Saturday 19 January 2013

vanilla cupcake

selamat petang semua.. mesti hari ni ramai yang duk rumah sb hari cuti kan.. seronok juga menghabiskan masa lapang di rumah bersama keluarga.. mcm2 aktiviti yang kita boleh lakukan bersama..


kalau keluar jalan2.. confirm byk duit yg keluar juga kan.. hehe.. lagi2 bila bawa anak keluar.. mcm2 yang dimintanya.. tetapi,sesekali apa salahnya kan..


memandangkan hari ni cuaca agak mendung.. nak buat apa pun malas.. rasa nak baring je..
sudahnya kerana sedikit penat & malas.. saya buat instant vanila cupcake sahaja utk minum petang..


vanilla cupcake ni saya buat awal pagi tadi & terus sejukkannya di dalam peti sejuk.. sengaja buat siap2 utk minum petang.. so,lepas mkn tghari tadi bolehlah rehat sekejap..


utk resepi kali ni.. saya gunakan vanilla sponge mix.. so,senang & cepatlah kerja saya kan.. hehe.. oklah utk korang yg berminat nak buat cupcake yg mudah ni bolehlah tgk resepinya kat bwh ye..



VANILLA CUPCAKE

BAHAN2NYA:
  • 250g vanilla sponge mix
  • 190g telur - timbang tanpa kulit
  • 80ml air masak
  • 75g mentega - dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila



CARA2NYA:
  1. satukan sponge mix.. telur.. air & esen vanila - pukul dgn kelajuan tinggi selama 5-6minit
  2. masukkan mentega cair & kaup balikkan dgn menggunakan spatula
  3. tuang adunan ke dalam paper cup & bakar dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak (ikut oven masing2)
  4. sejukkan sebelum diletakkan sebarang krim kegemaran anda - saya guna fresh cream @ non dairy whipping cream (pukul hga kaku & boleh terus digunakan)

 sedia untuk dihidangkan.. mudah & cepat bukan? sesekali guna 'jalan pintas' utk masak apa salahnya kan.. yang penting sedap.. hehe..


lembut cupcake ni.. walaupun harganya cuma rm2.70 tetapi rasanya mmg sedap.. pilihan yang bijak utk nilai wang..  penyingkatan masa & penjimatan tenaga.. 3 in 1 gitu.. hehe.. oklah.. selamat berhujung minggu..

4 comments:

Mori Said said...

sedappnya cc tu... canteekkk...

mama sara nur @ Cik Nor said...

akak dan anak2 kat rumah je hari ni sb en asben tak ada hu hu
bila kat rumah mulalah mcm2 plan nak masak2 kan, jarang buat cc vanila tp kalu versi coklat seminggu sekali he he mai tukar2 juadah ptg kita ye

Amie said...

Wah! Penuh cream di atasnya tu...nyum nyummmmm!

Unknown said...

tq mori..

mama sara nur.. jom kita bertukar juadah kak.. sb may pun suka kek cawan coklat.. semua versi boleh 'masuk'... hehe..

kak amie.. nyum mmg nyummmm.. tp kalori mak oiii.. sabar je lah.. hehe..