Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

aiskrim simple ( versi coffee-mate)

selamat sejahtera semua..
aiskrim simple versi coffee-mate ni dah lama dlm simpanan.. dulu pernah buat.. tp guna blender.. kali ni guna mixer & hasilnya mmg ada perbezaan..


resepi ni sumbernya dari afizaz93@myresepi.. patutpun afizaz menamakannya aiskrim simple sb mmg super duper simple.. senang je nak buatnya.. mohon share disini pula ye afizaz.. tq..


BAHAN2NYA:
  • 2 cawan susu uht - sebarang perisa (saya guna full cream milk & chocolate)
  • 2 cawan coffee-mate
  • 1-2 sudu gula (optional - xletak pun xpe sb susu tu dah sedia manis) - saya xletak

CARA2NYA:
  1.  blend kan kesemua bahan diatas sehingga berbuih @ boleh jg guna mixer
  2. kemudian simpan dlm bekas & masukkan ke dlm peti sejuk
  3. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lg sekali
  4. kemudian, masukkan sekali lg dlm peti sejuk utk bekukannya
  5.  lepas tu bolehlah dimakan
p/s = saya guna mixer & pukul lbh kurang 30minit sehingga campuran susu menjadi gebu & pekat - saya pukul sekali sahaja & terus bekukannya..


 sedia untuk dinikmati..

Tuesday, 11 December 2012

ice cream drumstick

selamat petang semua.. musim cuti sekolah ni ramai yang balik kampung kan.. termasuklah saya.. hehe.. so,perancangannya esok pagi2 dah mulakan perjalanan dari puchong ke alor star,kedah (kg suami).. doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik ya.. ^_^


memandangkan esok nak balik bercuti.. anak saya pun mulalah moody sikit sb xdapat bermain dgn abg sepupunya.. kalau nak tau,diorang 2 je lah "new generation" dlm adik beradik saya, sb adik & abg belum berkahwin manakala saya & kakak sulung masing2 mempunyai seorang anak.. jadinya.. kecil je family saya ni kan.. lagi2 duk kat semenanjung ni.. family lain semua kat sabah.. so,anak saya & anak kakak sulung mmg rapat..


hari ni saya hantar anak p rumah kakak sulung.. bg diorang bermain puas2.. sebelum tu,saya ambil anak kakak kat rumah dulu,bawa jalan2.. makan2.. pastu baru htr balik p rumah kakak.. mummy nya terus balik ye.. hehe.. bukan apa,mau packing brg.. baju.. apa2 yg patut.. senang sikit buat kerja kalau xde gangguan budak kecil kan.. hehe..


jadinya,awal saya bangun pagi tadi utk menyiapkan ice cream drumstick ni.. yelah,kalau dah budak2 main,mesti berpeluh.. dahaga... so,bila dah penat main.. inilah yg diorang suka kan..resepi ni saya dapat dari kak ani bawok.. cuma saya ada olah sedikit & tidak menggunakan resepi aiskrim kak ani.. 

maaf ye kak ani.. bukan bermaksud nak derhaka dgn resepi.. hehe.. tetapi anak saya tidak boleh makan telur yg tidak dimasak.. sb dulu saya pernah bg anak mkn telur setengah masak.. last2 habis cirit birit.. bila jumpa doktor,doc ckp anak alah dgn telur.. anak kakak pun sama.. cuma dia tidak cirit birit.. tetapi gatal satu badan kalau mkn telur.. 

tapi utk kita orang dewasa & xalah dgn telur ni boleh saja mencuba resepi kak ani sb ramai yang telah mencubanya dah memberikan komen yang sangat2 memuaskan.. so,kalau korang nak try boleh klik sini ye.. apapun,terima kasih untuk kak ani atas perkongsian idea membuat ice cream drumstick yang sememangnya sangat2 saya hargai ini..


 untuk resepi homemade ice cream ni saya gunakan resepi INI.. cuma utk kali ini,saya hanya gunakan perisa plain@vanila.. dan untuk membuat ice cream drumstick ni saya gunakan aiskrim yang separa keras (mau cepat punya hal.. lgpun stok aiskrim msh ada dlm peti sejuk.. jadi saya gunakan apa yg ada depan mata.. hehe).. cuma saya keluarkan 15minit lbh awal sebelum menggunakannya utk dapatkan tekstur yg xkeras & xcair..

