Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Friday, 7 September 2012

butter cookies

salam pagi jumaat semua.. 2 hari xdapat update blog kerana sibuk.. so,entri kali ni saya nak berkongsi resepi butter cookies yg sgt simple.. saya dpt resepi ni hampir 2thn lalu xsilap ketika sibuk "jenjalan" di alam maya.. klik sana.. klik sini.. akhirnya ter'klik' resepi butter cookies ni..




tetapi.. saya lupa kat mana saya ambil resepi ni.. sb nya saya xsave dlm laptop.. masa tu saya terus salin dlm buku.. so,maaflah kpd tuan pnya resepi kerana saya xdpt bg kredit ye.. apapun,tq sb sudi berkongsi resepi yg mudah ini..  





bahan2nya :

  • 75g butter ( saya guna buttercup )
  • 150g tepung gandum ( keluarkan 1 sudu besar )
  • 1 sudu besar susu tepung ( saya guna susu tepung instant dutch lady )
  • 50g gula kastor
  • 1 biji kuning telur + 1 sudu kecil esen vanila ( pukul manje2 je,xperlu over beat )
  • pinch of baking powder

cara2nya :
  1. satukan tepung dan baking powder - ayak bersama.
  2. tambahkan susu tepung - ketepikan.
  3. satukan butter dan gula,kemudian,pukul sehingga gebu dan gula larut.
  4. masukkan kuning telur yg telah dipukul manja bersama esen vanila tadi.
  5.  teruskan pukul adunan sehingga sebati.
  6. perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.adunan akan jd seperti breadcrumbs.
  7. boleh off mixer dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  8. balut@tutup dengan plastik wrapping.biarkan seketika di dlm peti sejuk sebelum menerap corak kerana doh sgt lembut ( saya biar beberapa jam-lebih senang nak terap corak )
  9. setelah doh agak pejal sikit,bolehlah menerap doh menggunakan acuan bixkut yg anda suka.
  10. bakar dlm rak tengah dgn suhu 160 c selama 10-15minit @ bergantung oven masing2.
 *doh sangat lembut@mudah hancur.jadi PASTIKAN doh sudah cukup pejal baru mulakan proses menerap sb agak sukar jika guna acuan biskut berbanding bulat2kan dgn tgn shja.
*letak plastik cling wrap tu atas papan sebelum mulakan kerja 2 menerap utk mengelakkan doh melekat kat papan pencanai.
*suhu jg harus diberi perhatian sb lain oven lain ragamnya.jd,sentiasa perhatikan biskut anda ketika membakar.
*adunan ni xjadi banyak.. utk 3 beranak sekali mkn dh hbs.. so,boleh doublekan sukatan kalau nak buat byk@family ramai.




 sesuai sgt buat biskut ni ketika anak cuti sekolah.kita buat doh,bg anak yg hias @ terap corak.. tapi pastikan kita buat secukupnya dulu..pastikan dah masuk oven beberapa dulang br balance nya bg anak terap/hias.. kalau x mmg lg byk yg dibuang dr yg dimakan.hehe.. utk hiaskan biskut,ikutlah kreativiti masing2.. xpun bg je kebebasan kat anak utk tugas tu.. suka hati dia lah nak buat apa,janji boleh makan oklah tu kan.. 





esok sabtu.. anak cuti sekolah kan.. so.. mommy bolehlah plan aktiviti dgn anak.. selamat mencuba dan bergembira ya.. happy2 je,xyah tension sgt bila anak buat kotor.. rilex ok..
drpd kita buat "senaman" muka dgn mengerut dahi,besarkan mata.. latihan "vokal" lagi.. me"lontarkan"  suara merdu kita tu ,baik kita buat senaman muka dgn lebihkan senyuman.. kot2 pipi boleh kurang beberapa cm. hihi.. oklah,selamat mencuba..

