Wednesday, 16 January 2013

rosemary grilled chicken

selamat petang semua.. rosemary grilled chicken merupakan entri utk kali ini..
sebenarnya dah 2kali buat tp xdpt nak ambil gambar lebih2.. sebabnya.. perut sdh berbunyi.. al-maklumlah.. nak panggang sejam.. nak perap lg.. mmg mkn masa jg lah.. anak & suami pulak sdh ready dimeja makan.. sian pulak kan.. dahlah lapar.. lg nak ambil gambar kah.. hehe..


resepi ni saya rujuk dari kak salami simon & evelyn gemina.. mohon share disini pulak ye kak amie & evelyn.. tq ..

 BAHAN2NYA:

1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam - saya kurangkan
1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa (guna kiub ayam yg dihancurkan) - saya guna serbuk pati ayam tumix
2 sudu besar jus limau nipis @ lemon - saya guna jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
2 biji tomato
6 biji baby carrot @ carrot biasa
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Bersihkan ayam, ketepikan. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam, gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur.

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi. Tumbuk bersama rempah.

5, Masukkan lebihan minyak zaitun bekas menggoreng tadi, brown sugar, kiub ayam, rempah all spice & jus lemon. Gaul rata.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. Bungkus / tutup,  perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. Susun ayam, kentang (yg telah di rebus 3/4 masak), lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

8. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - ni sb saya guna 2 ketul peha ayam ye (kalau guna ayam seekor guna suhu 180-200c)

p/s = sama mcm kak amie & evelyn.. saya juga ambil jus dari ayam dan masak bersama sedikit tepung jagung utk dijadikan sos..


yang ni gambar 1st time saya buat ayam panggang ni.. guna ayam seekor..



hasilnya selepas dipanggang.. terhangit sikit lah pulak.. ni kes xboleh tgu lama lah ni.. so,suhu terpaksa dinaikkan.. jgn tiru cara saya ye.. hehe.. xsempat saya ambil gambar.. ayam telah di'rasmi'kan dahulu.. dah lapar lah tu.. hehe..

akibatnya.. snap gambar kat pinggan je lah..  bolehlah asal ada kan.. masa tu mkn dgn mushroom gravy.. coleslaw & nasi kuning..


hari ni masak guna peha ayam je.. sb anak yg nak.. lgpun cepat sikit nak masaknya berbanding ayam seekor kan.. (kejar masa sebenarnya.. sb pukul 12tghari anak dah blk sekolah)..


kali ni buat agak garing sikit mengikut permintaan bos kecil.. tp yg ni xde tomato sb xde stok kat rumah.. so,terkuranglah satu bahan.. tp tetap xmenjejaskan rasanya..


disebabkan kesuntukan masa plus berat tulang sikit.. makanya.. hari ni makan begini sahaja.. rosemary grilled chicken dgn nasi minyak.. oklah.. ada gravy jg kan.. tp gravy lupa nak ambil gambar.. dah hbs mkn br teringat.. hehe..


 sememangnya ayam panggang rosemary ni telah mendapat tempat dihati kami sekeluarga.. mmg akan menjadi menu favourite di rumah.. terima kasih pada kak amie & evelyn yg mengetengahkan resepi yg sgt sedap ini.. oklah utk yang berminat .. selamat mencuba..


3 comments:

Evelyn Gemina said...

May, ko kasi jak aku yang terhangit tu, mmg licin juga di kerjakan, marbeles!!!

Amie said...

Aduinaaa May... harap2 adalah masa untuk buat ayam panggang ni lagi!!!! Teringin dah ni...

Unknown said...

haish sb tgk gambar di blog mu lah lyn aku ter'buat' ni.. marbeles kan lyn..

lg2 bila aku p selongkar dapur kak amie.. uwaa.. daku tergoda dgn ayam panggang itu.. xboleh tahan2 lagi.. jd teruslah dibuat.. hehe..