Saturday 20 October 2012

kuih tako

selamat petang semua..

kuih tako atau tepung pelita.. hmm.. entahlah apa nama kuih ni.. sebenarnya keliru juga.. lagi2 saya ni kurang arif psl kuih muih tradisional ni.. tapi saya ikut je lah nama kuih ni dr dapur kak azlita aziz ..  masam manis .. mohon share disini pulak ye kak ita.. tq..  





okey.. sebelum kita tgk resepinya kita tgk dulu cara2 utk buat kotak pandan ye.. tp kalau korang nak guna gelas @ bekas yg lain bolehlah abaikan step ni.. tp utk belajar apa salahnya.. xrugi belajar perkara yg kita xtahu kan.. sb tu saya kongsikannya kat sini sb sebelum ni saya xtahu nak buat dan utk rujukan saya di masa akan dtg (takut kot2 terlupa).. saya tunjukkan step2nya di sini..



utk buat kotak pandan ni kta perlu sediakan  daun pandan secukupnya.. kira nisbahnya 1 daun pandan = 1 kuih taco.. so byk mana daun pandan ni bergantung berapa byk kuih taco yg kita nak buat.. seeloknya pilih daun pandan yg lebar tetapi saya susah nak jumpa.. terpksa bli je lah apa yg ada. bersihkan daun pandan tu.. cuci dan lap . keringkan..



ukur sepanjang 10inci dan potong lebihannya.. pilih bahagian yg lebar utk mulakan ukuran.. lg lebar bahagian tu lg bgs lah.. tp elakkan ambil dr pangkal sb bahagian pangkal agak keras.. kemudian tandakan setiap 2inci..




lipatkan setiap bahagian 2inci yg telah ditanda tadi..



kemudian,buka semula lipatan tu..



potong setiap bahagian lipatan tadi tetapi jgn potong habis sebaliknya potong hanya sebahagian sahaja.. iaitu sehingg ke bahagian tgh urat daun sahaja..



pada bahagian hujungnya pula.. potong sebahagian petak tersebut.. seperti gambar di atas..


kemudian.. bolehlah dilipat menjadi bentuk kotak..




 bahagian hujung tu bolehlah di stapler atau cucuk dgn lidi tp rasanya stapler lg kemas..



 sebenarnya utk tahap ni kotak pandan sepatutnya dah siap.. tp sb saya gunakan daun pandan yg kurang lebar makanya itulah yg berlaku seperti gmbar di atas.. lubang kat tgh pulak.. huhu..



 untuk settle kan problem ni saya ambiklah lebihan daun pandan tadi dan letak atas tempat yg berlubang tadi.. buatlah 2-3lapisan secara menegak dan melintang supaya dasar kotak dapat menampung beban kuih nti..
maka siaplah sudah kotak pandan kita.. mudah kan.. okey kita tgk pula resepinya di bawah ye.. 

Lapisan Bawah
  • 25 gm tepung hoen kwe (hijau)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula - saya guna 1/3 cawan
  • 2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

 Lapisan Atas 
  • 25 gm tepung hoen kwe - putih
  • 2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air- saya guna ayam brand
  • secubit garam 

CARA2NYA:
  1. Susun kotak pandan atas tray. 
  2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk
  4. Masak atas api sederhana sambil mengacau hinga meletup - letup & pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  5. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  6. Lapisan atas sama prosesnya seperti lapisan bawah.
  7. Tapi pastikan lapisan bawah sudah mula mengeras baru tuangkan lapisan atas.
  8. Tuang dari bahagian tepi supaya tidak bolos ke lapisan bawah-tuang perlahan2.
  9. Tunggu sejuk - kemudian simpan dalam peti ais sebelum dimakan.. 






 makan sejuk2 ni memang best.. xkira dah berapa byk yg masuk dlm perut.. hehe.. oklah.. harap2 entri kali ni memuaskan hati korang ye.. selamat mencuba utk yg berminat ye..


2 comments:

Azlita Aziz said...

terima kasih kerana sudi mencuba!

menarik buat akak pulak yang lapar.. ^_^

Unknown said...

amboi.. TOP blogger yang super busy pun sudi singgah blog may yang xseberapa ni.. terharu sgt.. apapun,tq kak ita.. :)