 manakala chocolate ganachenya saya gunakan baki 'CG' ketika membuat almond dark chocolate cake tempoh hari.. gunakan apa yg ada.. jgn membazir.. hehe.. lgpun resepi 'CG' kak ani menggunakan bahan2 yg sama dgn baki 'CG' ADCC  ni.. saya cuma perlu panaskannya sekejap sahaja(saya masuk dlm oven je..) so,bila semua bahan utama sdh ready.. senang lah kerja saya kan.. ok.. jom kita tgk resepinya..

sediakan kon aiskrim..


sediakan juga kertas pembalut nasi lemak secukupnya..


bahagikan & potong kertas kepada 4 bahagian..


untuk membalut kon aiskrim.. pastikan bahagian kertas yang licin berada dibahagian dalam..


balutkan kon aiskrim..





 lekatkan hujungnya dengan pita pelekat..


untuk memudahkan kerja.. letak kon aiskrim yang sudah siap di balut di dalam gelas..


sebab nak dapatkan feel ala2 aiskrim drumstick @ cornetto mcm dijual kat kedai.. hehe.. saya pun letaklah sedikit chocolate ganache di bahagian bawah kon... kemudian saya sejukkan lbh kurang 5 minit dlm peti sejuk..


lepas tu.. masukkan aiskrim sehingga hampir penuh kon tersebut.. sebenarnya step ni saya tersilap.. sb lps tgk betul2 gambar aiskrim kak ani baru saya perasan yg sepatutnya aiskrim diletakkan penuh & melebihi garisan kon.. patutlah rupa aiskrim saya lps siap lain macam.. (again... saya xbaca resepi betul2.. haish.. bila lah nak belajar dr kesilapan ni.. hehe..)


 lepas tu masukkan balik aiskrim ni dalam peti sejuk.. bagi beku.. kalau korang xde stok aiskrim & baru je buat.. korang kenalah tgu sehingga aiskrim betul2 beku ye.. dan kalau korang xde stok chocolate ganache.. time tgu aiskrim ni beku.. time ni lah korang kena buat 'CG' nya ye..


CHOCOLATE GANACHE:

100g whipping cream
200g dark chocolate (compound) - dipotong kecil2 - kalau nak guna cooking chocolate & nak tukar dark kepada milk choc pun boleh..
 10g butter


CARA2NYA:
1. didihkan whipping cream
2. tuang atas dark chocolate - gaul sebati
3. tambahkan butter - gaul rata
4. sejukkan seketika sebelum digunakan 


lepas tu bolehlah tuangkan chocolate ganache..


letaklah apa2 bahan yang korang suka.. kacang.. choc chip.. choc rice.. ikutlah selera masing2 ye.. dan masukkan lagi sekejap dlm peti sejuk sampai aiskrim beku sepenuhnya..


hasilnya.. saya buat dengan taburan kacang (untuk kakak sulung yg sememangnya gemarkan aiskrim chocolate bersalut kacang).. aiskrim dgn fresh cream (anak kakak yg sememangnya suka dgn cream2 ni.. xkiralah apa jenis cream semua dia suka).. dan aiskrim plain dgn hanya chocolate ganache (utk anak saya yg xsuka kacang & cream).. cukup syarat bukan utk menggembirakan hati semua orang.. hehe..



 apa yang tidak menggembirakan ialah saya hanya buat 3biji aiskrim sahaja.. betul2 sorang hanya dapat satu.. titik.. noktah.. muahaha.... bukannya nak bersikap kejam.. sebenarnya bahan2 lain semua msk byk cuma yg kurang hanya chocolate ganache.. nak buat tiada kerajinan.. jadi terima jelah apa yg ada ye.. lgpun saya ada bekalkan dgn sedikit kek coklat.. bolehlah tu kan.. asal ada.. hehe.. mesti kakak sulung aku hangin satu badan kan.. mcm nak xnak je bagi.. dahlah terpaksa jaga 2 org budak yg terlebih hyper aktifnya.. hihi..


oklah.. dah lewat petang ni.. brg.. baju apa pun,xpacking lagi.. jap lagi kena ambil anak.. ni lah padahnya kalau duk depan laptop.. xsedar diri jadinya.. muahaha.. oklah kawan2 semua.. selamat mencuba untuk yang berminat ya..

