Tuesday, 2 October 2012

oreo cheese ball



 malam all.. kali ni entri pun mesti kena ringkas.kena update blog cepat2 sb mata dah mula mengantuk.. hehe.. oklah,entri kali ni ttg "oreo cheese ball".. sebenarnya adik yg perkenalkan resepi ni.. lps try hmm not bad.. malah anak suka sgt2.. so,bila anak suka.. mummy nya pun suka jg lah kan.. hehe..



 utk resepi ni ilhamnya dari SINI.. mohon syer kat sini pulak ye.. thank you..
 sebenarnya byk resepi ni kalau korang google.. mcm2 versi ada.. tp sukatan/bungkusan oreo "mat salleh" ni xsama dgn kita.. so,saya buat sukatan ikut versi pek oreo malaysia lah ye..


 
 BAHAN2:
    * 1 peket oreo (137g)
    * 50g white chocolate - hiasan (optional)
    * 100 g cream cheese
    * 200g dark@milk chocolate compound (pilih 1 ikut citarasa masing2)


okey.. kuantiti ni bergantung byk mana yg korang buat ye.. kalau buat byk boleh lebihkan bahan2 di atas .. kalau cream cheese @ white @dark chocolate xcukup dr kuantiti resepi di atas.. xpe.. projek msh boleh diteruskan .. hehe.. tetapi tu cukup utk oreo pek 137g sahaja ye..

CARA2NYA:
masukkan semua bahan dalam blender & kisar sehingga biskut hancur & semua bahan sebati.. tu utk cara auto.. tp kalau blender tu dh pnh guna kisar cili segala elok abaikan step auto ni ye.. step auto ni utk mereka yg mempunyai blender yg bebas bau. hehe..so,klau korang guna cara auto sila abaikan step 1-6.



CARA MANUAL :
    1.) keluarkan filling oreo.. masuk biskut dlm plastik ziploc.
    2.) hancur2kan biskut oreo dgn rolling pin.
   3.) setelah hancur keluarkan dr plastik.

 tahap "kehancuran" biskut oreo ni bergantung dgn taste masing2 lah ye.. kalau jenis yg suka rangup,xyah hancurkan lebih2.. kalau jenis yg suka tekstur lembut.. bolehlah hancurkan smpai jd serbuk.. 


  
  4.) campur filling oreo yg telah di asingkan pada proses awal td dgn biskut oreo yg telah dihancurkan.
  5.) campurkan juga cream cheese.
  6.) gaul hingga sebati sehingga menjadi doh yg lembut.
  7.) bulat2kan mengikut saiz yg kita suka dan keraskan seketika dlm peti sejuk. 



  8) sementara tu,potong kecil coklat..
  9) masak guna kaedah double boiler hga coklat cair-matikan api dan sejukkan sebentar.
10) kemudian bolehlah celup bebola oreo dlm coklat cair.. letakkan di atas pinggan yg di lapik dgn baking paper terlebih dahulu.buat smpai hbs dan sejukkan lagi dlm peti sejuk.

okey.. buat step yg sama 8-9 utk white chocolate.. tetapi white chocolate ni di hias@di lorekkan atas bebola oreo setelah dark@milk chocolate dah mula mengeras ye.. kemudian bolehlah dihias mgikut kreativiti masing2.. kalau xhias bebola dgn white choc.. makan begitu saja pun boleh.. ikut citarasa masing2..



 lepas coklat dah mula mengeras boleh lah dimakan sudah..hehe..



oklah entri stop di sini dulu.. selamat malam all.. .
 


4 comments:

mimie mielan said...

salam kenal2an.....

wahh...mmg sedap oreo balls ni....
penah mkn...tp x sempat possing kt blog da abes di ngappp...hihihih

Anonymous said...

oreo ball ni boleh tahan lama x...? maksudnyer, coklat tu x kan cair dah ker

may agumo said...

Tahan agak lama jg.. lbh kurang mcm coklat biasa jika dibiarkan pada suhu bilik.. cuma klu nak dedahkan di luar agak lama.. pastikan sejukkan beberapa jam@semalaman dlm peti sejuk terlebih dahulu..

Anonymous said...

Oreo ball ni tahan lama tak kalau tak masukkan dalam peti ais?? Berkulat tak?