selamat pagi..
lala masak kam heong ni merupakan menu makan malam kami semalam.. sebelum ni mmg xpernah masak lala.. seafood jarang sekali saya masak sb xpandai sebenarnya.. kalau nak makan,memang beli kat kedai je..

petang semalam suami balik rumah bawa lala ni.. dia suh tgk apa dlm plastik tu dan suh saya masak.. bila saya tanya apa benda tu.. dia xnak bgtau.. dia suh saya p tgk sendiri.. amboi.. masa tu perasaan mcm dlm masterchef pula.. cabaran kotak misteri.. hihi..
suami suh masak pedas2 tp xmau terlalu berkuah.. xmau versi sos tomato / cili.. dia yg cadangkan supaya buat lala masak kam heong ni.. jadinya,malas nak fikir byk.. teruslah masuk ke dapur walaupun fikiran mmg buntu masa tu.. belasah je lah kan.. yg penting boleh makan.. hehe..

LALA MASAK KAM HEONG
BAHAN2NYA:
- 800g lala (anggaran je sb saya guna 2 pek lala yg dah siap packing tu)
- 1 labu bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - tumbuk
- 2 sudu makan udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
- 5 biji cili padi - tumbuk
- 3 biji cili kering - rendam guna air panas - buang biji
- daun kari secukup kegunaan
- 1 sudu makan rempah kari (saya guna kari daging babas)
- 1 sudu kecil kicap pekat
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 - 1 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu kecil sos cili
- sedikit air
- serbuk pati ayam tumix - ganti dgn garam pun boleh
- sedikit gula
- daun bawang secukupnya - dihiris
BAHAN B:
- 3 biji cili padi
- 1 labu bawang merah - saiz sederhana
- 1/2 - 1 inci belacan
CARA2NYA:
1. bersihkan lala & rendam seketika utk buangkan pasir & kotoran - toskan
2. bahan B di goreng sekejap dlm minyak panas - tumbuk dlm lesung batu & tumis semula menggunakan periuk & minyak yg sama (pastikan minyak dlm kuantiti yg sesuai ye.. jgn byk sgt) - ketepikan
3. tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili kering, udang kering & daun kari - tumis hingga wangi
4. tambahkan serbuk kari & tumis lagi seketika
5. perasakan dengan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos cili, pati ayam & gula - tambahkan air & masak hga kuah mendidih
6. tambahkan pula bahan B - masukkan lala dan gaul rata - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2
7. tutup periuk beberapa minit sehingga lala masak.
8. matikan api - taburkan daun bawang - gaul rata & hidangkan.
walaupun first time masak tapi happy jugalah sebab menjadi.. yang penting adik & suami makan bertambah.. hehe.. oklah, entri berhenti di sini dulu.. selamat pagi semua..