Tuesday 11 September 2012

baked cheesecake

selamat mlm semua.. msh ada yg berjaga ke?hehe.. oklah,nak bgtau lah ye yg saya ni kalau update blog semua psl benda2 sempoi.. xnak lah cite psl ekonomi.. jenayah.. lg2 politik.. biarlah kan.. kalau cite 7hari,7minggu,7bulan dan 7tahun pun.. maybe keadaannya msh bgtu jg kan.. so,baik kita biarkan.. kita jd pemerhati je lah ye.. hehe..




oklah,masuk chapter lain pulak ye.. disebabkan anak saya ni peminat setia cheesecake.. kali ni saya nak kongsi resepi cheesecake yg dh jd favourite my son.. utk tekak kami sekeluarga mmg menepati citarasa lah.. kalau org lain xtaulah.. yelah, bukan saja selera.. malah lidah pun lain2 kan.. hihi.. 


sebenarnya resepi ni saya dah olah dr beberapa resepi.. ubah sikit2 ikut kesesuaian & citarasa anak.sb ada resepi yg guna susu pekat,ada yg guna whipping cream dan ada jg yg guna yogurt.. so.. drpd pening2 pilih nak buat resepi yg mana satu,baik gabungkan je kan.. mula2 risau jg kalau rasanya "kureng".. tp syukur sb xlah jd seteruk yg di sangka..


RESEPI = BAKED CHEESECAKE 





bahan2nya:
  • 250g cream cheese
  • 100ml whipping cream
  • 100ml yogurt asli (plain)
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 2 biji telur
  • 80g gula kastor
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 keping biskut (kalau saiz kecik guna 2keping,klau bsr cukuplah sekeping) baki BASE tapi kalau xnak letak pun xpe.. OPTIONAL..

base:

  • 100g digestive biscuit - nak guna biskut oreo, marie @ tiger pun boleh ye..
  • 50g butter (suhu bilik)  

cara2nya (BASE)


 
  1. hancurkan biskut.
  2. gaulkan bersama butter.
  3. masukkan kedlm loyang 18cm dan tekan2 bg padat.masukkan dlm peti sejuk.. kalau boleh guna loyang yg boleh buka tepi ye..


cara2nya ( CAKE )   



  1. satukan cream cheese dan gula kastor.pukul sehingga gula larut.
  2. tambahkan kesemua bahan lain iaitu whipping cream,yogurt,telur,susu pekat dan biskut.teruskan pukul sehingga semua bahan sebati.
  3. tuang adunan kedalam loyang (BASE ).
  4. bakar selama 45-60 minit dgn suhu 170c. ( part ni kena sentiasa perhatikan ye.. boleh adjust time dan suhu ikut kesesuaian oven masing2 )
  5. tutup permukaan loyang dgn aluminium foil selepas 30minit utk mengelakkan bahagian atas kek kering/hangit.
  6. setelah masak,sejukkan kek seketika sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk. 
  7. sejukkan sebelum dipotong.

No comments: