Friday 28 September 2012

snow cheese cake

selamat malam.. good night..  Buenas noches.. magandang gabi.. gute Nacht.. bongi melo.. bonne nuit.. huh.. mau terbelit jg lidah menyebutnya.. sesaja mlm2 buta ni nak belajar bahasa asing..  maklumlah kalau depan laptop,lidah jd "pemain simpanan".. jari jemari mengambil alih sbg pemain utama.. jd ada baiknya sesekali di"turunkan" pemain simpanan ni kan.. sian dia.. hehe..




 oklah,hari ni entri psl snow cheese cake aka kek keju bersalji.. sebenarnya lama dah plan nak buat tp xterbuat2 jg.. sudahnya,bila jenjalan di dapur rahel .. mmg dah xboleh toleh kiri kanan lg.. kena buat jg hari ni sb gambar kek yg rahel buat tu btl2 "memukau" ku.. daku terpesona.. terkesima gitu.. hihi.. maka terlaksanalah sdh ianya ptg tadi.. tq rahel 4 the recipe ya.. izinkan saya syer di sini pula ya.. tq..
  


resepi = snow cheese cake

BAHAN (KEK) :
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key/superfine pun boleh)
  • 60g tepung jagung
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelette
  • 75g mentega cair


KRIM ;
  •  1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis 
  • *satukan kedua2 bahan & putar hingga tidak berketul.


TOPPING :
  •  1/2 kotak KRAFF cheddar cheese (diparut)



CARA:
  1. masuk semua bahan kecuali mentega cair. - putar.
  2. putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
  3. akhir sekali baru masukkan mentega cair.. pukul lg hga sebati & pekat.
  4. masukkan dlm loyang yg telah di alas dgn baking paper @ yg disapu sedikit butter.
  5. bakar guna api atas dan bawah selama 45-60 minit dgn suhu 150 c.
  6. setelah kek masak,biarkan sejuk dulu sebelum di potong kepada 2 bahagian.
  7. sapu cream cheese di atas lapisan kek yg pertama dan  letakkan pula lapisan kek yg ke 2 di atas kek yg pertama tadi.
  8. kemudian sapu lebihan cream cheese yg ada sehingga menutupi keseluruhan kek.
  9. tabur kraff cheddar cheese(parut) sbg topping dan di sekeliling kek.
  10. masuk dlm peti sejuk 1-2 jam sebelum di potong.


 
oklah,mata pun dah kuyu ni.. selamat mencuba utk yang berminat dan selamat malam semua..
mimpi yg indah ya.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....  




Thursday 27 September 2012

puding roti bersama sos kastard

morning all.. nak cite lah yg semalam punyalah excited mencuba resepi dari CIK EPAL .. sudahnya selewat 11 malam saya start.. hehe.. resepi puding roti ni saya ambil dari blog cik epal.. kalau nak tgk resepi asal sila klik SINI  ye.. 



jujur cakaplah ye.. yang resepi ni mmg sedap.. untuk tekak saya lah.. tekak org lain xtaulah ye..  hehe.. lembut.. gebu.. "ringan".. ditambah pulak dgn sos kastardnya.. hmm.. xtau nak ckp apa lg lah.. pendek kata.. nyaman je puding roti ni bila melalui anak tekak.. lg2 sb saya ber"malamkan" dia dlm peti sejuk semalaman... bertambah2lah nyamannya.. hehe.. so.. big2 TQ to cik epal 4 the great recipe.. mohon saya syer di sini pulak ye cik epal.. TQ>>




resepi = puding roti
sumber = CIK EPAL


 
BAHAN ASAS :
  • 10 keping roti sandwich
  • marjerin (secukup kegunaan utk sapu roti) - saya guna buttercup
  • kismis (secukup kegunaan utk tabur atas roti) - saya gantikan dgn chocolate chip



 BAHAN PUKUL :
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung



BAHAN SUKAT : 
  • 300 ml full cream milk
  • 300 ml whipping cream



   BAHAN SOS :
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila



okey.. cara2 membuatnya..

BAHAN ASAS :
  1. potong kerak @ hujung roti. 
  2. sapu butter di kedua belah  permukaan roti.
  3. masukkan dan susun terus di dalam dalam loyang  - saya potong 2 roti sb guna loyang kecil. 
  4. ketepikan seketika..


