Friday, 8 February 2013

nasi lemak kukus

selamat tengahari semua..
nasi lemak kukus.. merupakan entri untuk kali ini.. 


sebenarnya dah lama plan nak buat tp xterbuat2 juga.. hehe.. sebelum2 ni pun pernahlah buat tapi xpernah complete.. ada je bahan yg terkurang.. jadi sb nekad nak buat.. saya pun belilah bahan2 yang diperlukan.. maka terhasillah nasi lemak kukus ini..


resepi datangnya dari AMIE'S LITTLE KITCHEN.. resepi asal adalah nasi lemak sambal kupang.. tapi saya buat versi sambal ikan bilis.. mohon share disini pulak ye kak amie.. terima kasih..


NASI LEMAK KUKUS:
(saya buat 1/2)
  •  6 cawan beras wangi - cuci & toskan 
  • 600ml santan 
  • 3cm halia - ketuk @ hiris 
  • 3 ulas bawang putih - ketuk @ hiris 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5cm kulit kayu manis 
  • sehelai daun pandan - disiat & simpul 
  • sedikit garam 

CARA2NYA:
1. didihkan air dlm periuk pengukus.

2. sementara itu, didihkan santan di dalam kuali bersama halia, bawang putih,  bunga lawang, kayu manis & daun pandan.

3. masukkan beras & sedikit garam - kacau sekali sekala sehingga beras kembang &santan kering.

4. kemudian, masukkan campuran beras tadi ke dalam periuk pengukus.

5. kukus 20-25minit @ sehingga nasi benar2 masak.


SAMBAL IKAN BILIS:
  •  1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar (bahagi 2)
  • 1/2 cawan hirisan petai
  • 1 sudu pati asam jawa -  bancuh dgn sedikit air
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis 

BAHAN KISAR:
  • 30 biji cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 10biji bawang merah
  • 1.5cm belacan

CARA2NYA:
1. panaskan minyak secukupnya.

2. masukan bahan kisar & serai - tumis dgn api sederhana panas sehingga pecah minyak.

3. masukkan bancuhan pati asam jawa, garam & gula - biarkan mendidih sebentar.

4. bahagikan sambal kepada 2 bahagian - satu bahagian dibiarkan begitu & 1 bahagian lagi utk sambal ikan bilis.

5. dalam kuali baru,masukkan ikan bilis goreng, hirisan petai & hirisan bawang besar - masak seketika sehingga pekat - tutup api.


6. dalam kuali asal, masukkan baki hirisan bawang besar & masak seketika - tutup api. 


P/S = memandangkan saya tidak buat sambal kupang, 1 bahagian sambal utk kupang tu saya biarkan begitu sahaja.. kiranya untuk dijadikan exta sambal..

 jangan lupa juga untuk sediakan telur rebus, hirisan timun, kacang tanah & ikan bilis goreng.. barulah lengkap hidangan nasi lemak ini..

 siap & sedia untuk dihidangkan..

2 comments:

Amie said...

Waduh May! Anak-anak kakak tak boleh tengok nasi lemak... kalau dapat satu hari tu nak makan berkali2, kakak memang selalu buat tapi selang seli 2 atau 3 minggu sekali..masak kukus tahan sampai petang, tak basi. Tq May sudi cuba resepi ye.... nak tapau sepinggan ni bawa berenang balik ke Lahad Datu he he ehhh

Unknown said...

samalah kak... kami kat rumah ni pun makan nasi lemak ni seharian.. sampailah habis.. bgs jg.. sekali masak je.. hehe..