Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

DRUMNET PANGGANG PERI PERI SOS

Salam semua..
Drumnet panggang peri2 sos.. hidangan yang sangat simple tatkala mood malas berkunjung tiba..
Banyak cara nak buat tp saya buat cara yg paling cepat.. tak guna banyak bahan & senang.. dah namanya pun mood malas sdg bertandang kan :)


DRUMNET PANGGANG PERI2 SOS :
● Drumnet - banyak mana ikut suka
● Pati ayam tumix
● Minyak masak utk menggoreng
● Garlic peri2 sos (Nandos)

1.) Gaul drumnet bersama pati ayam dan goreng separuh masak.

2.) Alihkan drumnet ke dalam dulang pembakar dan curahkan garlic peri2 sos secukup kegunaan.

3.) Bakar selama 30minit dgn suhu 180c @ sehingga ayam masak - suhu boleh adjust ikut oven masing2.

 

Sedia utk dihidangkan.. mudah.. cepat dan ringkas..
 

Tuesday, 26 February 2013

roasted chicken drumsticks with butter rice & macaroni cheese


selamat petang.. roasted chicken drumsticks ni dibuat khas mengikut permintaan anak..
anak saya memang peminat tegar ayam yang di roast @ grill.. suka sangat sampai nak makan hari2.. nasib baik nak buatnya senang.. so,xde masalah utk saya tunaikan permintaannya..


 untuk memudahkan kerja.. dan yang nak makan hanya dia seorang.. saya masak guna 2 ketul peha ayam je.. cukuplah tu.. dia xhabiskan pun.. malah kami mkn berdua lagi.. hehe.. dan utk lengkapkan lg hidangan ni saya gandingkan dgn macaroni & nasi yang simple.. senang kerja memasak saya utk lunch setiap hari... sb tgl saya berdua dgn anak je kat rumah..


ROASTED CHICKEN DRUMSTICKS:
- 2 ketul peha ayam
- 1 inci halia - ditumbuk lumat
- 2 ulas bawang putih (saiz kecil) - ditumbuk lumat
- 1 sudu makan sos tiram
- serbuk pati ayam tumix - secukup rasa
- montreal chicken seasoning - secukup kegunaan
- 1/2 sudu makan minyak zaitun @ minyak biasa


CARA2NYA:
1. satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak zaitun  - perapkan utk beberapa jam.

 2. panaskan minyak zaitun dlm pemanggang ajaib @ non stick pan - pada masa yang sama panaskan oven dgn suhu 160c.

3.  letakkan ayam yang di perap tadi & masak hga ayam setengah masak.

4. alihkan ayam ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu & bakar ayam selama 20-30minit lagi - bergantung tekstur @ garing ayam yg kita nak

* pemanggang ajaib @ non stick pan yg digunakan utk masak ayam pada awal tadi dicampurkan dgn sedikit tepung jagung & air - tambahkan garam ( jika perlu ) @ apa2 perisa mengikut kesesuaian selera masing2.. masak hga pekat & boleh dijadikan gravy..

* untuk gambar montreal chicken seasoning boleh klik SINI..



MACARONI AND CHEESE:
- segenggam macaroni
- cheese powder - secukup kegunaan


CARA2NYA:
1. rebus macaroni sehingga empuk @ lembut - angkat & toskan airnya.

2. bancuh cheese powder dgn air panas secukupnya & campurkan bersama macaroni - gaul sebati.

* untuk gambar cheese powder boleh klik SINI..





SIMPLE BUTTER RICE:
- 1 mangkuk kecil nasi panas ( yg baru masak )
-1 sudu makan butter
- serbuk pati ayam tumix secukup rasa


CARA2NYA:
1. gaulkan nasi panas bersama butter & serbuk pati ayam - gaul sebati.



susun ayam, macaroni & nasi di dalam pinggan.. hidangkan juga dgn sayuran kegemaran masing2.. saya ada stok sayuran brokoli je.. tu yg hidangkan bersama brokoli & kentang goreng.. sedia untuk dinikmati..


sebenarnya kalau keluar jalan2.. anak suka makan kat kenny rogers.. sekali sekala oklah kan.. tp kalau selalu & jadi kebiasaan.. pokai lah jawabnya.. hehe.. jadinya buat kat rumah je lah.. walaupun xsama 100% tapi asal dapat feel tu pun jadilah kan.. yang penting kenyang.. hehe .. ^_^..



