Wednesday, 13 February 2013

karipap berinti sayuran & udang kering

selamat petang semua.. 
menu apa yang disajikan untuk minum petang ni?


untuk family saya simple je.. 
karipap berinti sayuran & udang kering..  


masih lagi menggunakan resepi kak jue nida yang saya pernah kongsikannya sebelum ini utk versi karipap ayam.. tetapi kali ini.. saya buat  inti sayuran2 dan hanya membuat 1/4 dari  resepi asal.. kalau korang nak buat banyak boleh klik SINI ye..



BAHAN2 INTI :
  •  segenggam udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang merah - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji ubi kentang saiz besar - rebus separuh masak 
  •  segenggam sengkuang yang telah dipotong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - di hiris nipis
  • 2 helai daun bawang - dihiris halus
  • serbuk pati ayam tumix secukup rasa
  • sedikit air
  • sedikit kicap pekat - utk bagi warna gelap
  • 1 sudu besar sambal udang bercili rangup DELIMAS
  • sedikit minyak untuk menumis
  •  3 biji telur rebus - dipotong 4


CARA2NYA:
1. panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah & putih hingga naik bau.

2. masukkan sengkuang & udang kering - masak seketika

3. tambahkan ubi kentang & lobak merah - gaul rata.

4. tambahkan sedikit air & perasakan secukupnya dengan pati ayam tumix & kicap pekat - masak sehingga kentang lembut..

5. tambahkan sambal udang DELIMAS dan hirisan daun bawang - gaul rata & matikan api. sejukkan seketika sebelum digunakan.


KULIT KARIPAP :
( menghasilkan 11-12 biji karipap saiz sederhana )
  • 250 gm tepung gandum
  • 62.5 g marjerin
  • 112.5 ml air + sedikit serbuk pati ayam
 
CARA2NYA:
 1.  satukan tepung & marjerin - gaul rata @ ramas2 sehingga tekstur tepung menjadi seperti berderai.

2. masukkan air sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan - kalau doh keras boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu banyak.. nti doh lembik susah nak canai.

3. canai doh & letak atas acuan karipap - letak inti yang telah dimasak tadi & telur rebus. kemudian, tutup @ kelim doh sekemas & serapat  yang boleh..

4. goreng karipap hingga keperang2an .. dlm minyak yang panas dgn menggunakan api sederhana - angkat & toskan minyak sebelum dihidangkan.


siap pun.. bolehlah dihidangkan untuk keluarga tersayang..

3 comments:

Amie said...

Wah... montel2nya karipap! Makan 2 biji dah kenyang ni May...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya karipap yg may buat tu... berkhasiat & sangat seimbang.. ada sayuran & protein dalam sebiji karipap...

may agumo said...

kak amie..
mmg confirm kenyang.. sb may buat karipap sebelah petang,
jadinya hidangan ni merangkap makan malam sekali.. hehe..

kak madiha..
terima kasih kasih kak.. may paling suka mee rebus cik ani dari blog akak.. 1st time may makan yg ada campur kacang tanah.. mmg malatop..