Saturday, 9 February 2013

sayur goreng campur


selamat malam semua.. petang tadi xmakan.. dah lewat malam ni barulah rasa lapar.. 
nak tido xboleh.. jawabnya masuk dapur juga lah.. hehe..


bila dah lewat malam ni... mood memasak mmg ditahap yg paling kritikal.. hehe.. jadinya, sayur goreng campur pun jadi lah.. makan mcm tu je tanpa nasi pun dah boleh kenyang..


SAYUR GORENG CAMPUR
  • brokoli - guna 1/2
  • 1 biji lobak merah saiz kecil
  •  5 biji cendawan butang dlm tin
  • 2 keping fish cake
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit sos tiram
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • sedikit bancuhan tepung jagung + air
  •  sedikit air
  • minyak untuk menumis


CARA2NYA:
1. panaskan minyak - masukkan bawang merah & putih, tumis hga naik bau.

2. masukkan fish cake & sayur - sayuran kecuali daun bawang - gaul rata.

3. perasakan dgn sedikit sos tiram & maggi cukup rasa.

4. tambahkan sedikit air & tutup sayuran seketika sehingga brokoli masak.

5. tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah & masukkan daun bawang - gaul rata - matikan api 

 sedia untuk dinikmati.. mudah & cepat kan.. hehe.. oklah,perut pun dah diisi.. jadi apalagi.. selamat malam semua..


4 comments:

Amie said...

Sedapnya May! Nak tolong ratah sayur campur ni... nyum nyum!

may agumo said...

jom kak amie.. ber"duet" kita meratah sayur goreng campur ni.. hehe..

Siti Sarah.Zakaria said...

Sedapnya..nk buat arini tp sos tiram takde pula. Hehehe

Siti Sarah.Zakaria said...
This comment has been removed by the author.