Wednesday, 20 February 2013

montreal grilled chicken

montreal grilled chicken..
hidangan yang saya sediakan untuk lunch anak balik dari tadika..


 selalunya sebelum anak pi tadika, saya akan tanya.. balik nanti nak mkn apa.. mesti dia jawab.. ayam panggang.. mmg dia suka sgt.. makan hari2 pun xpe.. hehe..


MONTREAL GRILLED CHICKEN
  •  1 keping peha ayam ( keseluruhan bahagian peha )
  • maggi cukup rasa - boleh ganti dgn serbuk pati ayam @ garam
  • montreal chicken seasoning - secukup kegunaan
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia- ditumbuk
  • sedikit butter
  • sedikit herba rosemary kering

CARA2NYA:
1. ayam dibersihkan & toskan airnya.

2. kemudian lumur ayam dgn bahan2 yang lain.. iaitu.. maggi cukup rasa, montreal chicken, bawang putih & halia - (kalau ada jus dari halia yg ditumbuk tadi, masukkan sekali ), butter & rosemary.

3. perapkan beberapa jamsaya perap 2 jam je.

4. masukkan dlm oven bersuhu 160c selama 1 jam ( kalau xnak garing sgt boleh kurangkan tempoh masa @ kalau nak lebih garing boleh tambahkan masa - ikutlah kesesuaian selera masing2 )



 sedia untuk dihidangkan bersama sayuran @ nasi @ sos kegemaran masing2.. saya hidangkan bersama MASHED POTATOES & GRAVY.. hirisan tomato & brokoli..



inilah montreal chicken seasoning.. baunya lebih kurang mcm pati ayam biasa tu.. dulu xtau pun pakai seasoning ni tapi lepas kenal kak rose hanim dlm group masakan, barulah saya tahu & gunakan.. jadinya.. resepi ni diilhamkan dari kak hanim lah.. sb kak hanim suka sgt guna MC ni buat "ayam bako".. hehe.. tp panggang ayam guna ni mmg best.. xperlu guna byk bahan lagi..

okeylah.. nak rehat kejap ye sebelum masuk dapur utk sediakan makan malam pula.. ^_^..


Tuesday, 19 February 2013

orange lemon chicken

selamat petang.. 
menu tengahari tadi utk anak balik dari tadika.. orange lemon chicken..


resepi ni lebih kurang sama dengan LEMON CHICKEN cuma utk kali ni saya tambahkan buah oren dalam masakan.. saja nak try & memperbaharui resepi yang sedia ada.. lagipun,banyak stok oren kat rumah.. mmg kena habiskan jugalah..



  BAHAN A:
- 1ketul dada ayam - dihiris nipis 
- maggi cukup rasa @ garam
- 1 biji telur - dipukul 
- tepung jagung secukup kegunaan 
- minyak masak untuk menggoreng


BAHAN B:
- 1 sudu kecil minyak masak
- 2 biji oren saiz besar - perah jusnya
- 1/2 biji lemon saiz sederhana - perah jusnya
- 3 sudu kecil gula perang - tambah sukatan kalau perlu
- 1 sudu kecil madu ( optional )
- air secukupnya

BAHAN C:
 - 1 @ 1 1/2 sudu kecil butter
- 2 sudu kecil tepung gandum

CARA2NYA:
1. utk bahan A - gaul ayam dgn maggi cukup rasa @ garam - celup dlm telur - salut dgn tepung jagung - goreng hga kuning keemasan - angkat - tos & ketepikan.

2. utk bahan B pula  - panaskan minyak, masukkan perahan jus oren & lemon - gaul rata.

3. tambahkan air & perasakan manis secukupnya dgn gula & madu - biarkan mendidih seketika.

4. cuba rasa, kalau dah berpuas hati dgn masam & manisnya - bolehlah matikan api - kemudian tapiskan ( utk dapat campuran jus yang jernih ) - ketepikan.

5. dlm periuk bersih yang lain, panaskan butter dari bahan C dan tambahkan tepung gandum - sentiasa kacau supaya tepung tidak bergentel.

6. tuang bahan B yang sudah ditapis tadi & masukkan hirisan ayam goreng- gaul rata & matikan api bila kuah sudah pekat.

utk resepi ni.. sukatan gula tu bergantung banyak mana air yang kita letak & berapa manis buah oren @ masam & saiz lemon yang kita gunakan.. jadi, seeloknya letak gula dan air sikit2 sehingga mencapai tahap yang betul2 menepati selera masing2..


sedia untuk dihidangkan..

Sunday, 17 February 2013

stew ayam berhalia

salam hujung minggu..
stew ayam berhalia merupakan menu lunch kami sekeluarga.. 
simple tapi tetap mengenyangkan..


STEW AYAM BERHALIA
  • 600g daging ayam @ lebih kurang 1/2 ekor ayam saiz sederhana
  • 50 g @ lebih kurang 8 inci halia - hiris nipis
  • 2 inci halia - ditumbuk lumat (optional )
  • 1 labu bawang merah - dipotong 4
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji ubi kentang saiz besar
  • 1 biji lobak merah 
  • sweet peas - ikut suka nak banyak mana
  • sedikit sos tiram
  • serbuk pati ayam tumix secukup rasa
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu kecil apple cider vinegar (optional )
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA2NYA:
1.  panaskan minyak - tumiskan halia yg dihiris & bawang merah sehingga naik bau.

2. masukkan sebahagian daun bawang & gaul rata.

3. tambahkan ayam, kentang, lobak merah & halia tumbuk - gaul sebati.

4. tutup periuk & kecilkan api - biarkan ayam masak secara perlahan dgn suhu api kecil.
tapi pastikan ayam tidak hangit - sentiasa dikacau.

5. perasakan dgn sos tiram & pati ayam secukup rasa.

6. kemudian tambahkan sweet peas, apple cider vinegar & kicap pekat - gaul rata & tutup lagi periuk ( pastikan api sentiasa kecil ).

7. teruskan masak sehingga air & minyak dari ayam keluar & bahan2 meresap sepenuhnya.

8. tambahkan baki daun bawang - gaul rata & matikan api.

p/s - resepi ni saya tidak gunakan air, cukup dgn air dari ayam yang akan keluar semasa dimasak nanti - kalau korang suka kuah lebih bolehlah tambahkan air mengikut citarasa masing2 ye..

tengahari ni kami sekeluarga makan stew ayam berhalia ni je.. xyah masak sayur lagi sb sayur2an dah sedia ada.. senang kerja saya kan.. hehe..

Friday, 25 January 2013

rosemary grilled chicken (part 2)

salam sejahtera semua.. rosemary grilled chicken in the house again.. hehehe.. dah jadi satu fenomena pulak kat rumah ni.. asyik nak ayam panggang rosemary ni je..


sudahnya awal2 pagi lg dah mulakan proses penyediaan.. so,sementara tgu anak balik tadika.. sempatlah ayam tu mesra dgn bahan2 yg lain kan..


masuk ni dah 4 kali saya buat resepi ni.. mmg tak rasa bosan nak makan.. suka sgt2.. family pun suka.. malah, dah jadi favourite seisi keluarga..


sebelum ni, saya pernah kongsikannya kat SINI.. tetapi utk memudahkan rakan2 yang lain utk menyalin resepi.. saya sertakan resepi yg lengkap sekali lagi..


sumber resepi ROSEMARY GRILLED CHICKEN ni datangnya dari kak SALAMI SIMON dan EVELYN GEMINA.. mohon ulang tayang lagi ya resepinya kak amie & evelyn.. tq..


