Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

bubur ayam

selamat bersiaran..
entri yang cukup simple kali ini dgn bubur ayam..


bubur ni dimasak disebabkan anak demam.. tonsil bengkak.. bila tonsil dah bengkak.. kenalah makan yg lembut2 kan.. memandangkan anak mkn bubur.. kami suami isteri pun joinlah sekali.. bak kata suami.. dah lama xmakan bubur.. hehe..


BUBUR AYAM:
  • 1 pot beras - basuh - toskan
  • air secukup kegunaan utk masak bubur
  • 4 ketul ayam - saiz besar - buang tulang
  • 1 labu bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2cm halia - ketuk
  • 1 batang saleri - potong sederhana panjang
  • 1 biji lobak merah
  • serbuk pati ayam tumix - secukup rasa
  • stok ayam pekat maggi - secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  •  sedikit minyak bijan - bagi bau je

BAHAN SAMPINGAN:
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang


CARA2NYA:
1. satukan air & beras - masak seperti biasa.

2. sementara itu, dalam kuali yg lain.. panaskan sedikit minyak & tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga naik bau.

3. tambahkan saleri, lobak merah dan ayam - masak dgn api perlahan sehingga terbit minyak dari daging ayam - sentiasa kacau.

4. bila bubur dah separuh masak, guna whisk kacau2kan sedikit ( cara saya bg bubur cepat lembut & sedikit hancur ) - cara ni optional ya... 

5. kemudian, masukkan campuran daging ayam yg dimasak secara perlahan tadi ke dalam periuk yang berisi bubur ( masukkan sekali minyak yg terhasil dari tumisan daging ayam tadi supaya bubur  berbau wangi )  - teruskan memasak seperti biasa.

6. perasakan dgn  stok ayam pekat maggi dan serbuk pati ayam tumix.

7. matikan api bila bubur dah masak - letak beberapa titik minyak bijan di akhir proses memasak.



hidangkan bubur bersama ikan bilis goreng, bawang goreng & hirisan daun bawang.. tapi ni utk kami lah.. anak makan bubur tanpa bahan sampingan diatas..

 sedia untuk dinikmati.. 
sesekali layan bubur best juga kan.. xsedar habis satu mangkuk.. hehe..

Thursday, 10 January 2013

bubur anak lebah

selamat petang semua.. cuaca yang agak panas ni membuatkan tekak saya mencari sesuatu yang bukan sahaja sejuk.. tetapi manis.. hehe..


akhirnya, terjumpalah dgn resepi bubur anak lebah ni.. senang je nak buat.. tu yang saya beriya2.. sekejap je dah siap.. cuma nak tgu sejuk tu yang betul2 menguji kesabaran.. hehe...


resepi ni datangnya dari KAKBESAH @ MYRESEPI.. bila tengok resepinya senang & bahan2 semua ada.. teruslah saya mulakan projek..


okeylah.. jom kita tengok resepinya.. mohon share disini ye kakbesah.. terima kasih..


BAHAN2NYA:
  • 1 mangkuk besar cendol pandan
  • gula melaka + gula pasir secukur rasa/manis
  • 1 mangkuk @ lebih santan kelapa
  •  2-3 helai daun pandan - koyak & simpul
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukup kegunaan



CARA2NYA:
  1. masak gula melaka bersama sedikit air.. masak sehingga gula larut.. tapiskan jika perlu -  saya tapis..
  2.  lepas tu masak bersama santan, gula pasir, daun pandan & garam.. sentiasa kacau supaya xpecah santan - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2..
  3.  bila mendidih.. matikan api & masukkan cendol yg telah dibasuh & toskan airnya terlebih dahulu - kacau rata
  4. siap utk dihidangkan - saya sejukkan seketika lepas tu baru sejukkan sepenuhnya dlm peti sejuk sebelum dihidangkan..
  hmm.. saya mmg suka yang sejuk.. nyaman je masuk dlm tekak.. hehe.. oklah,entri berhenti disini..  selamat bersantai dipetang hari ye..

Wednesday, 2 January 2013

butir nangka @ bubur candil

selamat petang semua.. bagaimana hari anda? hari ni saya sedikit letih.. yelah,sekolah dah bermula.. so,kena lah bangun awal siapkan anak.. anak saya awal pagi dah buat hal.. melalak xnak p sekolah.. haish..


bukannya 1st time nak p sekolah.. tahun lalu dah masuk tadika.. ni kira tahun kedua.. semalam punyalah semangat nak p sekolah.. last2 bangun pagi td.. hmmmm... sabar je lah.. hehe..

yg plg menguji kesabaran tu.. dah smpai gate sekolah pun msh sempat buat drama airmata.. lepas tamat sesi kaunseling dari mummy.. akhirnya berjaya juga pujuk.. fuh,selamat.. hehe..