Monday, 22 October 2012

homemade ice cream (fresh cream version)

hello semua.. hari ni isnin.. ye.. saya tahu.. ramai yg kurang suka hari ni.. entah apa salahnya kan.. xpsl2 org xsuka kat dia.. sabar je lah.. hehe..

sebagai pembuka hari yang baru kepada minggu yang baru ni.. saya pun semangatlah mencari resepi aiskrim yang baru utk memantap & menambahkan lagi koleksi resepi aiskrim yg saya dah pernah cuba sebelum ni.. ikutkan hati malas nak buat tapi kalau dah namanya ada budak kecik dlm rmh.. fhm2 je lah kan apa yg jd favourite diorang..

maka.. terhasillah aiskrim seperti gambar di bawah.. kerana terhasilnya aiskrim ini maka terhasil juga lah entri yang sdg anda baca sekarang ini.. hehe.. okeylah.. resepi homemade ice cream ni  saya ambil dari group jom masak yang saya join kat facebook.. mohon share disini pulak ye admin.. tq..






RESEPI = HOMEMADE ICE CREAM
SUMBER = JOM MASAK


BAHAN2NYA:
  • 1/2 cwn fresh cream
  • 1/4 cwn susu pekat (blh tambah jika suka) - saya guna 1/4 cawan
  • 1/2 cwn susu cair - saya gantikan dgn susu uht full cream milk
  • 1/4 cwn air masak
  • 1sdb ovalette
  • perisa mocha - saya guna 2tbsp serbuk koko van houten & 1 tbsp milo *
  • kacang tanah kisar - saya guna chocolate rice dan gula manik *

CARA2NYA: 
  1. Sediakan mixer - satukan kesemua bahan kecuali kacang tanah - pukul hga kembang &gebu - saya buat 2 perisa jadi saya abaikan dahulu bahan yg bertanda * .. setelah gebu.. saya keluarkan sebahagian dan dibiarkan plain manakala sebahagian lg di campur dgn serbuk koko & milo kemudian saya pukul lg sehingga serbuk koko sebati..
  2. Tuang dalam bekas - tabur kacang tanah & masukkan ke dlm peti sejuk,bekukan - saya sejuk bekukan tanpa sebarang bahan tabur.
  3. setelah aiskrim beku bolehlah dinikmati..saya taburkan chocolate rice dan gula manik sebelum makan.




Monday, 15 October 2012

homemade chocolate ice cream

hello semua.. masih ada yg berjaga malam ke?kalau korang susah nak lelap.. jom kita layan resepi "homemade chocolate ice cream".. saya ni kalau ada je resepi ice cream cepat je nak cuba.. hehe.. bukannya apa.. anak tgh membesar.. selera makan pun mkin up lah kan.. daripada beli baik buat sendiri.. kos belakang kira lah.. yang penting "bersih".. tu yg plg utama..



okeylah.. sebenarnya resepi ni saya dapat dari salah satu group memasak yg saya join.. tp xdpt nak ingat yg mana 1 sb byk jg group yg saya join.. puas semalaman cari resepi tu tp xjumpa jg.. so,maaf ye tuan punya resepi.. kalau terbaca entri ni boleh lah munculkan diri ye.. saya cuma nak say TQ..


RESEPI = CHOCOLATE ICE CREAM


BAHAN2NYA:
*saya buat separuh adunan je dari resepi di bawah
*tulisan MERAH saya.. 
  • 1 cawan susu pekat - 1/2 cawan
  • 1 cawan susu cair - saya gantikan dgn 1/2 cawan susu uht full cream
  • 1 cawan air suam - 1/2 cawan
  • 3 sudu serbuk koko - (saya guna 1 sudu besar van houten cocoa powder)
  • 2 cawan coklat masakan dicairkan- beryl's (1 cawan le bourne milk chocolate compound)
  • 2 sudu besar ovalette - 1 sudu besar
  •  1 biji telur - xletak pun boleh (saya xletak)

CARA2NYA:
  1. satukan semua bahan dalam mixer dan pukul hingga semua bahan sebati.
  2. masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2jam.
  3. kemudian,mixer sekali lagi dan sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  4. selepas itu,boleh lah di makan atau kalau nak hasil yang lebih gebu boleh ulang proses 1&2 sekali lagi.. saya buat 2 kali je..


comot dah aiskrim sebab dah mula cair.. bab2 tangkap gambar ni "failed".. pusing sana.. pusing sisni.. angkat ini.. angkat itu.. last2 hasilnya yang ado juga.. xpelah kan yg penting boleh makan.. hehe.. oklah.. good nite all.. mimpi yang indah ye.. nite.. zzzzzzzz...

Tuesday, 18 September 2012

homemade ice cream

hello.. selamat malam semua... hari cuti baru2 ni buat aktiviti apa?tentu ramai yg bercuti singkat kan.. oklah.. entri kali ni kiranya siaran tertunda lah ye.. sebabnya aiskrim ni saya buat masa cuti hari malaysia baru2 tu.. tetapi,hari ni baru berkesempatan utk masukkan dlm blog.. biasanya, kalau hari sekolah,saya elakkan utk buat aiskrim (walaupun anak paksa) sb takut selsema.. nti x p sekolah pulak.. taulah bdk2 kan.. senang je jatuh sakit.. jd,baik elakkan..




resepi ni saya ambil dari rakan facebook.. iaitu kak jue nida ..  cuma saya buat separuh dr resepi asal dan saya gntikan air masak dgn susu uht.. kalau nak tgk resepi asal,klik SINI ye.. sebelum ni pernah jg buat aiskrim versi coffemate tp teksturnya agak "kasar" sikit.. dan prosesnya pun agak panjang sb kena blender/mixer untuk beberapa kali.. tetapi rasanya tidaklah menghampakan.. cumanya fhm2 je lah kan kalau kat rumah ada budak kecil.. mana tau erti sabar.. hehe.. mmg xterkira brapa kali peti sejuk tu di buka tutup..

 so,adalah kawan fb yg bg "kenal" dgn resepi ni.. 1st time saya buat,terus anak suka.. bahan2nya pun senang nak dapat.. mmg bahan yang sentiasa ada di dapur.. so,kalau anak dah suka.. mummy nya lg lah suka kan.. oklah,terima kasih saya ucapkan kepada kak jue nida atas perkongsian resepi ni.izinkan saya pula berkongsinya di sini ye.. 


RESEPI = HOMEMADE ICE CREAM'
SUMBER = JUE NIDA





BAHAN2NYA: *tin susu pekat tu guna tin yg sama utk sukat air masak/susu uht ye
  • 1 tin susu pekat manis - saya guna 1/3 tin  je
  • 2 tin susu air masak - saya gantikan dgn 1 tin full cream milk (uht)
  • 1 sudu besar ovalette - saya guna 1/2 sudu besar
  • 1 sudu besar tepung jagung - saya guna 1/2 sudu besar
  • 1 penutup esen vanila - saya guna 1/2 penutup
  • 2-3 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sudu kecil

  CARA2NYA: 



  1. tuang susu pekat ke dalam periuk.
  2. masukkan pula susu uht.
  3. tambahkan tepung jagung dan gaul sebati.
  4. didihkan seketika.. tutup api & sejukkan dulu sebelum mulakan proses yang seterusnya.. PASTIKAN  campuran susu dah benar2 sejuk sebelum letak ovalette.
  


 


     5. setelah sejuk,masukkan ovalette kedlm campuran susu tadi.  
     6. tambahkan pula esen vanila. 
     7. masukkan ke dlm bekas mixer dan pukul dgn speed perlahan dahulu. 
     8. selepas itu,guna max speed.pukul sehingga campuran susu tadi jadi double,gebu & ringan.


okey.. dah selesai proses membuat adunan aiskrim.. skrg kita beralih kepada proses mewarna/memilih flavour pula.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.. ikut suka kita lah ye nak perisa apa.. mcm saya cukup dgn chocolate dan vanila.. kalau nak warna plain/vanila biarkan adunan sebegitu.xperlu campur apa2 lagi.. 





 utk perisa coklat bolehlah tambahkan dgn serbuk koko.caranya dgn mencampurkan serbuk koko dgn sedikit air suam dan kacau rata.lepas tu baru tuang ke dlm campuran adunan aiskrim td dan gaul hga sebati.. atau boleh juga mixer sekali lagi utk hasil yg lebih memuaskan.. terpulanglahlah nak guna kaedah yg mana.. yg penting serbuk koko larut dan bergaul dgn sebati..




kemudian, bolehlah masukkan ke dlm bekas aiskrim.. nak letak begitu sahaja pun boleh.. nak letak warna selang seli pun boleh.. nak buat corak marble pun boleh.. ikut suka kita lah ye.. lps tu bolehlah masukkan ke dlm peti sejuk.. setkan suhu pada tahap plg maksimum supaya aiskrim cpt beku.. okey siap.. mudah kan.. 




kepada yg berminat bolehlah cuba buat utk anak2.. kos yg murah dan kuantiti yg agak banyak hasil dr 1 tin susu pekat.. mmg berbaloi.. sambil2 tu dapatlah jimatkan duit dr kekerapan membeli aiskrim di luar kan..  so.. selamat mencuba ye..