Friday, 7 September 2012

butter cookies

salam pagi jumaat semua.. 2 hari xdapat update blog kerana sibuk.. so,entri kali ni saya nak berkongsi resepi butter cookies yg sgt simple.. saya dpt resepi ni hampir 2thn lalu xsilap ketika sibuk "jenjalan" di alam maya.. klik sana.. klik sini.. akhirnya ter'klik' resepi butter cookies ni..




tetapi.. saya lupa kat mana saya ambil resepi ni.. sb nya saya xsave dlm laptop.. masa tu saya terus salin dlm buku.. so,maaflah kpd tuan pnya resepi kerana saya xdpt bg kredit ye.. apapun,tq sb sudi berkongsi resepi yg mudah ini..  





bahan2nya :

  • 75g butter ( saya guna buttercup )
  • 150g tepung gandum ( keluarkan 1 sudu besar )
  • 1 sudu besar susu tepung ( saya guna susu tepung instant dutch lady )
  • 50g gula kastor
  • 1 biji kuning telur + 1 sudu kecil esen vanila ( pukul manje2 je,xperlu over beat )
  • pinch of baking powder

cara2nya :
  1. satukan tepung dan baking powder - ayak bersama.
  2. tambahkan susu tepung - ketepikan.
  3. satukan butter dan gula,kemudian,pukul sehingga gebu dan gula larut.
  4. masukkan kuning telur yg telah dipukul manja bersama esen vanila tadi.
  5.  teruskan pukul adunan sehingga sebati.
  6. perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.adunan akan jd seperti breadcrumbs.
  7. boleh off mixer dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  8. balut@tutup dengan plastik wrapping.biarkan seketika di dlm peti sejuk sebelum menerap corak kerana doh sgt lembut ( saya biar beberapa jam-lebih senang nak terap corak )
  9. setelah doh agak pejal sikit,bolehlah menerap doh menggunakan acuan bixkut yg anda suka.
  10. bakar dlm rak tengah dgn suhu 160 c selama 10-15minit @ bergantung oven masing2.
 *doh sangat lembut@mudah hancur.jadi PASTIKAN doh sudah cukup pejal baru mulakan proses menerap sb agak sukar jika guna acuan biskut berbanding bulat2kan dgn tgn shja.
*letak plastik cling wrap tu atas papan sebelum mulakan kerja 2 menerap utk mengelakkan doh melekat kat papan pencanai.
*suhu jg harus diberi perhatian sb lain oven lain ragamnya.jd,sentiasa perhatikan biskut anda ketika membakar.
*adunan ni xjadi banyak.. utk 3 beranak sekali mkn dh hbs.. so,boleh doublekan sukatan kalau nak buat byk@family ramai.




 sesuai sgt buat biskut ni ketika anak cuti sekolah.kita buat doh,bg anak yg hias @ terap corak.. tapi pastikan kita buat secukupnya dulu..pastikan dah masuk oven beberapa dulang br balance nya bg anak terap/hias.. kalau x mmg lg byk yg dibuang dr yg dimakan.hehe.. utk hiaskan biskut,ikutlah kreativiti masing2.. xpun bg je kebebasan kat anak utk tugas tu.. suka hati dia lah nak buat apa,janji boleh makan oklah tu kan.. 





esok sabtu.. anak cuti sekolah kan.. so.. mommy bolehlah plan aktiviti dgn anak.. selamat mencuba dan bergembira ya.. happy2 je,xyah tension sgt bila anak buat kotor.. rilex ok..
drpd kita buat "senaman" muka dgn mengerut dahi,besarkan mata.. latihan "vokal" lagi.. me"lontarkan"  suara merdu kita tu ,baik kita buat senaman muka dgn lebihkan senyuman.. kot2 pipi boleh kurang beberapa cm. hihi.. oklah,selamat mencuba..

2 comments:

Anonymous said...

Bc resepi cam mudah je buat.nak try ler..

may agumo said...

silakan cuba.. semoga berjaya ya..