tapi.. berkampung juga lah kat depan class.. lenguh betul kaki berdiri.. nasib xlama.. dlm 30minit,anak dah okey.. saya & suami pun sepantas kilat menghilangkan diri.. hehe.. tp orientasi xlama.. 8:30am - 10:30am je..


okeylah.. kita lupakan psl budak sekolah ye.. kita beralih dgn resepi pulak.. butir nangka @ bubur candil ni saya rujuk dari ikha ibrahim yg dikongsikan dlm group masakan mai share recipe... tapi saya buat dgn pelbagaikan warnanya supaya nampak menarik sikit.. mohon share disini pula ye ikha.. terima kasih..


BAHAN2NYA (BEBOLA PULUT) :
  • tepung beras pulut
  • secubit garam
  • sedikit air kapur - saya xletak
  • pewarna makanan - saya guna 4 jenis warna
  • air secukup kegunaan


BAHAN2NYA (KUAH SANTAN):
  • santan
  • gula - saya guna gula melaka
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • biji halba - saya xletak

CARA2NYA:
  1. satukan tepung beras pulut, air kapur & garam di dalam satu bekas
  2. tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga tepung tidak melekat di tgn & mudah dibentuk
  3. bahagikan kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg kita nak
  4. masukkan bebola yg sudah siap dibulat2kan ke dlm air mendidih
  5. bila bebola sudah timbul ke permukaan air, angkat & masukkan ke dlm air biasa @ air sejuk
  6. didihkan pula semua bahan2 kuah santan dgn api perlahan sambil terus dikacau
  7. bila kuah dah mendidih, sejat @ toskan bebola kemudian baru masukkan ke dlm kuah santan

sedia untuk dinikmati.. korang pilih lah nak makan suam2 atau sejuk.. saya pilih kedua2nya sekali.. 
hehe..

selamat mencuba ..  ^_^

Sunday, 9 December 2012

bubur keledek dengan bebola pulut

selamat malam semua.. 
entri kali ni seringkas yang boleh ye.. sebabnya kurang sihat sikit.. ^_^




bubur keledek dengan bebola pulut ni merupakan resepi dari.. (siapa lg kalau bukan.. hehe..) EVELYN GEMINA.. tetapi resepi asal menggunakan keladi sebaliknya saya menggunakan ubi keledek merah & kuning.. 

bukan nak derhaka dgn resepi tetapi sb tiada stok keladi di rumah.. hehe.. sorry ya lyn.. terpaksa sesuaikan dgn bahan yang ada..




sebenarnya selalu juga buat bubur keledek ni.. tapi xpernah pulak makan bersama bebola pulut.. so,bila semua bahan ada.. saya pun try lah buat resepi ni.. lgpun,saya mmg suka pulut.. apa je jenis makanan yg gunakan beras @ tepung pulut mmg saya suka.. 




so,bila makan bubur ni ala2 mcm makan onde2 sebab saya wanakan dgn pewarna hijau.. saja nak bg colourful supaya menarik minat anak makan.. tapi gagal juga.. muahaha.. oklah.. jom kita tgk resepinya.. p/s.. saya copy paste je ya lyn.. tiada kerajinan mau menaip bah.. hehe.. tq ya..




Bahan2:
1kg ubi keladi, kupas kulitnya & potong kecil2 - saya guna keledek
1 kg santan pekat segar
6 sb gula melaka / gula pasir (tambah kalau suka manis) - saya guna gula melaka
1 paket sagu, rendam dalam air sejuk
250g tepung pulut - saya warnakan hijau
Air secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Rebus ubi keladi dalam periuk hingga lembut. 

2. Masukkan 1/2kg santan, gula melaka & sagu yang telah di rendam tadi. Biarkan mendidih guna api perlahan.

3. Sementara itu, didihkan air guna api perlahan dalam periuk kecil yang lain. Masukkan tepung pulut dalam bekas & masukkan air sedikit demi sedikit hingga tepung pulut menjadi doh yang lembut. 

4. Bentukkan tepung pulut menjadi bebola kecil & masukkan terus kedalam air panas tadi, Bila bebola pulut timbul, bermaksud sudah masak. Angkat & masukkan ke dalam bubur keladi tadi.

5. Akhir sekali, masukkan baki 1/2 santan pekat tadi, biekan mendidih sekejap baru matikan api. Boleh di hidangkan panas2 atau sejuk.




sebenarnya suka makan bubur ni lepas disejukkan dalam peti sejuk.. nyaman jak masuk anak tekak.. hehe..  tetapi disebabkan demam + selsema + batuk kenalah makan suam2.. oklah.. entri stop disini.. selamat mencuba ^_^