Tuesday 8 January 2013

sponge cheesecake

selamat petang semua.. sponge cheesecake ni saya buat khas utk anak saya yg sememangnya gemarkan keju.. bagilah apa sahaja makanan yg berasakan keju.. semua dia suka..


sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI.. tetapi kali ini, saya gandingkannya bersama sponge cake..


BAHAN2NYA: (18cm)
  • 250g cream cheese
  • 200cc @ ml fresh cream @ plain yogurt- saya guna plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon - saya xletak
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 
  • sebiji kek span

CARA2NYA:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI KEK SPAN ke dalam mixer @ blender - pukul sehingga teksturnya menjadi seakan2 krim..
  2. sediakan loyang & sapu butter @ alas dgn kertas minyak - saya guna loose base tin & alas kertas minyak di sekeliling loyang sahaja..
  3. Masukkan kek span di dasar loyang.. kemudian tuang aduan cream cheese diatasnya dan bakar selama 40-45 minit dgn suhu 170c @ ikut oven masing2 - saya guna 160c
  4. Setelah hampir masak @ selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil diatas permukaan loyang untuk mengelakkan permukaan kek hangus. 

 
simpan kek beberapa jam @ semalaman di dalam peti sejuk sebelum dihidang untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap..

sedia untuk dinikmati..


selamat mencuba ^_^..



3 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

ohh yummy
terliur sudah he heee

Najihah Shafie said...

salam kenal. :)
sedap nii hehe

Unknown said...

mama sara nur.. jgn terliur bah.. bahaya.. hehehe..

najihah shafie.. salam kenal juga :)