Thursday 27 September 2012

puding roti bersama sos kastard

morning all.. nak cite lah yg semalam punyalah excited mencuba resepi dari CIK EPAL .. sudahnya selewat 11 malam saya start.. hehe.. resepi puding roti ni saya ambil dari blog cik epal.. kalau nak tgk resepi asal sila klik SINI  ye.. 



jujur cakaplah ye.. yang resepi ni mmg sedap.. untuk tekak saya lah.. tekak org lain xtaulah ye..  hehe.. lembut.. gebu.. "ringan".. ditambah pulak dgn sos kastardnya.. hmm.. xtau nak ckp apa lg lah.. pendek kata.. nyaman je puding roti ni bila melalui anak tekak.. lg2 sb saya ber"malamkan" dia dlm peti sejuk semalaman... bertambah2lah nyamannya.. hehe.. so.. big2 TQ to cik epal 4 the great recipe.. mohon saya syer di sini pulak ye cik epal.. TQ>>




resepi = puding roti
sumber = CIK EPAL


 
BAHAN ASAS :
  • 10 keping roti sandwich
  • marjerin (secukup kegunaan utk sapu roti) - saya guna buttercup
  • kismis (secukup kegunaan utk tabur atas roti) - saya gantikan dgn chocolate chip



 BAHAN PUKUL :
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung



BAHAN SUKAT : 
  • 300 ml full cream milk
  • 300 ml whipping cream



   BAHAN SOS :
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila



okey.. cara2 membuatnya..

BAHAN ASAS :
  1. potong kerak @ hujung roti. 
  2. sapu butter di kedua belah  permukaan roti.
  3. masukkan dan susun terus di dalam dalam loyang  - saya potong 2 roti sb guna loyang kecil. 
  4. ketepikan seketika..


 

BAHAN PUKUL :
  1.  dalam bekas lain.. pecahkan 3 bji telur - kat gmbr telur 2 biji je sb saya buat separuh adunan.. saya guna 2biji telur gred c..
  2. tambahkan gula..
  3. esen vanila..
  4. tepung jagung..
  5. satukan semua bahan dan gaul sebati..
  6. ketepikan seketika..



BAHAN SUKAT :
  1. sukat whipping cream dan full cream milk..
  2. kemudian bolehlah tuang bahan pukul dan bahan sukat (whipping cream&full cream milk) ke dalam loyang yg sudah diletakkan roti tadi..
  3. taburkan chocolate chip di atas permukaan roti.
  4. biarkan lbh kurang 30minit sehingga roti2 sdh mengembang..
  5. lepas tu.. bakar dlm oven (yg telah dipanaskan 10minit lbh awal) dgn suhu 180 c selama 30minit.



  BAHAN SOS :
  1. satukan susu cair,tepung kastard,gula dan esen vanila..
  2. didihkan atas api perlahan.
  3. matikan api bila sos dah mula pekat.
  4. sejukkan dalam peti sejuk..
  5. sos ni patut di buat awal2 sebelum mula membuat puding roti lagi sb sedap di makan bila dah sejuk.. lg lama dlm peti sejuk lg best lah rasanya kan.so,kena buat awal2 ye..


inilah hasilnya.. sejukkan lah kejap ye bila br kuar dr oven..  kalau masuk peti sejuk lg best.. saya buat malam.. esok pg baru makan.. 

 tuang sos kastard.. dan sedia untuk di habiskan.. hehe..
oklah,selamat mencuba  untuk yg berminat..

1 comment:

norsadira said...

Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com