Wednesday, 30 January 2013

lala masak kam heong

selamat pagi..
lala masak kam heong ni merupakan menu makan malam kami semalam.. sebelum ni mmg xpernah masak lala.. seafood jarang sekali saya masak sb xpandai sebenarnya.. kalau nak makan,memang beli kat kedai je..


petang semalam suami balik rumah bawa lala ni.. dia suh tgk apa dlm plastik tu dan suh saya masak.. bila saya tanya apa benda tu.. dia xnak bgtau.. dia suh saya p tgk sendiri.. amboi.. masa tu perasaan mcm dlm masterchef pula.. cabaran kotak misteri.. hihi..

suami suh masak pedas2 tp xmau terlalu berkuah.. xmau versi sos tomato / cili..  dia yg cadangkan supaya buat lala masak kam heong ni.. jadinya,malas nak fikir byk.. teruslah masuk ke dapur walaupun fikiran mmg buntu masa tu.. belasah je lah kan.. yg penting boleh makan.. hehe..



LALA MASAK KAM HEONG


BAHAN2NYA:
  • 800g lala (anggaran je sb saya guna 2 pek lala yg dah siap packing tu)
  • 1 labu bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu makan udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
  • 5 biji cili padi - tumbuk
  • 3 biji cili kering - rendam guna air panas - buang biji
  • daun kari secukup kegunaan
  •  1 sudu makan rempah kari (saya guna kari daging babas)
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 - 1 1/2  sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil sos cili
  • sedikit air 
  • serbuk pati ayam tumix - ganti dgn garam pun boleh
  • sedikit gula
  • daun bawang secukupnya - dihiris

 BAHAN B:
  • 3 biji cili padi
  •  1 labu bawang merah - saiz sederhana
  • 1/2 - 1 inci belacan

CARA2NYA:
1. bersihkan lala & rendam seketika utk buangkan pasir & kotoran - toskan
 
2. bahan B di goreng sekejap dlm minyak panas - tumbuk dlm lesung batu & tumis semula menggunakan periuk & minyak yg sama (pastikan minyak dlm kuantiti yg sesuai ye.. jgn byk sgt) - ketepikan
 
3.  tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili kering, udang kering & daun kari - tumis hingga wangi

4. tambahkan serbuk kari & tumis lagi seketika

5. perasakan dengan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos cili, pati ayam & gula - tambahkan air & masak hga kuah mendidih

6. tambahkan pula bahan B - masukkan lala dan gaul rata - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2

7. tutup periuk beberapa minit sehingga lala masak.

8. matikan api - taburkan daun bawang - gaul rata & hidangkan.


walaupun first time masak tapi happy jugalah sebab menjadi.. yang penting adik & suami makan bertambah.. hehe.. oklah, entri berhenti di sini dulu.. selamat pagi semua..

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam may..
lala ni memang sedap.. tp akak pun jarang masak sbb jarang berkesempatan utk membeli.. sebabnya akak jarang dpt ke pasar.. kalau di kedai runcit berdekatan pulak.. bila dah petang2 tu takut pula nak beli lala sbb takut tak fresh... biasa abg akak beli lauk byk2 & simpan stok, jadi mmg jarang putus lauk jd tak perlu le ke pasar selalu.. hehe.. bila tgk lala may masak rasa mcm teringin pulak nak mkn lala...

Dede Thea said...

Wow saye suka masakan seperti nih, di kampong saye namanya Harmis,,,

may agumo said...

kak madihah.. may bukan lg jarang masak lala ni tp xpernah.. hehe.. biasa stok makanan may yg bli cuma ada ketikanya suami yg p bli bila blk dr kerja.. suami taulah,main beli je.. kita pulak yg pening nak msk apa kan.. hehe..

chef dede.. harmis ya namanya di indonesia.. wah,bgs ni dapat belajar perkataan baru.. hehe.. apapun,tq sudi singgah sini ya..