Sunday 23 September 2012

macaroni fruit salad

good morning all.. entri bersiaran awal pagi ye.. biasalah hujung minggu.. family day lah katakan.. hehe.. oklah kali ni nak cite pasal macaroni fruit salad.. selalunya bila tgk resepi mesti kita perasan yg bahan2 utk membuatnya "agak" banyak dan mahal kan.. masa baca ingredients tu kalau ada bahan yg xde mulalah kita "lemah" je kan.. msti kuar dialog,"ala.. xde ni pulak.." hehe..



okey.. jgn risau. sebenarnya tu bukanlah satu perkara besar.. kita msh boleh membuatnya walaupun tanpa bahan2 yang xde.. dgn hanya menggunakan 3bahan asas dan 1 bahan tambahan..(malah ada pilihan lg..) maka bakal terhasillah "macaroni fruit salad BUDGET version".. boleh gitu?hehe.. 



okeylah.. mari kita tgk resepinya ye.. bahan asas yang diperlukan 1 cawan macaroni, 1 tin fruit cocktail dan mayonis secukup kegunaan.. 
 

untuk bahan tambahan ialah susu pekat @ susu cair..



cara2 untuk membuatnya.. didihkan air.. rebus@masak macaroni sehingga empuk@lembut.. kemudian toskan..



 sementara tu,toskan juga fruit cocktail.. TETAPI  jangan buang airnya ye.. kemudian satukan macaroni & fruit salad.. tambahkan mayonis secukup kegunaan (agak2 je lah ye brapa byk).. masukkan air@sirap gula dari fruit cocktail tadi.. part ni jgn terus tuang hbs.. tuang sikit2.. agak2 dah cukup manis oklah tu.. gaul sebati perlahan2 supaya buah2 tu xhancur..

okey.. untuk bahan tambahan tu.. kita boleh pilih sama ada nak letak susu pekat @ susu cair @ kedua2nya @ xletak langsung.. sebenarnya dari bahan asas tu dah cukup. kira dah cukup sifat lah ye.. hehe.. tp untuk menyedapkan lagi rasanya bolehlah letak bahan tambahan tu ye..


sukatannya main agak2 je lah ye.. kira kalau suka manis boleh lebihkan susu pekat.. xsuka manis boleh kurangkan @ xyah letak langsung.. dan untuk tekstur pula.. kalau suka yg jenis "basah" boleh lebihkan susu cair.. kalau xsuka yg basah.. boleh letak sikit sahaja susu cair tu.. buatlah ikut citarasa masing2..


 TETAPI.. ,kalau nak letak bahan tambahan tu.. pastikan air@sirap fruit cocktail tadi tu kena kurangkan lah ye sb nanti terlalu manis.. sb tu time letak kena tuang sikit2.. sesuaikan rasa.. xperlu habiskan semua air sirap tu.. tapi kalau buat banyak.. kena habiskan lah jawabnye.. sb saya buat guna 1 cawan makaroni je..


lepas semua bahan dah masuk,gaul sebati.. sesuaikan rasa manisnya ikut tekak masing2.. bila rasa semua dah okey.. bolehlah masukkan ke dlm bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.. lagi sedap kalau buat malam.. esoknya baru makan.. hehe..


P/S.. yang saya buat ni tanpa bahan tambahan ye.. almaklumlah.. "lelemaks2" sedang bermaharajalela.. so terpaksa lah di kawal segala yang boleh di kawal.. hehe.. oklah selamat berhujung minggu semua..




No comments: