Saturday, 27 October 2012

petua dapur part 2

selamat petang semua.. musim hujan sekarang ni.. mood pun ke laut lah.. so,bila mood dah ter"sangkut" kat laut mmg payah nak lepaskan diri.. hehe.. akibatnya, dapur pun kurang berasap.. maaf lah ye..

 
sesekali layan mood ke laut ni best juga kan.. relax je rasanya.. tapi jangan lama2 pulak ye.. kalau lama sgt.. tu pemalas namanya.. hehe.. okeylah.. entri ala kadar je kali ni ye.. maaf sekali lagi.. tapi bolehlah asal ada isi kan.. jgn senyap je..

petua dapur part 2 ni merupakan kesinambungan dari petua dapur part 1 lah kiranya ye.. tapi jangan terkejut pulak kalau selepas ni ada part 3 dan seterusnya.. masa tu mesti mood ke laut lagi.. tu yang buat entri ala kadar.. hihi.. ampun ya..

okeylah.. petua dapur yang saya petik dari majalah "mingguan wanita".. jom kita tengok petua2 yang telah dikongsikan oleh pembaca setia majalah MW..


CUCUR IKAN BILIS LEMBUT
- kisar sedikit nasi sejuk dan campurkannya ke dalam adunan tepung cucur tersebut.
- perapkan selama 10-15minit.
- kemudian,bolehlah di goreng seperti biasa.


NASI PUTIH CANTIK
- masukkan secamca perahan limau nipis bagi setiap pot beras yang dimasak.
- kemudian, masak seperti biasa.
- nasi akan menjadi putih dan lebih enak.


KELAPA PARUT TAHAN LAMA
- bagi mengelakkan kelapa parut menjadi masam.. kukus kelapa parut untuk seketika.
- kemudian, simpan di dalam peti ais..
- hasilnya kelapa parut akan tahan lebih lama.


KELAPA PARUT TIDAK BERBAU
- utk mengelakkan kelapa parut yg disimpan berbau - campurkan sedikit garam halus & gaul rata.
- kemudian, simpan di dalam peti sejuk.
- keesokkan harinya bolehlah digunakan dalam masakan seperti biasa..


MELEMBUT DAN MERINGANKAN KEK
- ambil tepung gandum yang hendak digunakan untuk membuat kek
- jemur di bawah sinaran matahari sebelum digunakan.
- selepas itu,bolehlah digunakan tepung tersebut untuk membuat kek.
- hasilnya kek yang anda uli akan menjadi lembut dan ringan.


MELEMBUTKAN DONUT
- campurkan 2 @ 3 biji ubi kentang yg telah direbus & dilenyek terlebih dahulu ke dlm adunan donut.
- kemudian, uli seperti biasa.
- hasilnya donut anda akan menjadi lembut dan lebih sedap walaupun telah sejuk.


CARA MUDAH UNTUK REBUS KACANG HIJAU
- masukkan kacang hijau ke dalam periuk yang berisi air - didihkan
- kemudian, tambahkan 2 - 3 sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang hijau tadi.
- hasilnya,kacang tersebut akan mudah masak..



No comments: