Tuesday, 4 September 2012

chocolate roll cake




salam bersiaran di malam selasa.. kali ni saya xnak banyak celoteh.. nak terus bg resepi chocolate roll cake .. resepi ni sangat mudah dan bahan2 yg digunakan pun xbyk.. resepi ni saya ambil dr myresepi.. kalau nak tgk resepi asal boleh klik SINI ..

 




RESEPI = CHOCOLATE ROLL CAKE
SUMBER = MYRESEPI ( yani )


bahan2 utk kek :
  • 4 biji telur ( asingkan kuning dan putih telur)
  • 35 g tepung gandum ( di ayak )
  • 15 g serbuk koko (di ayak )
  • 50 g gula halus ( saya kurangkan kepada 40g ) 



bahan2 utk krim: *saya hanya menggunakan fresh cream
  • 125 g cream cheese
  • 150 g fresh cream@whipping cream
  • 30 g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon 

cara2 untuk membuat kek :



  1. pukul putih telur sehingga berbuih. 
  2. kemudian,masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dr kuantiti asal gula.
  3. pukul lagi hingga bertanduk.
  4. masukkan kuning telur satu persatu dan pukul dengan kelajuan perlahan. 
  5. off mixer.masukkan tepung & serbuk koko yg telah di ayak tadi.kacau perlahan guna spatula.  
  6. setelah sebati,tuang adunan ke dalam loyang 30x30cm ( saya guna loyang 20x30cm ) yg telah di alas dgn baking paper. 
  7. bakar dengan suhu 180 c selama 10 minit.kemudian sejukkan.
  
untuk krim pula:
  1. pukul cream cheese dan gula.pukul sehingga cream cheese lembut.
  2. kemudian,masukkan fresh cream dan jus lemon.
  3. pukul lagi sehingga teksturnya menjadi seperti cream.

  •  sapukan krim ke atas kek dan gulung perlahan2.
  • simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 1-2 jam sebelum dipotong. 









1 comment:

Anonymous said...

Sedapnya..