Monday, 25 February 2013

udang masak cili kering

selamat sejahtera...
udang masak cili kering merupakan entri utk kali ini..


semenjak dua menjak ni.. dapur penuh dgn stok sayur.. so,apa saja lauk yg dimasak mesti dicampur dgn sayur2an.. dah rasa diri semakin berusia barulah sibuk nak makan sayur & buah2an.. hehe..


BAHAN A:
  • 15 ekor udang - bersihkan, buang kulit
  • 10 biji cili kering - potong panjang, basuh, toskan
  • 2 ulas bawang merah kecil - hiris nipis
  • 1inci halia - hiris nipis @ tumbuk lumat
  •  1 labu bawang besar - potong 4
  • 1/2 biji lada benggala kuning ( saiz kecil ) - potong dadu @ ikut suka
  • 1/2 biji lada benggala merah ( saiz kecil ) - potong dadu @ ikut suka
  • sweet @ snow pea - terpulang nak byk mana
  • 1 pokok daun bawang - potong panjang
  • sedikit minyak utk menumis

BAHAN B: 
  • kicap cair - secukup kegunaan
  • 1 1/2 sudu makan sos cili @ sos tomato
  • serbuk pati ayam tumix ( boleh ganti dgn pati ikan bilis ) - secukup rasa
  • sedikit air - terpulang nak kuah byk mana tp kalau kuah lebih, tambahkan sukatan sos cili & bahan perasa lain
  • sedikit bancuhan air + tepung jagung - utk pekatkan kuah


CARA2NYA:
1. panaskan minyak - goreng cili kering hga garing - angkat & ketepikan.

2. dlm kuali yg sama, tumis bawang merah kecil & halia sehingga naik bau.

3. kemudian masukkan udang - masak seketika.

4. tambahkan lada benggala kuning & merah, snow pea & bawang besar - gaul rata.

5. perasakan secukupnya dgn kicap cair, sos cili @ tomato & pati ikan bilis @ ayam - gaul rata & tambahkan air secukup kegunaan (saya letak air sikit je)

6. masukkan semula cili kering yg telah digoreng tadi & daun bawang.

7. pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung - gaul sebati - matikan api.

sedia untuk dihidangkan.. makan panas2 mmg best..


makan macam ni je dgn nasi panas2.. xperlu masak sayur lagi.. hehe.. sangat senang kerja saya kan.. ^_^..


4 comments:

Dede Thea said...

Wow menu istimewa nih,wajib dicoba kawan,mohon ijin mencomot resepnya nih,,,,

Amie said...

Rasa nak terkam je May... cantik & menarik!

may agumo said...

chef dede..
silakan mengambil resepinya.. terima kasih atas kunjungannya ya..

kak amie..
tq kak.. selalu luangkan masa ke sini.. really appreciate it..

linn BB said...

ni salah satu menu kegemaran saya.. mmg suka sgt2.. sedap!!!