Tuesday 23 October 2012

popia goreng

morning all.. entri kali ni bersiaran di awal pagi ye.. semangat sikit.. hehe.. sesekali breakfast dgn popia goreng best juga.. cecah pulak dgn sos favourite.. huh. boleh layan.. hehe..



rasanya semua dah tahu resepi untuk buat popia goreng ni kan.. cuma lain orang lain caranya.. kita sesuaikan ikut selera sendiri..  letaklah apa je inti yg kita suka kat dlm tu.. xde yg marah pun..
saya suka buat popia yang simple.. tp xnak lah setakat buh bihun @ suun dlm tu.. xlayan you.. hehe.. tu yg plg angin bila terbeli popia inti bihun.. rugi je duit.. huhu.. baik buat sendiri.. lg puas hati.. so,utk yg berminat bolehlah baca2 "manje" resepi versi saya kat bawah ni ye..




RESEPI = POPIA GORENG


BAHAN2NYA: menghasilkan lbh kurang 7-10 biji popia bergantung saiz yg kita buat
  • kulit popia (ikut sukalah nak byk mana ye) - saya guna yg readymade
  • segenggam @ 1/2 cawan isi ayam - di potong dadu @ cincang kasar
  • segenggam @ 1/2 cawan sayur campur frozen
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • serbuk pati ayam secukur rasa - saya guna tumix
  • sedikit air 
  • minyak masak secukup kegunaan



CARA2NYA:
  1. panaskan minyak -  tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. masukkan daging ayam dan kacau rata.
  3. masukkan pula sayur campur - kacau & teruskan menumis sehingga sayur dah agak lembut.
  4. perasakan dengan serbuk pati ayam dan tuang sedikit air - kacau rata.
  5. teruskan menumis sehingga air dah agak kering.. kemudian matikan api - sejukkan seketika.
  6. setelah inti dah agak sejuk.. bolehlah mulakan proses menggulung popia - sementara tu bolehlah panaskan minyak.
  7. letak inti di atas sekeping kulit popia dan gulung - lekatkan hujungnya dengan menyapu sedikit air @ campuran tepung jagung @ telur.
  8. gulung macam biasa dan goreng sehingga kuning keemasan - buatlah smpai habis ye.
  9. sedia utk dinikmati - hidangkan bersama sambal @ sos pencecah kegemaran masing2.




 

No comments: