Salam sejahtera.. entri 'ayam panggang rosemary' lagi.. resepi yg sentiasa menjadi favourite kami sekeluarga.. buat berkali2 pun xpernah rasa bosan.. memang suka sangat2.. sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI..
BAHAN2NYA :
●1 ekor ayam
●5-6 ulas bawang putih
●1 sudu besar daun rosemary kering
●1 inci halia
●1 sudu besar lada hitam
●1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
●2-3 sudu besar gula perang
●2 sudu kecil garam
●sedikit perasa - saya guna serbuk pati ayam tumix
●2 sudu besar jus limau nipis @ lemon
●3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
●5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
●2 biji tomato
●6 biji baby carrot @ carrot biasa
●sedikit mentega - utk sapu atas ayam
●1 ekor ayam
●5-6 ulas bawang putih
●1 sudu besar daun rosemary kering
●1 inci halia
●1 sudu besar lada hitam
●1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
●2-3 sudu besar gula perang
●2 sudu kecil garam
●sedikit perasa - saya guna serbuk pati ayam tumix
●2 sudu besar jus limau nipis @ lemon
●3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
●5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
●2 biji tomato
●6 biji baby carrot @ carrot biasa
●sedikit mentega - utk sapu atas ayam
Cara2 membuatnya:
1. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam - gaul rata.
1. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam - gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan - Angkat & ketepikan seketika
3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur - kalau guna jintan kasar tumbuk sekali ye
4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi - Tumbuk bersama rempah (No.3)
5. Masukkan pula lebihan minyak zaitun bekas menggoreng bawang putih tadi,
brown sugar, garam, serbuk perasa @ pati ayam, rempah all spice &
jus lemon - Gaul rata & sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.
6.
Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam - masukkan dlm plastik
ziplock atau simpan di dalam bekas & tutupkan dgn plastik @
aluminium foil - perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
7. Sebelum mula panggang ayam, rebus kentang dan carrot 3/4 masak & toskan airnya - lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang & carrot.
8. Susun ayam, kentang, carrot & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.
9. Bakar pada suhu 180c - 200c selama sejam @ sehingga ayam masak.
Selamat mencuba untuk yang berminat..
No comments:
Post a Comment