 BAHAN2NYA:
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa (guna kiub ayam yg dihancurkan) - saya guna serbuk pati ayam tumix
2 sudu besar jus limau nipis @ lemon - saya guna jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
2 biji tomato
6 biji baby carrot @ carrot biasa
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam - gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan - Angkat & ketepikan seketika

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur - kalau guna jintan kasar tumbuk sekali ye

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi - Tumbuk bersama rempah (No.3)

5. masukkan pula lebihan minyak zaitun bekas menggoreng bawang putih tadi, brown sugar, garam, serbuk perasa @ pati ayam, rempah all spice & jus lemon - Gaul rata & sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. masukkan dlm plastik ziplock atau simpan di dalam besen & tutupkan dgn plastik @ aluminium foil - perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. sementara itu,rebus kentang 3/4 masak & ketepikan - lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

9. Bakar pada suhu 180c - 200c selama sejam.

p/s = sama mcm kak amie & evelyn.. saya juga ambil jus dari ayam dan masak bersama sedikit tepung jagung sehingga kuah pekat utk dijadikan gravy..



sedia utk dihidangkan.. walaupun terpaksa tunggu lama utk ayam ni masak.. tp penantian itu sangatlah berbaloi.. sehingga menjilat jari gitu.. hehe..


 jemput makan kak amie & evelyn.. hehe.. apapun, tq ya sb selalu ketengahkan resepi2 yg sedap utk dicuba.. oklah masa utk skodeng dapur org lain pulak.. nak cari resepi utk mkn malam.. terima kasih pada yg sudi berkunjung ke sini ya.. 

Wednesday, 16 January 2013

rosemary grilled chicken

selamat petang semua.. rosemary grilled chicken merupakan entri utk kali ini..
sebenarnya dah 2kali buat tp xdpt nak ambil gambar lebih2.. sebabnya.. perut sdh berbunyi.. al-maklumlah.. nak panggang sejam.. nak perap lg.. mmg mkn masa jg lah.. anak & suami pulak sdh ready dimeja makan.. sian pulak kan.. dahlah lapar.. lg nak ambil gambar kah.. hehe..


resepi ni saya rujuk dari kak salami simon & evelyn gemina.. mohon share disini pulak ye kak amie & evelyn.. tq ..

 BAHAN2NYA:

1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam - saya kurangkan
1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa (guna kiub ayam yg dihancurkan) - saya guna serbuk pati ayam tumix
2 sudu besar jus limau nipis @ lemon - saya guna jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
2 biji tomato
6 biji baby carrot @ carrot biasa
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Bersihkan ayam, ketepikan. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam, gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur.

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi. Tumbuk bersama rempah.

5, Masukkan lebihan minyak zaitun bekas menggoreng tadi, brown sugar, kiub ayam, rempah all spice & jus lemon. Gaul rata.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. Bungkus / tutup,  perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. Susun ayam, kentang (yg telah di rebus 3/4 masak), lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

8. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - ni sb saya guna 2 ketul peha ayam ye (kalau guna ayam seekor guna suhu 180-200c)

p/s = sama mcm kak amie & evelyn.. saya juga ambil jus dari ayam dan masak bersama sedikit tepung jagung utk dijadikan sos..


yang ni gambar 1st time saya buat ayam panggang ni.. guna ayam seekor..



hasilnya selepas dipanggang.. terhangit sikit lah pulak.. ni kes xboleh tgu lama lah ni.. so,suhu terpaksa dinaikkan.. jgn tiru cara saya ye.. hehe.. xsempat saya ambil gambar.. ayam telah di'rasmi'kan dahulu.. dah lapar lah tu.. hehe..

akibatnya.. snap gambar kat pinggan je lah..  bolehlah asal ada kan.. masa tu mkn dgn mushroom gravy.. coleslaw & nasi kuning..


hari ni masak guna peha ayam je.. sb anak yg nak.. lgpun cepat sikit nak masaknya berbanding ayam seekor kan.. (kejar masa sebenarnya.. sb pukul 12tghari anak dah blk sekolah)..


kali ni buat agak garing sikit mengikut permintaan bos kecil.. tp yg ni xde tomato sb xde stok kat rumah.. so,terkuranglah satu bahan.. tp tetap xmenjejaskan rasanya..


disebabkan kesuntukan masa plus berat tulang sikit.. makanya.. hari ni makan begini sahaja.. rosemary grilled chicken dgn nasi minyak.. oklah.. ada gravy jg kan.. tp gravy lupa nak ambil gambar.. dah hbs mkn br teringat.. hehe..


 sememangnya ayam panggang rosemary ni telah mendapat tempat dihati kami sekeluarga.. mmg akan menjadi menu favourite di rumah.. terima kasih pada kak amie & evelyn yg mengetengahkan resepi yg sgt sedap ini.. oklah utk yang berminat .. selamat mencuba..


Monday, 24 December 2012

kari ayam kashmir

selamat malam.. kari ayam kashmir merupakan menu kami sekeluarga utk lunch td.. gandingan bersama nasi minyak.. sesaja nak tukar selera.. sb biasa mkn nasi minyak dgn ayam masak merah.. kali ni tukar pulak.. hehe.. apapun,tetap sesuai mengikut selera kami sekeluarga..



sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI tetapi dahulu saya buat versi berkuah & kali ni saya buat kuahnya agak kering .. yang lain semua bahan2 yg sama.. okeylah jom kita tgk resepinya..


 Bhn² A

- 6 biji bawang merah (dihiris)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 3 bawang putih (dihiris) - saya tumbuk
- 1 inci halia (dihiris) - saya tumbuk
- 1 batang serai (diketuk)
- rempah 4 sekawan 
- sedikit daun kari

Bhn² B
- 3 sb tomato puri - saya letak 1 sb je sb "kurang" suka bau tomato puri
- 1 sb serbuk cili
- 2 sb rempah beriyani
- 2 sb rempah kari daging
- 4 biji tomato ( dipotong kecil )
-Garam & gula secukup rasa
- air secukup kegunaan
- 2 biji ubi kentang (dipotong)

Bhn C

1/2 kg ayam (dipotong & digoreng 1/2 masak jika suka) - saya goreng separuh masak

Cara²
  1. Panaskan minyak - tumis bahan A hingga terbit bau.
  2. Satukan serbuk rempah (beriyani & daging),tomato puri & serbuk cili di dlm mangkuk - bancuh dengan sedikit air. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi & tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang & air secukupnya - gaul - masak hga kentang empuk.
  5. Masukkan tomato - perasakan dgn garam & gula secukupnya. 
  6. matikan api dan kari ayam kashmir sedia untuk dinikmati.


 selamat mencuba !!!

Wednesday, 5 December 2012

lemon chicken

good afternoon everyone..

untuk lunch tadi.. saya masak simple je.. lemon chicken.. anak bangun awal pg td.. bangun2 je terus main.. bila dah letih main .. mulalah lapar..  fhm2 jelah kan budak tengah membesar cepat je lapar.. . tp budak mkn sikit je.. tu yg sekejap2 nak mkn.. so,lunch kami 2 beranak bermula sebelum pukul 12 tghari lagi.. hehe..


resepi lemon chicken ni saya selongkar dlm dapur evelyn gemina.. suka sgt p sana.. xbosan2 saya.. hehe.. mohon share disini pulak ya lyn.. THANK YOU ..


okeylah.. jom tgk resepinya ye..


BAHAN A:
2 ketul dada ayam - dihiris nipis
garam secukup rasa
 lada putih ditumbuk halus - saya xletak
1 biji telur dipukul
tepung jagung secukup kegunaan
minyak masak untuk menggoreng 


BAHAN B:
1 sudu besar minyak masak
3-4biji lemon - perah jusnya - saya guna 1biji saiz besar
3 sudu besar gula - saya kurangkan
1 sudu besar madu(optional) - saya letak (lebihkan)
hirisan lemon sbg hiasan


