Thursday 10 January 2013

bubur anak lebah

selamat petang semua.. cuaca yang agak panas ni membuatkan tekak saya mencari sesuatu yang bukan sahaja sejuk.. tetapi manis.. hehe..


akhirnya, terjumpalah dgn resepi bubur anak lebah ni.. senang je nak buat.. tu yang saya beriya2.. sekejap je dah siap.. cuma nak tgu sejuk tu yang betul2 menguji kesabaran.. hehe...


resepi ni datangnya dari KAKBESAH @ MYRESEPI.. bila tengok resepinya senang & bahan2 semua ada.. teruslah saya mulakan projek..


okeylah.. jom kita tengok resepinya.. mohon share disini ye kakbesah.. terima kasih..


BAHAN2NYA:
  • 1 mangkuk besar cendol pandan
  • gula melaka + gula pasir secukur rasa/manis
  • 1 mangkuk @ lebih santan kelapa
  •  2-3 helai daun pandan - koyak & simpul
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukup kegunaan



CARA2NYA:
  1. masak gula melaka bersama sedikit air.. masak sehingga gula larut.. tapiskan jika perlu -  saya tapis..
  2.  lepas tu masak bersama santan, gula pasir, daun pandan & garam.. sentiasa kacau supaya xpecah santan - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2..
  3.  bila mendidih.. matikan api & masukkan cendol yg telah dibasuh & toskan airnya terlebih dahulu - kacau rata
  4. siap utk dihidangkan - saya sejukkan seketika lepas tu baru sejukkan sepenuhnya dlm peti sejuk sebelum dihidangkan..
  hmm.. saya mmg suka yang sejuk.. nyaman je masuk dlm tekak.. hehe.. oklah,entri berhenti disini..  selamat bersantai dipetang hari ye..

No comments: