Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Friday, 28 March 2014

Spaghetti goreng ala mamak


Selamat malam.. dinner yg cukup ringkas dgn spaghetti goreng ala mamak..
Disebabkan mee kuning dan sayur xde dlm peti sejuk maka saya pun tukarlah guna bhn yg ada..
Masa masak ni mmg main masuk je semua bhn yg apa kat dapur tu.. nak2 yg tgl secoet tu.. apalagi.. semua kita kasi masuk ya.. janji ada makanan yg terhidang sb perut sudah lapar :)



SPAGHETTI GORENG ALA MAMAK :
● Spaghetti
● Udang
● Isi ayam
● Fish cake
● Hotdog
● Bawang merah
● Bawang putih
 
● Daun bawang  
● Air

Bahan perasa :  
● Sos tiram  
● Sos tomato  
● Sos cili  
● Pati ayam tumix  
● Kicap pekat

Cara2nya :  
1.) Rebus spaghetti hga lembut - angkat & toskan.  
2.) Tumis bawang merah & bawang putih hga naik bau.  
3.) Masukkan isi ayam - udang - fish cake - hotdog.  
4.) Tambahkan sedikit air - Perasakan dgn bhn2 perasa secukupnya.
5.) Masukkan spaghetti - masak sehingga kuah agak kering @ pekat. 
 6.) Masukkan daun bawang - kacau seketika kemudian bolehlah matikan api.



Ni saya masak utk sorang makan je.. :)

   

Sesuai dimasak ketika hendak clearkan stock2 yg ada kat peti sejuk tu.. yg tgl sikit2 tu semua boleh masuk.. xdelah membazir kan.. yg penting perut pun kenyang.. 
 

Sunday, 31 March 2013

mee bandung

salam hujung minggu..
layan mee bandung time cuti2 ni best juga kan.. resepi dari MAI. I. SHARE.. 
mohon sahare disini pula resepinya ye kak mai.. terima kasih..


BAHAN A:
- 1 bungkus mi kuning/basah
- limau kasturi
- bawang goreng

BAHAN B (secukupnya):
- daging ayam -dihiris nipis
- udang basah


BAHAN C:
-10 biji cili kering -diblend
-1 ulas bawang putih – diketuk
-3 ulas bwang merah kecil -di ketuk
-2 ketul kiub pati ayam
-2 sdb sos tomato
-2 sdb sos cili
-1 sdb sos tiram
-1 sdm kicap cair
- air secukupnya  
- garam & gula


 BAHAN D:
- sawi
- cili merah
- daun bawang
- buah tomato belah 4
- cendawan tin


BAHAN E:
- tepung jagung ( bancuh dgn sikit air)
-
kacang tanah - ditumbuk ( saya xletak )


CARA2NYA:
1.
tumiskan bawang putih dan bawang merah, kemudian.. masukkan cili kisar - 
tumis hingga pecah minyak..

2.  masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap cair, garam, gula & air - biarkan merenih..

3. masukkan kiub ayam, kacang tanah, udang & ayam - biarkan mendidih.

4. pecahkan telur & biarkan hingga telur keras sikit ( saya xletak telur )
 
5. masukkan mi dan semua sayuran ( BAHAN D )... saya letak apa je sayuran yg ada.. kak mai letak lg byk ye..

6. akhir sekali masukkan sikit larutan tpg jagung - gaul sebati & tutupkan api

7.  hidangkan dgn hirisan cili merah, daun bawang, bawang goreng, limau kasturi..


 siap dan sedia utk dinikmati.. 


Monday, 11 February 2013

mee rebus cik ani

selamat malam.. mee rebus cik ani ini merupakan resepi dari chef wan.. tetapi sumber resepi datangnya dari  kak madiha.. menurut kak madiha pula,resepi ni sumbernya dari yatie memories yang dikongsikan oleh che mat gebu .. terima kasih utk kak madiha, kak yatie & che mat gebu..
mohon share disini pula ye..


 BAHAN2NYA: 
(saya buat 1/2 dari resepi dibawah) 
  •  1 kg mee kuning 
  • 150 g taugeh, buang ekor 
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis 
  • 2 biji cili hijau, hiris 
  • 1 biji cili merah, hiris 
  • 1 pokok daun sup, hiris 
  • 1 pokok daun bawang, hiris 
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2 
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 
  • Bawang goreng secukupnya 
  • Kuah mee rebus*

BAHAN2 KUAH MEE REBUS:
  • 1/4 cawan minyak masak 
  • 2 camca besar rempah kari daging 
  • 2 1/2 camca besar taucu, tumbuk lumat 
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit) 
  • 5 - 6 cawan air 
  • 500 g keledek 
  • 1 cm lengkuas, dititik 
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus 
  • 1 biji tomato, belah 4 
  • 7 biji bawang merah kecil* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus) 
  • Garam dan gula secukup rasa
  
CARA MEMBUATNYA:
1. daging dihiris nipis & rebus hingga lembut - kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dahulu.

2. rebus juga keledek hga lembut & kisar halus.

3. panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus iaitu bawang merah kecil, bawang putih & halia sehingga naik bau.

4. tambahkan taucu & rempah kari - kacau rata ( tambah air jika perlu )

5. masukkan daging - kalau daging rebus,masukkan sekali air rebusannya *, air, keledek & lengkuas.

6. masak perlahan selama 20minit.

7. tambahkan kacang tanah kisar & tomato, perasakan dgn garam & gula - masak hingga kuah pekat (selalunya utk kuah mee rebus perlu manis sedikit).

CARA PENYEDIAAN:
1. celur mee rebus & taugeh mengikut kuantiti yg diperlukan , kemudian letak dlm bekas yg sesuai.

2. kacau kuah & tuang atas mee.

