Thursday 3 January 2013

blueberry cheese tart

selamat petang semua.. menu apa untuk minum petang ni? saya buat blueberry cheese tart ni tghari td.. sb anak yg request.. so,buat tghari.. petang dah boleh mkn..


sebelum ni saya dah pernah kongsikannya di SINI dan di SINI.. tetapi kali ni saya gunakan blueberry sebagai  filling..


okeylah.. untuk yang berminat.. bolehlah rujuk resepi kat bawah ni ye..


TART SHELL:
 BAHAN A:
  • 200gm mentega
  • 100gm gula aising - saya kurangkan sikit
  • 1/4 teaspoon esen vanila 

BAHAN B:
  • 1 biji telur

BAHAN C:
  • 420gm tepung - saya guna tepung superfine
  • 1 tablespoon susu tepung 


CARANYA:
  1.  pukul A hga lembut.. kemudian masukkan B
  2. teruskan pukul hga gebu & berkrim - saya guna whisk je
  3.  masukkan C dan gaul rata.. 
  4.    teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut & licin
  5.  ambil sedikit doh & tekankan ke dlm acuan tart
  6.   cucuk dasar tart shell dgn garfu
  7.  bakar dlm oven dgn suhu 170c selama 12-15minit @ sehingga keperang2an
  8.   keluarkan dr acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling

    p/s = utk step by step langkah membuat pastry boleh rujuk SINI ye..




    FILLING:
    • 250g cream cheese
    • 20g butter
    • 60g gula aising
    • 100g fresh cream
    • 1 biji telur
    • blueberry filling secukupnya


    CARA2NYA:
    1. satukan cream cheese.. butter & gula - pukul hga cream cheese lembut
    2. masukkan telur - pukul sebati
    3.kemudian,masukkan fresh cream - pukul lg hga agak pekat
    4. sedia untuk digunakan
    5. kemudian, letakkan blueberry filling ke dlm tart shell
    6. tuangkan adunan cream cheese sehingga menutupi strawberry filling tadi
    7.lorekkan corak mengikut kreativiti anda
     8. bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit menggunakan apa BAWAH sahaja..

    p/s = utk step by step cara melorek corak boleh rujuk SINI ye..

     sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan..


     sedia untuk dinikmati.. selamat mencuba..
     

No comments: