Monday 8 October 2012

ayam goreng rangup ala kfc

selamat tengahari semua.. sudah lunch ke? mkn apa? hehe.. oklah utk entri kali ni saya nak share resepi ayam goreng kegemaran family saya.. setelah berkali2 mencuba dan kecundang.. akhirnya ter"jumpa" lah sdh satu resepi ayam goreng yg betul2 menepati selera family saya.. resepi ni saya dapat dr kongsimasakan.blogspot.com  dan  en. HAIRUL merupakan pemilik blog tersebut manakala KAK RAJA merupakan puan empunya resepi.. kalau nak tgk resepi asal klik sini .. mohon syer di sini pulak ye en. hairul dan kak raja.. tq..




resepi = ayam goreng rangup ala kfc
sumber = kongsimasakan.blogspot.com 
resepi oleh = kak raja

 bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam - potong & bersihkan
  • 2 cup tepung kentucky (yg dijual kat pasaraya tu)
  • 1 cup breadcrumbs (kalau xde,toast 3keping roti dan blend)
  • 2 sb jus lemon
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada putih secukup kegunaan
  • cili serbuk (flakes)

cara2nya:
  1. gaul ayam dgn jus lemon.. garam.. serbuk lada putih.. SEBIJI telur & 1/2 cup tepung kentucky.
  2. perap dlm peti sejuk selama 1 jam.
  3. sediakan 3 mangkuk/bekas yg berbeza.. masing2 utk baki tepung kentucky 1 1/2 cup (drpd 2cup selepas 1/2 cup di gaul utk perapan).. 2 biji telur (drpd 3biji).. dan 1 cup breadcrumbs yg telah dicampurkan dgn cili flakes..
  4. ambil seketul ayam,lumur dengan tepung kentucky dan kepal kuat2 supaya tepung xtanggal..
  5. kemudian celup ke dlm bancuhan telur & golek2an di dlm mangkuk yg berisi breadcrumbs & cili flakes.
  6. terus goreng dlm minyak yg banyak (deep frying) dan pastikan minyak betul2 panas (kalau ada pressure cooker dlm 20minit ayam dh garing).
  7. bila ayam dah mula perang.. tutup kuali dengan penutup.. kecilkan api.
  8. goreng sehingga ayam masak.. biar ayam benar2 masak baru angkat dan toskan minyak.




No comments: