hmmm.... sebab dah bosan sgt.. saya pun buat lah cheesecake utk anak.. anak saya ni picky eater.. dia akan mkn cheesecake sahaja.. chocolate cake makan juga.. tp nak habiskan satu slice tu punyalah lama.. last2 bila tengok topping je yang rata.. yang lain faham2 je lah jadi apa.. kalah bubur dikerjakannya.. huhu..
kalau chocolate cake pun dia kurang nak layan.. kek2 lain lagi lah.. MEMANG dia xkan makan.. paksalah mcmna pun.. dia tetap xkan buka mulutnya.. haish.. kadang2 tu rasa tension juga.. yelah kena buat benda yang sama je.. bukan apa,sesekali nak juga try buat kek lain selain cheesecake or chocolate cake.. sb suami pun sama mcm anak.. yang suami pulak xsuka cheesecake.. dia suka chocolate cake..
so,bila nak buat kek, jadi pening pulak.. nak buat cheesecake anak je makan.. nak buat chocolate cake suami je makan.. last2 xterbuat.. hehehe.. bukan apa,nak habiskan setengah adunan (dari resepi asal) tu pun punyalah lama .. last2 saya jugalah yang makan.. mana xnya badan macam di pam2.. hihihi.. okeylah.. panjang pulak saya melencong kali ni.. terus dengan resepinya ye..
resepi simple cheesecake ni merupakan resepi dari biduri yang dikongsikannya dalam myresipi .. resepi ni lah resepi cheesecake pertama yang saya buat.. memang senang nak buat.. untuk yang amatur macam saya ni mmg kenalah try resepi yang simple.. yang susah2 tu letak dalam list je lah ye.. nak buatnya entah bila.. hehe.. apapun,TQ biduri untuk perkongsian resepi yang sememangnya sedap ini.. mohon share disini pulak ye.. terima kasih..
RESEPI = SIMPLE BAKED CHEESECAKE
SUMBER = MYRESEPI
RUJUKAN = BIDURI
BAHAN2NYA: (18cm)
- 250g cream cheese
- 200cc @ ml fresh cream @ plain yogurt- saya guna fresh cream
- 2 sudu besar jus lemon - saya gantikan dengan sunquick tp guna 1 SB
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 biji telur
- 90g gula
CARA2NYA:
- Panaskan oven 170 degree - Sapukan loyang dgn butter @ alas dgn kertas minyak.
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer @ blender. pukul biar sampai jadi cream
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
- Setelah hampir masak @ selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
No comments:
Post a Comment