Friday, 28 September 2012

snow cheese cake

selamat malam.. good night..  Buenas noches.. magandang gabi.. gute Nacht.. bongi melo.. bonne nuit.. huh.. mau terbelit jg lidah menyebutnya.. sesaja mlm2 buta ni nak belajar bahasa asing..  maklumlah kalau depan laptop,lidah jd "pemain simpanan".. jari jemari mengambil alih sbg pemain utama.. jd ada baiknya sesekali di"turunkan" pemain simpanan ni kan.. sian dia.. hehe..




 oklah,hari ni entri psl snow cheese cake aka kek keju bersalji.. sebenarnya lama dah plan nak buat tp xterbuat2 jg.. sudahnya,bila jenjalan di dapur rahel .. mmg dah xboleh toleh kiri kanan lg.. kena buat jg hari ni sb gambar kek yg rahel buat tu btl2 "memukau" ku.. daku terpesona.. terkesima gitu.. hihi.. maka terlaksanalah sdh ianya ptg tadi.. tq rahel 4 the recipe ya.. izinkan saya syer di sini pula ya.. tq..
  


resepi = snow cheese cake

BAHAN (KEK) :
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key/superfine pun boleh)
  • 60g tepung jagung
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelette
  • 75g mentega cair


KRIM ;
  •  1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis 
  • *satukan kedua2 bahan & putar hingga tidak berketul.


TOPPING :
  •  1/2 kotak KRAFF cheddar cheese (diparut)



CARA:
  1. masuk semua bahan kecuali mentega cair. - putar.
  2. putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
  3. akhir sekali baru masukkan mentega cair.. pukul lg hga sebati & pekat.
  4. masukkan dlm loyang yg telah di alas dgn baking paper @ yg disapu sedikit butter.
  5. bakar guna api atas dan bawah selama 45-60 minit dgn suhu 150 c.
  6. setelah kek masak,biarkan sejuk dulu sebelum di potong kepada 2 bahagian.
  7. sapu cream cheese di atas lapisan kek yg pertama dan  letakkan pula lapisan kek yg ke 2 di atas kek yg pertama tadi.
  8. kemudian sapu lebihan cream cheese yg ada sehingga menutupi keseluruhan kek.
  9. tabur kraff cheddar cheese(parut) sbg topping dan di sekeliling kek.
  10. masuk dlm peti sejuk 1-2 jam sebelum di potong.


 
oklah,mata pun dah kuyu ni.. selamat mencuba utk yang berminat dan selamat malam semua..
mimpi yg indah ya.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....  




2 comments:

rahel said...

Mintak sepotong....thanks dear sudi jalan2 ke dapur gue...harap tak jemu singgah selalu..

may agumo said...

rahel.. welcome dear.. mmg xkan jemu p dapur rahel.. xajak pun saya tetap akan singgah.. hehehe..