 

BAHAN PUKUL :
  1.  dalam bekas lain.. pecahkan 3 bji telur - kat gmbr telur 2 biji je sb saya buat separuh adunan.. saya guna 2biji telur gred c..
  2. tambahkan gula..
  3. esen vanila..
  4. tepung jagung..
  5. satukan semua bahan dan gaul sebati..
  6. ketepikan seketika..



BAHAN SUKAT :
  1. sukat whipping cream dan full cream milk..
  2. kemudian bolehlah tuang bahan pukul dan bahan sukat (whipping cream&full cream milk) ke dalam loyang yg sudah diletakkan roti tadi..
  3. taburkan chocolate chip di atas permukaan roti.
  4. biarkan lbh kurang 30minit sehingga roti2 sdh mengembang..
  5. lepas tu.. bakar dlm oven (yg telah dipanaskan 10minit lbh awal) dgn suhu 180 c selama 30minit.



  BAHAN SOS :
  1. satukan susu cair,tepung kastard,gula dan esen vanila..
  2. didihkan atas api perlahan.
  3. matikan api bila sos dah mula pekat.
  4. sejukkan dalam peti sejuk..
  5. sos ni patut di buat awal2 sebelum mula membuat puding roti lagi sb sedap di makan bila dah sejuk.. lg lama dlm peti sejuk lg best lah rasanya kan.so,kena buat awal2 ye..


inilah hasilnya.. sejukkan lah kejap ye bila br kuar dr oven..  kalau masuk peti sejuk lg best.. saya buat malam.. esok pg baru makan.. 

 tuang sos kastard.. dan sedia untuk di habiskan.. hehe..
oklah,selamat mencuba  untuk yg berminat..

Wednesday 26 September 2012

homemade yogurt

Good morning.. 
entri kali ni berkisar tentang "homemade yogurt"..  saya punyalah happy sb dah boleh buat yogurt sendiri kat rmh.. bkn apa,anak saya mmg suka yogurt.. kalau beli kat kedai.. kejap je hbs.. lepas tu kena beli lagi..


so,kenalah cari inisiatif lain kan.. nak save cost dan bersih.. lagi2 untuk budak kecil mudah sgt kena jangkitan kuman.. jadi, baik kita buat sendiri apa yg boleh..

resepi ni saya ambil dari dapur maktam ..   dan menuru maktam.. resepi ni dipetik dari suratkhabar GUARDAN dan penulisnya ialah HUGH FEARNLEY  WHITTINGSTALL.. tq mr HUGH for the great recipe.. dan terima kasih juga kepada DAPUR MAKTAM kerana megetengahkan resipi ini.. izinkan saya berkongsinya di sini pula ye.. TQ>> 

    okey.. resepi ni saya tulis dalam versi "pemahaman" & cara saya buat.. saya tidak ikut "sebijik2''  @ sepatah2 perkataan dlm resepi asal sb saya nak ianya mudah untuk difahami.. so, kalau nak tgk resepi asalnya sila klik SINI ..


BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna plain yogurt marigold
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   


CARA2 MEMBUAT:

  kalau boleh.. rendam/basuh bekas/botol yang kita nak guna dengan air suam.. 
kira nak matikan kuman lah ye.. 


 tuang susu segar dalam saucepan..

 


tambahkan susu tepung dan gula..


kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..


didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

okey.. untuk yang xde termometer.. boleh try celup jari (pastikan basuh tgn dulu ye) dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat..


kemudian, masukkan susu yang telah didihkan awal tadi dalam bekas thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..


 kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi..


tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 


untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

selepas 8 jam bolehlah buka penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk.. bg sejuk dulu br sedap makan.. 

kalau yogurt tu masih cecair maksudnya percubaan anda utk buat yogurt gagal.. hehe.. salah satu penyebabnya disebabkan oleh suhu yang kurang sesuai.. saya sendiri telah mencuba 3kali barulah berjaya.. so,kalau xberjaya kali ni,jgn putus asa ya.. cuba lagi..

selepas disejukkan.. inilah hasilnya.. 


fresh from refrigerator..  beginilah teksturnya..


 sedia untuk dinikmati..kalau suka makan dengan fresh fruits, madu atau apa2 je.. bolehlah tambahkan sebelum makan.. saya lebih suka yang plain begini.. oklah.. entri stop di sini dulu ye.. selamat mencuba.

