Monday, 4 February 2013

nasi goreng cina

selamat pagi semua..
 jom bersarapan dengan nasi goreng cina..


nak buatnya pun mudah & cepat.. kalau malas nak masak lauk.. inilah yg paling saya suka buat.. xkiralah utk sarapan pagi.. tghari @ mkn mlm.. anytime boleh.. hehe..


pernahlah terlihat seorang chef kat satu restoran ni masak.. saya order nasi goreng cina.. dia masak lah.. kebetulan saya lalu.. ada kat situ.. sambil2 tu jeling2 lah tengok mcmna chef tu masak.. yelah,dia pun xhalang kan.. hehe.. 

masa masak tu.. adalah dia letak sedikit sup @ stok rebusan ayam kat nasi goreng yg dah hampir siap.. lepas tu mula lah saya gunapakai bila masak kat rumah.. hehe..


sebenarnya banyak resepi untuk nasi goreng cina ni.. macam2 versi ada.. tapi bagi saya tentunya memilih yang paling simple tetapi yang paling penting menepati citarasa keluarga..


 BAHAN2NYA:

  • nasi putih - anggaran 1-2 org mkn
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus @ tumbuk
  • sedikit hirisan daging ayam
  • 4-5 ekor udang 
  • 5 biji bebola ikan (dipotong 2) - saya suka guna brand mushroom
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • segenggam sayur campur sejuk beku
  • maggi cukup rasa - sucukup kegunaan
  • sedikit sup @ stok rebusan ayam (optional)


CARA2NYA:
1. panaskan sedikit minyak - tumis bawang putih hingga naik bau.

2. masukkan pula hirisan daging ayam - masak sehingga daging ayam separuh masak.

 3. tambahkan udang & bebola ikan - teruskan masak seketika.

4. masukkan telur & kacau rata - kemudian masukkan nasi - gaul sebati.

5. tambahkan sayur campur & perasakan dengan maggi cukup rasa.

6. curahkan sedikit sup @ stok ayam - sikit je ya.. asal nasi nampak lembab.. jgn terlebih,nanti lembik pula.

7. teruskan goreng nasi hingga stok rebusan ayam mula mengering sedikit.kemudian,bolehlah matikan api.


 sedia untuk dihidangkan.. makan panas2 memang best.. lepas makan..
barulah ada tenaga nak buat kerja.. hehe..


oklah entri berhenti disini dahulu.. banyak kain baju menanti utk dicuci.. hehe..
selamat bersarapan & menjalani rutin harian di pagi hari..


3 comments:

CheKiah said...

hye May!
nmpk sdp sguh nasi goreng cina ni. Kak kay nk cuba buat sbb dia x kering sgt mcm sesetengah versi.

maaf kak kay nk btulkan sket ayat May so jgn mrh yer!

4-5 biji udang << shud be 4-5 ekor udang dear bkn biji :)

may agumo said...

hai kak kay.. tq betulkan ayat may.. nak cepat punya pasal lah tu.. main taip je.. hehe.. may dah betulkan ayat tu ya.. tq..

sHa AhM@d said...

salam..sedap nyer nampak..ada masa nak try resepi awak ni yer..tq..