Saturday 12 January 2013

aiskrim simple ( versi coffee-mate)

selamat sejahtera semua..
aiskrim simple versi coffee-mate ni dah lama dlm simpanan.. dulu pernah buat.. tp guna blender.. kali ni guna mixer & hasilnya mmg ada perbezaan..


resepi ni sumbernya dari afizaz93@myresepi.. patutpun afizaz menamakannya aiskrim simple sb mmg super duper simple.. senang je nak buatnya.. mohon share disini pula ye afizaz.. tq..


BAHAN2NYA:
  • 2 cawan susu uht - sebarang perisa (saya guna full cream milk & chocolate)
  • 2 cawan coffee-mate
  • 1-2 sudu gula (optional - xletak pun xpe sb susu tu dah sedia manis) - saya xletak

CARA2NYA:
  1.  blend kan kesemua bahan diatas sehingga berbuih @ boleh jg guna mixer
  2. kemudian simpan dlm bekas & masukkan ke dlm peti sejuk
  3. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lg sekali
  4. kemudian, masukkan sekali lg dlm peti sejuk utk bekukannya
  5.  lepas tu bolehlah dimakan
p/s = saya guna mixer & pukul lbh kurang 30minit sehingga campuran susu menjadi gebu & pekat - saya pukul sekali sahaja & terus bekukannya..


 sedia untuk dinikmati..

3 comments:

JaSSNaNi said...

bestnyer makan aiskrim betul2... :) sedap nampak eskrem ni.. syok wat sendiri kan...

Unknown said...

mmg syok buat sendiri.. anytime nak mkn aiskrim.. stok sentiasa ada.. hehe..

Unknown said...

TQ atas maklumat TERBAIK BOlELA UMI MASAK AISKRIM