Saturday 13 October 2012

homemade pizza

hallu.. selamat bersiaran kembali.. dah masuk hari sabtu.. biasalah kalau sabtu anak2 cuti sekolah kan.. so,bila anak cuti.. mcm2lah permintaan yg dorang nak kan.. utk puaskan hati anak.. dan kita pun nak keje yg senang.. jom kita buat pizza.. dijamin kenyang.. hehe..




resepi ni saya ambil dari myresepi dan tulip77 merupakan pemilik resepi pizza ini.. terima kasih dan saya mohon utk share di sini pula ye tulip77.. tq..




RESEPI = HOMEMADE PIZZA
SUMBER = MYRESEPI
RUJUKAN = TULIP77


BAHAN2NYA (DOH):
  • 200g @ 2 cawan tepung gandum
  • 20g @ 2 st yis segera
  • 3g @ 1/2 st garam
  • 5g @ 1 st gula
  • 10g @ 2sb minyak sayuran / minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli 

 BAHAN2NYA (SOS PIZZA)
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus 
  • sedikit daging ayam kisar@cincang - saya tambah
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri - saya xletak
  • 2 sb sos tomato- saya letak 1 sb sos tomato & 1 sb sos cili
  • 3/4 st gula- saya xletak
  • 1 st oregano- saya xletak
  • garam secukup rasa - saya guna pati ayam tumix
* Tumis bawang hingga naik bau.. Masuk bahan2 yang lain.. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar. 


BAHAN2NYA (TOPPING)
  • Udang
  • sosej
  • daging ayam @ daging lembu 
  • Lada benggala hijau @ merah, 
  • tomato
  • Cendawan butang
  • bawang besar
  • nenas
  • Keju untuk pizza - saya guna gouda cheese
*xperlu bubuh semua.. letak apa yg ada kat dapur je.. TETAPI  keju penting ye..  
* saya letak - tomato.. bawang besar .. sosej & keju je.. 


CARA2NYA (DOH)
  1. Campur tepung gandum, yis, garam, gula & minyak dlm mangkuk besar.. Gaul rata. 
  2. Masuk air suam sikit2 & uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yg digunakan - agak2 supaya doh tidak melekat di tangan.
  4.  Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  5. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  6. Minyakkan acuan pizza @ loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. 
  7. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar lbh kurang 10minit supaya kembang sedikit.
  8. Cucuk adunan dengan garpu supaya tidak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza - selepas cucuk dgn garpu saya bakar sekejap doh pizza di dalam oven utk beberapa minit.. lps tu baru sapu dgn sos pizza..
  9. Parutkan 1/3 keju.. Taburkan pula sayur,daging @ ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. 
  10. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  11. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree@ikut oven masing2 ye. saya 180c selama 15minit sb saya dah bakar doh sekejap pd proses awal td..



 hmmm.. rasanya semua kanak2 suka pizza kan.. mungkin bukan semua tapi kebanyakkannya.. so.. para ibu kena lah rajin buat ye.. hehe.. lagi2 time budak2 cuti sekolah.. tentu diorang happy kan..

 

oklah.. entri setakat ini sahaja ye.. selamat mencuba..



1 comment:

cikpuanmia said...

Wahhhh...macam sedap jer...nk try la...my doter mmg suka makan piza..tp selalu beli yg sejuk beku tu jer..blk rumah masuk oven...siapp..hehe