sb kedua2 nya memberi kelegaan utk sang tekak..hehe..  oklah,entri stop di sini dulu ye.. take care all..




Tuesday, 25 September 2012

teh c peng..

hallu.. msh ada yg berjaga malam ke?entri lewat mlm kali ni ye sb td sibuk buat teh c peng.. panas btl cuaca hari ni.. so,bila dpt minum minuman sejuk.. fuh.. mmg nyaman rasanya tekak ni..hehe..


oklah.. resepi ni saya ambil dari myresipi dan merupakan kiriman resepi dari 14sept .. tq 14sept sb sudi berkongsi resepi yang mmg dah jadi favourite saya skrg ni.. izinkan saya kongsikannya di sini pula ye.. tq.. 

1st time buat terus saya jatuh hati dgn minuman ni.. mmg btl2 ngam lah dgn tekak saya.. menepati citarasa ku yang sebenar2nya.. lg2 minum time cuaca panas.. "malatop".. hehe.. oklah.. terus dengan resepinya ye..


bahan yang diperlukan ialah :
  • teh - bancuh teh siap2.. buat kaw @ pekat2 ye..
  • susu cair
  • gula melaka
  • ketulan ais 
untuk kuantiti@sukatan bahan bergantung banyak mana kita buat ye.. sukatannya mcm biasa kita buat air milo/teh/nescafe.. utk kali ni saya buat segelas je(gelas panjang).. 

cara2 membuatnya : 

sediakan gelas @ jug.. ikut suka lah nak guna apa ye..

kemudian,tambahkan 4 sudu makan gula melaka (sukatan ni saya buat utk segelas je..)

gula melaka tu di lapisan paling bawah @ di dasar gelas.. 

tambahkan ketulan ais sehingga penuh 1 gelas..

ketulan ais di letak pada step yg ke 2..

lepas tu,. tuang susu cair..

tuang susu cair sehingga menghampiri paras pertengahan gelas...

akhir sekali,tuang teh pekat perlahan2.. (saya xcekap bab2 tuang menuang ni.. tu yg guna benda biru tu.. hehe.. )

teh pekat ni tuang last sekali..

macam ni lah "rupa"nya kalau semua bahan dah dimasukkan..


lepas tu bolehlah kacau dengan sudu.. kacau sampai gula melaka larut.. siap dan sedia untuk dinikmati..