Friday, 15 March 2013

roti goreng spicy

selamat malam.. roti goreng spicy merupakan hidangan utk minum petang tadi.. 
 stok roti sentiasa ada kat rmh, kdg tu dah nak expired sb x dimkn.. nk mkn dgn jem.. xlalu.. nak buat puding roti.. hmm.. tgk mood rajin dulu.. jadinya, sesuai sgtlah kalau buat hidangan ni..
mudah.. cepat & mengenyangkan..


resepi datangnya dari kakbesah @ myresepi.. dah lama plan nak buat sebenarnya tp baru hari ni terlaksana.. yg bestnya roti ni xserap minyak.. mmg sesuai utk yg sdg berdiet.. utk yg xberdiet pun lg sesuai.. hehe.. sb kalau saya kurang gemar sebenarnya bila makanan tu terlalu berminyak.. apatah lg yg terlalu serap minyak bila digoreng.. fuh, mmg payah nak telan..


tgk kat gambar diatas.. roti tu msh tetap kelihatan putih selepas digoreng.. putih suci gitu.. hehe.. mmg xmeresap minyak.. tu yg xmuak nak mkn.. skrg dah jd my fav pulak.. tq kakbesah ^_^..


RESEPI = ROTI GORENG SPICY
SUMBER = KAKBESAH @ MYRESEPI

  • 5-6 keping roti gardenia
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk cili - kalau xde,boleh ganti serbuk kari ( saya letak sedikit serbuk cili + serbuk kari daging babas )
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu mkn udang kering (ikan bilis pun bleh) - saya rendam jap dlm air panas, basuh & toskan
  • 1 tangkai daun kari - dihiris 1/3 cm- xde stok, saya xletak 
  • garam secukup rasa - saya guna maggi cukup rasa


CARA2NYA:
udang kering ditumbuk bersama bawang putih - ketepikan.
daun kari pula dihiris nipis..


 satukan kesemua bahan kecuali roti -  tambahkan air.. gaul hingga sebati dan rasa garamnya.. adunan jangan terlalu pekat.. lebih kurang cair sikit dari adunan celup goreng pisang - agak2 lekat pada senduk..


 roti dipotong 4 bahagian setiap keping..


celup roti dalam bancuhan tepung..


goreng terendam sehingga kekuningan & rangup.. 
saya xberapa nak terendam sb salah adjust sukatan minyak.. hehe..


angkat & toskan minyak..


sedia untuk dinikmati bersama sos kegemaran masing2..



4 comments:

Mori Said said...

sedappnya tengok roti tu di cicah....

Amie said...

Nampak sungguh sedap roti gorengnya tu May....!

may agumo said...

tq kak mori & kak amie..

kakbesah said...

hmm..yummy kn, espeseli bila terkunyah udang kering yg kasar2 skit tuh! hehe..