Tuesday 18 September 2012

homemade ice cream

hello.. selamat malam semua... hari cuti baru2 ni buat aktiviti apa?tentu ramai yg bercuti singkat kan.. oklah.. entri kali ni kiranya siaran tertunda lah ye.. sebabnya aiskrim ni saya buat masa cuti hari malaysia baru2 tu.. tetapi,hari ni baru berkesempatan utk masukkan dlm blog.. biasanya, kalau hari sekolah,saya elakkan utk buat aiskrim (walaupun anak paksa) sb takut selsema.. nti x p sekolah pulak.. taulah bdk2 kan.. senang je jatuh sakit.. jd,baik elakkan..




resepi ni saya ambil dari rakan facebook.. iaitu kak jue nida ..  cuma saya buat separuh dr resepi asal dan saya gntikan air masak dgn susu uht.. kalau nak tgk resepi asal,klik SINI ye.. sebelum ni pernah jg buat aiskrim versi coffemate tp teksturnya agak "kasar" sikit.. dan prosesnya pun agak panjang sb kena blender/mixer untuk beberapa kali.. tetapi rasanya tidaklah menghampakan.. cumanya fhm2 je lah kan kalau kat rumah ada budak kecil.. mana tau erti sabar.. hehe.. mmg xterkira brapa kali peti sejuk tu di buka tutup..

 so,adalah kawan fb yg bg "kenal" dgn resepi ni.. 1st time saya buat,terus anak suka.. bahan2nya pun senang nak dapat.. mmg bahan yang sentiasa ada di dapur.. so,kalau anak dah suka.. mummy nya lg lah suka kan.. oklah,terima kasih saya ucapkan kepada kak jue nida atas perkongsian resepi ni.izinkan saya pula berkongsinya di sini ye.. 


RESEPI = HOMEMADE ICE CREAM'
SUMBER = JUE NIDA





BAHAN2NYA: *tin susu pekat tu guna tin yg sama utk sukat air masak/susu uht ye
  • 1 tin susu pekat manis - saya guna 1/3 tin  je
  • 2 tin susu air masak - saya gantikan dgn 1 tin full cream milk (uht)
  • 1 sudu besar ovalette - saya guna 1/2 sudu besar
  • 1 sudu besar tepung jagung - saya guna 1/2 sudu besar
  • 1 penutup esen vanila - saya guna 1/2 penutup
  • 2-3 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sudu kecil

  CARA2NYA: 



  1. tuang susu pekat ke dalam periuk.
  2. masukkan pula susu uht.
  3. tambahkan tepung jagung dan gaul sebati.
  4. didihkan seketika.. tutup api & sejukkan dulu sebelum mulakan proses yang seterusnya.. PASTIKAN  campuran susu dah benar2 sejuk sebelum letak ovalette.
  


 


     5. setelah sejuk,masukkan ovalette kedlm campuran susu tadi.  
     6. tambahkan pula esen vanila. 
     7. masukkan ke dlm bekas mixer dan pukul dgn speed perlahan dahulu. 
     8. selepas itu,guna max speed.pukul sehingga campuran susu tadi jadi double,gebu & ringan.


okey.. dah selesai proses membuat adunan aiskrim.. skrg kita beralih kepada proses mewarna/memilih flavour pula.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.. ikut suka kita lah ye nak perisa apa.. mcm saya cukup dgn chocolate dan vanila.. kalau nak warna plain/vanila biarkan adunan sebegitu.xperlu campur apa2 lagi.. 





 utk perisa coklat bolehlah tambahkan dgn serbuk koko.caranya dgn mencampurkan serbuk koko dgn sedikit air suam dan kacau rata.lepas tu baru tuang ke dlm campuran adunan aiskrim td dan gaul hga sebati.. atau boleh juga mixer sekali lagi utk hasil yg lebih memuaskan.. terpulanglahlah nak guna kaedah yg mana.. yg penting serbuk koko larut dan bergaul dgn sebati..




kemudian, bolehlah masukkan ke dlm bekas aiskrim.. nak letak begitu sahaja pun boleh.. nak letak warna selang seli pun boleh.. nak buat corak marble pun boleh.. ikut suka kita lah ye.. lps tu bolehlah masukkan ke dlm peti sejuk.. setkan suhu pada tahap plg maksimum supaya aiskrim cpt beku.. okey siap.. mudah kan.. 




kepada yg berminat bolehlah cuba buat utk anak2.. kos yg murah dan kuantiti yg agak banyak hasil dr 1 tin susu pekat.. mmg berbaloi.. sambil2 tu dapatlah jimatkan duit dr kekerapan membeli aiskrim di luar kan..  so.. selamat mencuba ye..


  


5 comments:

Unknown said...

Salam sis nk tnya klu x didihkn x pe ke atau mmg kna ddihkn? Tq ye

Unknown said...

Salam.. sis xpernah cuba yg xdidihkan.. tp rasanya perlu didihkan sb resepi ada letak tepung jagung kan.. kang tak didihkan tak pasal2 perut memulas pula nanti.. hehe..

Unknown said...

kalau letak telur dlm adunan tu blh x?

Unknown said...

kalau letak telur dlm adunan tu blh x?

Adnin Depp said...

selain ovalettd, bley ganti dgn ap lagi ea?