3. letakkan telur rebus ( saya xletak sb habis stok ), taburkan dgn cili hijau & merah,tauhu,hirisan daun sup @ bawang (xletak juga sb xde stok.. hehe..), bawang goreng & perahan jus limau kasturi.


 sedia untuk dihidangkan.. hmm.. sememangnya sedap..

Monday, 29 October 2012

mee segera alasan atau ???

selamat malam.. entri yang begitu ringkas kali ni ye.. mee segera.. hmmm.. kalau dah musim hujan begini.. liat btl badan ni nak buat keje.. sampaikan masak pun malas.. ish.. ish.. ish.. (jgn tiru perangai saya ni ye).. hehe..




kadang2 tu rasa bersalah juga dgn anak sb bagi makan mee segera .. yelah makanan segera kan.. kurang elok lah utk budak2.. tp anak saya ni dah kurang dah makan .. dulu jadi stok utama kat dapur sb kalau bukan maggie dia xkan makan..


tp makin dia membesar dia dah kurang makan mee segera ni.. syukur sangat2.. tp ada masa dia minta juga.. xbagi kesian,bagi rasa bersalah pulak.. so.. saya hadkan.. makan maggie seminggu sekali.. kalau x banyak "wax" dlm badan.. bila explain elok2.. lepas tu,tunjukkan gambar wax tu.. dia jadi takut.. hehe..




kena main psiko juga dgn budak2 ni baru jalan.. kalau dok jerit.. pukul .. mmg xjalan punya.. hihi.. so,bila anak makan mee segera .. mummy nya pun ingin lah pulak.. ingin ke malas?kita tinggalkan soalan tu ye.. boleh? hehe..


tapi kan.. sesekali layan mee segera @ maggie goreng ni best juga.. lagi2 makan panas2.. buat extra pedas pulak tu.. fuh..  mau xcukup 1bungkus.. hihi..




resepi tu mesti korang tau camna nak buat kan.. so.. xyah bagilah ye.. kita layan gambar je okey?okeylah.. entri berhenti setakat ini dulu.. terima kasih pada yang sudi membaca..

Sunday, 16 September 2012

mee kari simple

selamat pagi semua.. kali ni entri di subuh hari ye.. hehe.. mata xnak lelap.. so,bolehlah update blog sekejap kan.. oklah,entri kali ni nak kongsi resepi mee kari yg paling simple (bg saya lah ye).. biasa kalau dah penat @ malas sgt nak masak.. xlain xbukan.. ini lah menu yg menjadi pilihan utama saya..






menu ni senang je nak masak sb main ala campak2 gitu.. semuanya main bubuh je.. pastu sgt "fleksibel" bila bahan2 lain xde/xmencukupi.. dgn seafood boleh.. dgn ayam boleh.. malah dgn sayur2an saja pun msh boleh.. menu ni ikut "kehendak" sang peti sejuk lah katakan.. senang cite, apa yg ada dlm PS  tu dia terima je dgn rela hati.. xda bantahan langsung.. hehe.. kira rasanya x"lari" sgtlah klau ada bahan yg kurang.so,bolehlah tgk resepinya kat bawah kalau ada yg berminat nak cuba ye..




RESEPI = MEE KARI


BAHAN A:
  • 2 ulas bawang merah kecil - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2  inci halia- tumbuk
  • 1 sudu kecil udang kering - rendam-tos-tumbuk
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan- bancuh dgn sedikit air - jadikan pes
  • 1 sudu makan cili kisar  nak lg pedas boleh lebihkan
  • isi ayam - terpulang nak banyak mana - hiris 
  • serbuk pati ayam secukup rasa
  • air secukup kegunaan

BAHAN B kalau nak rebus/celur dulu pun boleh
  • segenggam mee kuning 
  • 5 ketul bebola ayam
  • 2 tangkai sayur sawi 
  
BAHAN C 

  • 1 tangkai cili merah - hiris halus
  • 2 helai daun bawang - hiris halus
  • 1 sudu makan bawang goreng 


CARA2NYA: 

  1. bahan A tu kalau nak blender boleh,nak tumbuk pun boleh kecuali pati ayam,serbuk kari,air dan isi ayam.
  2. lepas tu,bolehlah teruskan menumis.. mulakan dgn bawang merah,putih,halia.tumis dulu hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan pes kari ikan.masak seketika.
  4. tambahkan isi ayam,udang kering dan cili kisar.masak lg seketika.
  5. lepas tu bolehlah tambahkan air dan biar sehingga kuah mendidih.
  6. sementara tunggu kuah mendidih,bolehlah hiris2kan bahan C.
  7. bila kuah dah menggelegak masukkan mee kuning dan bebola ayam
  8. agak2 mee dah masak,masukkan sayur sawi dan perasakan dgn serbuk pati ayam secukupnya.
  9. kacau rata.tutup api bila kuah dh mula pekat.
  10. KALAU dah rebus/celur bahan B siap2/awal2 tadi.langkah 7 dan 8 boleh abaikan.
  11. sebelum makan tambahkan hirisan cili merah,daun bawang dan bawang goreng.
  12. siap..






mudahkan.. masuk ini.. masuk itu.. gaul sana.. gaul sini... tup tup dah siap.. boleh makan.. hehe.. biasanya mee kari ni saya masak bila sorang kat rmh lah.. suami keluar bekerja.. anak pula pergi sekolah.. so,bila makan sorang2.. bolehlah masak yg simple dan cepat tetapi mengenyangkan.






oklah,mata pun dah layu.. otak pun dah tepu xtau nak tulis apa.. so.. tido dulu lah jawabnya kan.. oklah... semoga mimpi yang indah2 ye.. zzzzzzzzzzzzzzzz...........