Saturday, 1 September 2012

kuih makmur

salam petang sabtu semua.. dah minum petang ke? hmm.. bila dah penghujung raya ni.. confirm tekak ni baru nak merasa mcm2 kuih.. hihi.. yelah 1st-3rd day raya masa tu semua kuih xpandang.. pandang lauk pauk je.. huhu.. so,bila dah lelama ni barulah teringin nak mkn kuih kan..




so,memandangkan tekak ni teringin nak mkn kuih.. lagi2 makmur.. hmm apalg.. start enjin lah kat dapur tu.. hehe.. oklah sebenarnya resepi ni saya ambil dari "EVELYN GEMINA".. cuma saya buat separuh adunan je dr resepi asal.. yelah,nak mkn2 sendiri kat rmh je kan.. buat sikit je lah.. kalau nak tgk resepi asal boleh klik SINI.. apapun,tq evelyn 4 the recipe..


oklah,xnak tulis panjang2.. jap lg nak kuar rmh.. so.. kalau korang berminat nak try buat kuih makmur versi sabah ni bolehlah teruskan scroll ke bawah ye.. kali ni malas nak menaip so.. biarkan "gambar" yg bercerita ye..hehe..


             *tepung gandum tu goreng tanpa minyak sekejap ye @ sehingga gebu*


                             yang ni untuk buat inti .. 250g kacang tanah - goreng tanpa minyak kemudian 
tumbuk a7 satukan dengan 100g gula kastor.. siap & ketepikan..



100g susu tepung tu campurkan dgn 125g gula aising.. simpan dlm bekas kedap udara sebelum digunakan..


lepas tu... bolehlah mulakan proses membulat2kan doh menjadi bebola kecil seperti gambar diatas..
ambil doh.. bulat2kan.. letak inti & bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15-20minit.. lepas masak.. biarkan sejuk seketika baru digaulkan dgn campuran susu & gula aising tadi..


siap.. nampak senangkan.. so.. selamat mencuba..



Tuesday, 28 August 2012

chocolate chip cookies

salam dan selamat sejahtera semuanya ye.. memandangkan jari jemari ni "mogok" utk buat "OT" terpaksalah saya siapkan entri ni dgn kadar segera mengikut shif yg telah TERMAKTUB.. ingat tuannya je ke tau nak rest.. "10 beradik" ni pun tau nak rehat jg hokey.. hehe..






sebenarnya saya dh pernah buat chocolate chip ni beberapa kali tp anak dan suami xsuka pula.. so,disebabkan biskut ni tidak mendapat sambutan hangat dlm rmh,saya pun blacklist kan dia terus dr senarai cookies family.. boleh gitu? hihi..


tp bila jenjalan kat dapur kak melley mey.. fuyooooo.. mcm ada sesuatu yg memukau ku.. hehe.. disebabkan gmbar cookies kak melley yg mengancam tu,saya pun bagilah surat pelepasan blacklist kat en choc chip ni.nak bg dia peluang utk membuktikan ke"sedapannya" utk yg kesekian dan terakhir kalinya.. mungkin?








ok lah..  shif dh nak tamat ni.. kang xpasal2 "10 beradik" ni buat onar kat saya pulak.. naya jadinya nti.. hihi.. so,saya bg resepi dulu ye.. cerita en choc chip ni akan jadi siaran ter"gendala" buat sementara waktu.. ko ada?hehehe.. ok ok.. STOP.. RECIPE PLEASE!!! 


BAHAN A

  • 280 gm tepung gandum
  • 3 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu besar susu tepung
  • secubit garam


BAHAN B 
  • 250 gm mentega 
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm coklat chip
  • 100 gm kekacang ( ikut suka nak guna kacang apa)


cara2nya:

  1. ayak bahan A terlebih dahulu.
  2. pukul mentega,gula dan esen vanila sehingga kembang.
  3. masukkan kuning telur.kacau rata.
  4. kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit.gaul guna tangan/spatula.
  5. setelah adunan sebati,tambahkan coklat chip dan kekacang.gaul rata.
  6. sudukan/bentukkan jadi bebola/leperkan sedikit dan letak atas dulang pembakar yg telah di alas dgn baking paper terlebih dahulu.
  7. bakar selama 15-25 minit dgn suhu 160 c-guna api atas bawah.