CARA2NYA:
1.  satukan hirisan daging ayam.. garam & lada putih - gaul rata

2.  celupkan ke dalam telur & salut dgn tepung jagung

3. goreng dlm minyak yang panas hga kuning keemasan - angkat - tos - ketepikan

4.  panaskan 1 sudu besar minyak masak

5.  masukkan perahan jus lemon.. gula & madu - masak hga pekat

6. matikan api - masukkan ayam & gaul rata





sedia untuk dihidangkan.. mudah kan.. time masak sos lemon tu.. korang adjustlah mana2 yang patut.. kalau rasa perlu lebihkan gula@madu.. bolehlah tambah.. kalau rasa masam sgt.. xsuka masam.. bolehlah tambahkan dgn sedikit air..  ikut selera masing2lah ye.. 




mula2 xyakin anak nak makan.. sb anak jenis picky eater.. tp abg saya pernah bgtau yg anak saya suka.. sb abg pernah bawa anak saya & anak kakak keluar jalan2... bila order lemon chicken budak2 ni makan.. tu yg try masak.. xsia2 saya masak.. sb mmg anak makan.. lega.. kalau xkena masak menu lain lagi.. hehe.. 


oklah entri berhenti disini dulu.. selamat mencuba ^_^ 
 

Friday, 30 November 2012

ayam goreng ala kfc versi khalid lid

selamat bersiaran..

ayam goreng ala kfc versi khalid lid merupakan entri utk kali ni.. buat utk makan tghari td.. mmg best mkn panas2.. xcukup seketul.. hehe.. sebelum ni pernah jg buat ayam goreng rangup ala kfc tp guna resepi yg lain.. oklah, utk khalid lid terima kasih atas perkongsian resepinya..  mohon share disini pulak ye.. terima kasih..

tetapi adalah bahan yg saya xlelak seperti cili kering sb anak msh kecil.. mmg xmkn pedas.. pewarna makanan kuning & air.. saya xletak air sb telur dah cukup berair utk mengisar bahan2 kering.. mungkin sb saya guna telur gred A kot.. entahlah tp kuantiti telur tu dah cukup.. lgpun saya guna cuma setengah ekor ayam saiz sederhana.. 


okeylah.. utk yg berminat bolehlah tgk resepinya di bawah ye.. saya cuba ringkaskan agar mudah nak faham. kalau nak tgk resepi asal boleh klik sini..


BAHAN A:
  • serai 2 batang
  •  sedikit halia
  • cili kering (ikut pedas) - saya xletak
  • rempah kari ayam 3 sudu - saya letak 3sudu makan (rata)
  • telur 4 biji
  • sedikit air (untuk kisar) - saya xtambah air
  • bahan perasa - saya guna pati ayam tumix

BAHAN B:
  • tepung beras - secukup kegunaan


BAHAN C:
  •  tepung gandum - secukup kegunaan
  • pewarna makanan kuning (serbuk) - saya xletak
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada - saya letak serbuk lada hitam & putih


BAHAN D:
  • minyak utk menggoreng
  • ayam


CARA2NYA:
satukan bahan A dan kisar


campurkan bahan B.. ayam & bahan A yg telah dikisar tadi..


  gaulkan & perap seketika agar semua bahan meresap & sebati..


 sediakan satu bekas yg kering dan gaul rata bahan C..


 ambil seketul ayam yg telah diperap td dan lumurkan dlm bahan C..


 balik2kan supaya campuran tepung gandum menyaluti keseluruhan permukaan ayam..


 goreng terendam dlm minyak yg panas..

nota dr khalid lid =
pastikan minyak btl2 panas(kalau x panas,nanti tepung gandum x lekat kat ayam..jadi xda rasa kepingan ranggup 2) masukkan ayam...dah masukkan ayam...pelahankan api...(kalau api kuat,tepung gandum luar akan hangit,ayam kat dalam x masak...lagi 1..untuk pastikan ayam 2 masak dengan sempurna dan lembut)goreng sehingga masak..pastikan minyak banyk...kalau x tengelam ayam..nanti tepung x cantik..


angkat dan toskan minyak.. saya guna kitchen towel je..


 sedia utk dihidangkan..


SELAMAT MENCUBA..