Wednesday, 17 October 2012

petua dapur

Salam malam Khamis semua.. Kali ni entri tentang petua dapur.. Himpunan Petua ni saya ambil dari majalah mingguan wanita.. Jom kita semak petua2 berikut..


Barbeku lazat.. 
# gaul kan bahan utama dgn garam dan rempah ratus.. Masukkan sedikit air limau nipis utk menghilangkan bau hanyir.. Perap semalaman..
# jika menggunakan daging sebagai bahan utama.. Bungkus daging dgn daun betik utk melembutkan nya.. Bungkus dan sejukkan@perap selama 48 jam..


Hilangkan pahit peria..
# potong peria kecil2 dan rendam dlm bekas yg berisi campuran air dan garam halus.. Biar selama 10-15 minit sebelum dimasak..


Kekalkan keenakan udang
# bersihkan udang yg hendak dimasak.. Bilas sekali lg dgn air kelapa sebelum ditanggalkan kulit nya..


Ayam goreng wangi dan enak
#bersihkan ayam.. Gaul bersama bahan2 yg telah ditumbuk lumat iaitu.. halia.. Kunyit hidup.. Serai.. Bawang putih dan garam..  Perap dahulu sebelum digoreng..


Sos tiram tahan lama
# tuang sos tiram ke dalam bekas bertutup rapat atau kedap udara.. Simpan di dalam peti sejuk.. #Elakkan menuang sos tiram drpd botol terus ke dlm masakan@kuali supaya wap tidak memasuki botol tersebut.. Amalkan petua ini dan anda akan dapati sos tiram anda tahan lebih lama dan tidak mudah rosak..

 



No comments: