Wednesday 28 August 2013

sate ayam - homemade

Selamat petang semua..
time2 begini layan sate ayam pun best juga kan.
jadi apalagi.. jom kita selongkar dapur.. mulakan pencarian bahan2.. hehe..


Sebenarnya masa buat sate ayam ni.. saya tak rancang pun.. tapi sb dapat permintaan dari suami dan anak yang sememangnya suka makan sate.. saya pun cubalah buat.. sb mmg sebelum ni,saya  tidak pernah langsung buat/masak sate.. jadi inilah masanya yg sesuai utk mencuba.. 



disebabkan tiada perancangan awal utk membuat sate & bahan2 pun terhad.. akhirnya saya memilih resepi ini.. itupun setelah puas meng"google".. hehe.. mohon share disini pula ye admin.. 
terima kasih..


 RESEPI = SATE AYAM
SUMBER = BUKU RESEPI N MASAKAN PELBAGAI


Bahan-bahan:
250 gm ayam (dipotong kecil) - saya guna chicken fillet
sedikit kulit ayam - saya tambah


Bahan Kisar :
5 ulas bwg merah (dikisar)
3 ulas bwg putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 btg serai (dikisar) 


Bahan Perapan :
2 sudu mkn serbuk jintan manis
2 sudu mkn serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa - saya guna brown sugar
lidi secukupnya
minyak utk merenjis


Cara-cara :
1. Gaul rata isi dan kulit ayam bersama bahan kisar dan bahan perapan.
2. Kemudian perap ayam - Kaup dan balikkan utk memastikan bahan perapan menyerap dgn baik.
3. Akhir sekali cucuk ayam pada lidi dgn kemas dan bakar.
4. Renjis2kan mnyk utk memastikan sate msk sempurna.
5. Utk hasil yg lbh sedap, perap ayam selama 30 minit @ lebih. 

*rendam lidi dalam air untuk beberapa ketika bagi mengelakkan lidi hangus ketika di bakar..
**ketika proses memerap,lebihkan gula utk mendapatkan sate yg lbh ber"karamel"..


 Jika anda ada pemanggang ajaib ni.. 
elok sangatlah gunakan time2 buat resepi sebegini..


 Disebabkan bantuan pemanggang ajaib ni.. senanglah kerja saya utk bakar membakar ni kan.. xperlu guna arang segala tapi hasilnya tetap umphh.. 


 hidangkan bersama kuah kacang dan bawang potong.. walaupun timun.. nasi impit.. ketupat.. xde.. 
tapi makan tetap makan ..^_^..


 

Sate tu saya bakar agak lama sikit sb telah diarahkan utk berbuat sedemikian.. hehe.. yelah.. lain org lain selera kan.. tapi yg pasti kami dlm rmh ni mmg suka sate yang hangit... barulah puas makan bila buat sendiri.. kalau xcukup boleh buat lagi.. persoalannya.. antara rajin @ tak rajin je..


Apapun.. Selamat Mencuba..



Tuesday 27 August 2013

sambal udang petai

salam sejahtera semua..
sambal udang petai.. resepi yang ringkas namun cukup membangkitkan selera..



ianya merupakan resepi asal sambal ayam penyet.. namun diolah dengan menggunakan udang..
untuk penggemar ayam penyet.. sudah semestinya saya menyukai sajian ini..
terima kasih kepada kak amie kerana mengetengahkan resepi ini..



RESEPI - SAMBAL UDANG PETAI
SUMBER - Kak AmieMamak Haji 

BAHAN-BAHAN:
  • 25 ekor udang kertas sederhana besar
  • 1 cawan isi petai
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja
  • 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam udang kering
  • 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak 
 
Cara:
1. Panaskan minyak - goreng udang kering sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini, goreng juga udang kertas hingga berubah warna dan toskan minyaknya. 
2. Masukkan cili merah & cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang merah, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
 
sedia untuk dihidangkan dan dinikmati..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
 
 

Friday 2 August 2013

Easy "Baked" Cheesecake

Salam sejahtera semua.. 
Easy "Baked" Cheesecake merupakan kek yang paling anak saya suka.. 
dan sudah semestinya saya pun suka sb teramat mudah utk membuatnya dan bahan2 yang diperlukan pun agak mudah didapati..



Sebelum2 ni saya selalu buat dengan base biskut dan topping plain je.. tetapi kali ni saya xbuat "base" sb kurang rajin sikit.. hehe.. lagipun anak saya xkan mkn biskut tu.. membazir juga lah kan.. Utk topping pula saya buat dengan cara yang paling mudah... ye taburkan saja dengan parutan cheddar cheese.. siap.. jimat masa dan tenaga kan.. hehe.. tapi not bad lah.. ala2 snow cheesecake gitu.. memang bertambah2lah rasa cheesenya..



RESEPI = EASY BAKED CHEESECAKE 

  • 250g cream cheese
  • 200 ml fresh cream/plain yogurt - saya guna dairy whipping cream
  • 2 sudu besar jus lemon - saya xletak
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 


Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 c - Sapukan loyang dgn butter @ alas dgn kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer @ blender - Mix sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak @ selepas 30 minit letak aluminium foil di atas permukaan loyang untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


    TOPPING :
    Susu pekat manis - secukupnya
    Cheddar cheese (block) - secukupnya


    1.) Sapu permukaan kek dengan susu pekat manis - sapu nipis je (fungsi untuk lekatkan Cheddar cheese dgn kek)
    2.) Parutkan cheddar cheese di atas permukaan kek



    Mudah bukan.. opss.. sila abaikan sekeliling @ bahagian tepi kek ya.. kurang rajin utk ke dapur inilah akibatnya.. main buat je dengan jalan yang mudah.. hehe.. xpelah kan sb nak mkn sendiri kat rumah.. bolehlah asalkan kek siap ^_^ 

     


     Oklah.. untuk yang berminat bolehlah cuba repepi ni k.. sesuai juga di buat manisan utk berbuka puasa.. yang penting mudah.. cepat & sudah semestinya sedap.. kredit sekali lagi utk BIDURI atas perkongsian resepi ini.. TQ sis..


    Selamat menjalani ibadah puasa untuk rakan2 blogger.. dan pengunjung yang sudi singgah sini walaupun agak lama juga saya tidak update blog dgn entri terbaru.. Semoga di bulan yang mulia ini.. kita semua dilimpahi dengan keberkatan.. Amin!!



    ** ^_^ **