Wednesday, 19 September 2012

TRUFFLE cake

salam pagi rabu semua.. hmmm.. cuaca sejuk.. musim hujan.. mesti tgh best tido skrg ni kan.. tarik selimut saja lah jawabnya.. hehehe.. oklah tu.. asal jgn terlewat bangun pagi p keje sudah.. saya pun kadang2 ter"babas" sikit time bangun pagi.. nasib baik lah anak xlewat p sekolah..




oklah.. entri kali ni nak ketengahkan resepi TRUFFLE CAKE yg saya "jumpai" di sebalik "timbunan" resepi2 yg ada dlm Aku. Zack. anak dok request nak mkn chocolate cake.. so.. lps penat menjengah dr "dapur" ke "dapur".. akhirnya saya putuskan utk mencuba resepi ini..  


resepi yg saya tulis kat bawah ni .. saya buat mengikut resepi yg telah diupdate oleh zack..  sama mcm zack,saya jg buat separuh adunan dan guna loyang 7'.. so,kalau korang nak tgk resepi asal silalah masuk SINI  ye.. tq ZACK ZACHOES   for the recipe.. izinkan saya berkongsinya di sini pula ye.. tq..






RESEPI = TRUFFLE CAKE
RESEPI OLEH = ALEX GOH
SUMBER = ZACK ZACHOES


BAHAN A  *tulisan BIRU sukatan utk 1/2 adunan.. 
  • 5 biji kuning telur gred A - 3 biji
  • 20g gula - 30g

BAHAN B
  • 5 biji putih telur - 3 biji
  • 120g gula - 60g

BAHAN C - ayak bersama
  • 120g tepung superfine - 70g
  • 10g serbuk koko

BAHAN D - cairkan dgn double boiler - biar sejuk pada suhu bilik
  • 60g butter - 36g
  • 60g dark chocolate - 36g


CARA2NYA :
  1. pukul A hingga gebu dan pucat-ketepikan.
  2. dalam bekas lain,pukul B hingga bertanduk-ketepikan.
  3. kemudian masukkan C ke dalam A.. kaup balik secara rata.
  4. masukkan pula D.. kaup balik lg sehingga sebati.
  5. buat secara selang seli.
  6. akhir sekali baru masukkan B.kaup balik hingga sebati.
  7. tuang dlm loyang 9"  dan bakar dengan suhu 180c selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  8. sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong kepada 3 bahagian-saya potong 2 je.. dan dilapisi dgn ganache.


GANACHE SIMPLE
  •  120g fresh cream/whipping cream
  • 130g dark chocolate - cincang 
*masak sehingga cream mendidih.. tutup api.
*masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair.
*biar sejuk pada suhu bilik atau biarkan semalaman sebelum di guna - saya biar semalaman

* untuk yang jenis tuang.. biarkan suhu suam2 kuku baru tuang atas kek yg sdh disaluti dgn fresh cream.    







No comments: