Wednesday, 26 September 2012

homemade yogurt

Good morning.. 
entri kali ni berkisar tentang "homemade yogurt"..  saya punyalah happy sb dah boleh buat yogurt sendiri kat rmh.. bkn apa,anak saya mmg suka yogurt.. kalau beli kat kedai.. kejap je hbs.. lepas tu kena beli lagi..


so,kenalah cari inisiatif lain kan.. nak save cost dan bersih.. lagi2 untuk budak kecil mudah sgt kena jangkitan kuman.. jadi, baik kita buat sendiri apa yg boleh..

resepi ni saya ambil dari dapur maktam ..   dan menuru maktam.. resepi ni dipetik dari suratkhabar GUARDAN dan penulisnya ialah HUGH FEARNLEY  WHITTINGSTALL.. tq mr HUGH for the great recipe.. dan terima kasih juga kepada DAPUR MAKTAM kerana megetengahkan resipi ini.. izinkan saya berkongsinya di sini pula ye.. TQ>> 

    okey.. resepi ni saya tulis dalam versi "pemahaman" & cara saya buat.. saya tidak ikut "sebijik2''  @ sepatah2 perkataan dlm resepi asal sb saya nak ianya mudah untuk difahami.. so, kalau nak tgk resepi asalnya sila klik SINI ..


BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna plain yogurt marigold
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   


CARA2 MEMBUAT:

  kalau boleh.. rendam/basuh bekas/botol yang kita nak guna dengan air suam.. 
kira nak matikan kuman lah ye.. 


 tuang susu segar dalam saucepan..

 


tambahkan susu tepung dan gula..


kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..


didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

okey.. untuk yang xde termometer.. boleh try celup jari (pastikan basuh tgn dulu ye) dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat..


kemudian, masukkan susu yang telah didihkan awal tadi dalam bekas thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..


 kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi..


tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 


untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

selepas 8 jam bolehlah buka penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk.. bg sejuk dulu br sedap makan.. 

kalau yogurt tu masih cecair maksudnya percubaan anda utk buat yogurt gagal.. hehe.. salah satu penyebabnya disebabkan oleh suhu yang kurang sesuai.. saya sendiri telah mencuba 3kali barulah berjaya.. so,kalau xberjaya kali ni,jgn putus asa ya.. cuba lagi..

selepas disejukkan.. inilah hasilnya.. 


fresh from refrigerator..  beginilah teksturnya..


 sedia untuk dinikmati..kalau suka makan dengan fresh fruits, madu atau apa2 je.. bolehlah tambahkan sebelum makan.. saya lebih suka yang plain begini.. oklah.. entri stop di sini dulu ye.. selamat mencuba.

8 comments:

syah fieyh Qaa said...

untung lah dapat buat yougurt sendiri ^^

may agumo said...

shah fieyh qaa.. anak suka yogurt.. tu yg belajar buat sendiri.. :)

aishah kamila kamila said...

Sedapnyaa may..lps ni blhlah akk buat n ltk buah2..blh jg kan?..

norinuha said...

Nmpak mudah.. sy pn nk try jgk r.. sbb ank sy peminat yogurt..

Anonymous said...

asmkm
terima kasih letak kredit source abt buat yogurt ni.
sedekah kan fatihah pada ibu maktam yg banyak beri idea ni.

17 may ni genap setahun dia pergi.

wasalam

from dapur maktam

Anonymous said...

asmkm
lagi satu whole milk or frezh milk is the same esp full cream.
guna low fat is semi scheme.
dry milk powder adalah sama makna susu tepung
brand aps pun tak penting.
gula mmg boleh diletak cuma tak suggesst krn dimakan dgn benda manis atau savoury.
kalau taknak fat pakai nonfat milk.

wasalam

Anonymous said...

apa yg saudara buat sama mcm recipe. cuma msia panghil dan brand serta categorize bunyi tak sama.
penggunaan culture tak penting asalkan yoghurt. low fat or normal it will produce same result.
cuma its a matter of preference of the makers.


rgds

Anonymous said...

kenapa susu jadi x larut yer...air naik atas...susu trun bawah..mcm x larut gitu...