Tuesday 25 September 2012

teh c peng..

hallu.. msh ada yg berjaga malam ke?entri lewat mlm kali ni ye sb td sibuk buat teh c peng.. panas btl cuaca hari ni.. so,bila dpt minum minuman sejuk.. fuh.. mmg nyaman rasanya tekak ni..hehe..


oklah.. resepi ni saya ambil dari myresipi dan merupakan kiriman resepi dari 14sept .. tq 14sept sb sudi berkongsi resepi yang mmg dah jadi favourite saya skrg ni.. izinkan saya kongsikannya di sini pula ye.. tq.. 

1st time buat terus saya jatuh hati dgn minuman ni.. mmg btl2 ngam lah dgn tekak saya.. menepati citarasa ku yang sebenar2nya.. lg2 minum time cuaca panas.. "malatop".. hehe.. oklah.. terus dengan resepinya ye..


bahan yang diperlukan ialah :
  • teh - bancuh teh siap2.. buat kaw @ pekat2 ye..
  • susu cair
  • gula melaka
  • ketulan ais 
untuk kuantiti@sukatan bahan bergantung banyak mana kita buat ye.. sukatannya mcm biasa kita buat air milo/teh/nescafe.. utk kali ni saya buat segelas je(gelas panjang).. 

cara2 membuatnya : 

sediakan gelas @ jug.. ikut suka lah nak guna apa ye..

kemudian,tambahkan 4 sudu makan gula melaka (sukatan ni saya buat utk segelas je..)

gula melaka tu di lapisan paling bawah @ di dasar gelas.. 

tambahkan ketulan ais sehingga penuh 1 gelas..

ketulan ais di letak pada step yg ke 2..

lepas tu,. tuang susu cair..

tuang susu cair sehingga menghampiri paras pertengahan gelas...

akhir sekali,tuang teh pekat perlahan2.. (saya xcekap bab2 tuang menuang ni.. tu yg guna benda biru tu.. hehe.. )

teh pekat ni tuang last sekali..

macam ni lah "rupa"nya kalau semua bahan dah dimasukkan..


lepas tu bolehlah kacau dengan sudu.. kacau sampai gula melaka larut.. siap dan sedia untuk dinikmati.. 
 

Monday 24 September 2012

slice cheesecake..


 salam petang isnin semua.. menu apa utk minum petang ni?? okey.. kalau xde idea bolehlah cuba resepi slice cheesecake ni.. bagi saya secara personal lah ye.. kek ni mmg sedap.. lembut.. gebu.. mmg puas hati.. resepi ni saya ambil dari blog kak zai.. mohon syer kat sini pulak ye kak zai.. tq.. kalau nak tgk resepi asal klik kat SINI  ye..



RESEPI = SLICE CHEESE CAKE
SUMBER = K. ZAI

BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70g butter @ marjerin - saya guna buttercup
  • 70g tepung gandum (ayak) - saya guna tepung superfine
  • 70g gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA2NYA:

   potong cheese kecil2.. campurkan dengan susu segar.. masak atas api yang perlahan sehingga cheese cair.. pastikan sentiasa kacau ye.. kemudian,masukkan butter.. kacau sehingga butter larut.. matikan api dan sejukkan sebentar..


sementara tu ayak tepung dan ketepikan.. asingkan putih dan kuning telur.. 
satukan PUTIH telur dan gula.. pukul sehingga menjadi meringue..



dalam bekas lain.. pukul KUNING telur sehingga kembang.. 
kemudian,masukkan ke dalam adunan cheese tadi.. tambahkan tepung sedikit demi sedikit
 dan terus pukul sehingga adunan tidak berketul.. lepas tu bolehlah off kan mixer..

 
akhir sekali, campurkan meringue ke dalam adunan cheese.. tambahkan juga beberapa titik esen vanila.. kaup balik sehingga adunan sebati.. masuk dalam loyang 20cm yang telah di gris dgn sedikit butter dan alas dgn baking paper.. 

 bakar dalam oven 170 c selama 20 minit dan TURUNKAN suhu ke 140 c selama 40 minit.. letak sedikit air di bawah dulang pembakar (bain marie) untuk dapatkan kek yang elok teksturnya..


 fresh from oven..


 terpulanglah nak makan suam2 or masuk dalam peti sejuk dulu.. ikut selera masing2 lah ye.. kalau saya suka makan ketika kek msh suam.. oklah entri stop di sini dulu ye.. selamat mencuba untuk yang berminat..