Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

homemade strawberry yogurt

selamat bersiaran..
update blog kali ni dgn HOMEMADE STRAWBERRY YOGURT..


sebelum ni saya pernah kongsikan resepinya.. tp dahulu saya gunakan plain yogurt & kali ni saya gunakan strawberry yogurt.. saja2 mencuba guna strawberry yogurt.. nak tgk menjadi ke x kalau xgunakan plain yogurt.. tp syukurlah sb menjadi.. okeylah.. untuk tutorial boleh rujuk sini SINI ye.. 



  BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna strawberry yogurt
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   

CARA2NYA:
1.  tuang susu segar dalam saucepan.. kemudian, tambahkan susu tepung dan gula.. 
 kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..

2.  didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

*untuk yang xde termometer.. boleh celup jari dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat.. saya xguna termometer - saya celup jari lbh kurang 15saat je..

3. setelah campuran susu mencapai suhu yang sepatutnya..  masukkan susu ke dalam thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..

4.  kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi.. 

5. tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 

6. untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala kecil.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

7.  selepas 8 jam bolehlah buka tuala & penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dinikmati utk rasa yg lebih sedap..



  jangan pelik pulak kenapa warnanya xpinkish.. sebabnya saya xletakkan pewarna.. biar original gitu... hehe.. masa nak makan tu.. saya tambahkan dengan fresh strawberry yg di potong dadu kecil.. hmm... very refreshing.. mmg setanding dgn yogurt readymade kat pasaran.. oklah, untuk yg berminat selamat mencuba ya.. ^_^..

Monday, 25 March 2013

homemade playdough

selamat pagi.. cuti sekolah dah bermula.. 
jom kita buat play-doh utk anak.. jimat dan menyeronokkan..


sebelum ni saya pernah kongsikan cara membuatnya secara step by step di SINI.. 
tetapi untuk kali ni sumbernya dari MARTHA STEWAR - CRAFT..  bahan2 yg digunakan sama je dgn sebelum ni cuma dahulu menggunakan sukatan gram dan kali ni sukatan dlm cawan.. so,pilihlah mana yg korang rasa senang ye..




HOMEMADE PLAYDOUGH:
  • 1 cup flour
  • 1/2 cup salt
  • 2 teaspoons cream of tartar
  • 1 teaspoon cooking oil
  • 1 cup water
  • Food coloring as needed

 1.)  In a heavy saucepan, mix the ingredients.

2.)  Cook on a medium heat, stirring constantly for 3 minutes or until mixture pulls away from sides of pan. It will have the consistency of mashed potatoes.

3.) Remove from heat - let cool for 1 minute and then knead. It should have a soft, smooth texture.

4.)  Play dough can be stored in airtight containers and will keep for several weeks.


mudah je kan membuatnya.. 
simpan dlm bekas mcm ni senang anak nak pilih dgn tgk warnanya..
pastikan selepas bermain, anak masukkan play-doh dlm bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.. oklah,selamat mencuba..


Monday, 18 February 2013

homemade mashed potatoes & gravy

selamat petang..
entri kali ni nak berkongsi resepi homemade mashed potatoes & gravy..


untuk mashed potatoes.. saya gunakan resepi milik ujenzz@myresepi..   manakala resepi sos@gravy sumbernya dari dapur kak madiha.. dan daun pandan merupakan pemilik resepi.. terima kasih dan mohon share disini pula ye ujenzz, kak madiha & daun pandan.. TQ..


MASHED POTATOES:
  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2 )
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus - saya guna yang serbuk tapi saya tak letak 1sudu kecil.. saya letak sikit je..
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa 

CARA2NYA: 
1. Rebus kentang dgn sedikit garam 

2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur 

3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.

4. Sambil putar, sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

p/s - untuk mashed potatoes ni saya buat agak lembik sikit ye.. saja nak sesuaikan dgn selera anak.. senang dia nak telan..



SOS KENTANG PUTAR (GRAVY) :
  •  650ml air
  • 5 sudu besar stok ayam ( dlm botol ) - kak madiha guna 1 kiub ayam brand knorr
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang saderi 
  • 40gm mentega
  • 20gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit kicap pekat - utk bagi warna
  • garam secukupnya - saya xletak


CARA2NYA: 
1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.. Renihkan dalam 10 minit - Tapis ke dalam mangkuk. 

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum - Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.   

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tepung tak bergentel. 

4. kemudian, masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat - Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai - NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin. 

 inilah stok ayam dlm botol yang digunakan dlm resepi di atas..  tapi saya letak 4sudu besar je stok ayam ni.. garam pun xletak.. sb takut masin.. hehe.. tapi lain org lain citarasa kan? so,buatlah yg menepati citarasa masing2.. 

 siap pun.. sejak dah tahu buat ni.. asyik nak buat je.. pantang tengok ubi kentang.. mesti nak buat.. hmmmmm....


Wednesday, 31 October 2012

make your own play dough

selamat malam semua.. entri kali ni berlainan sikit ye.. sesekali buat kelainan,apa salahnya kan.. yang penting info yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama.. lagi2 untuk para ibu seperti saya.. kalau dah ada anak... banyak juga duit yang kita perlu keluarkan untuk tujuan "santai".. yelah,budak2 mana tau buat kerja lain selain makan,tido,main.. 

bila cakap pasal main.. kopak juga lah duit bli mainan kan.. mcm2 yang diminta.. xbagi.. mengamuk kat shopping complex.. last2 kita terpaksa mengalah sb malu.. muahaha.. yelah kan.. kalau semua mata dah tertumpu pada kita.. mau xmalu.. hihi..



tapi.. xsemua benda tu kita perlu beli.. ada yang kita boleh buat sendiri.. contohnya play dough..  rasanya korang pun tahu kan harga play dough tu berapa.. lagi2 kalau bli kat TOY r TUT.. hehe..   tu baru 1 warna.. bayangkan kalau anak minta 4 warna.. mau xbertekak kat situ juga.. hehe.
    
     so.. buatlah sendiri di rumah.. duit pun jimat.. tp yang lebih penting bebas bahan kimia.. sebenarnya dah lama saya nak buat lepas tgk cara2nya kat paper dulu.. pastu tgk lagi kat youtube.. semangatlah konon2nya nak buat tp xterbuat2 juga.. hari ni terlebih rajin.. tu yang buat.. lgpun       musin hujan kan.. sian anak bosan terperap di rumah..


okeylah cukup cerita pasal alam keibuan ye.. skrg kita cite psl resepi nya.. resepi ni saya ambil dari MYRESEPI.. dan cik puan kesum merupakan pemilik resepi homemade play dough ni.. mohon share disini ye CPK.. terima kasih..


BAHAN2 YG DIPERLUKAN:
  • 100gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 150ml air paip
  • 50 gm garam
  • 1 sudu kecil pewarna makanan - boleh tambah kalau nak warna terang


CARA2NYA:
sediakan periuk yang sesuai.. masukkan tepung.. pada tahap ini BELUM dimasak atas dapur gas ye..



cream of tartar



garam..



minyak masak..



 kacau hingga sebati..



Kemudian.. kacau pewarna & air - tuangkan kedlm adunan tadi. kacau hingga sebati -  saya tidak campurkan pewarna ye.. saya biar plain sahaja..



 kacau rata kemudian barulah di masak di atas dapur gas dengan api sederhana  - saya guna api slow



 teruskan mengacau adunan tepung tanpa henti sehingga menjadi doh (dari cecair menjadi pejal).. matikan api dan uli untuk satukan kesemua doh yang melekat pada periuk.. (hati2 panas ye)..
balut dgn cling film dan masukkan ke dalam peti sejuk utk disejukkan - saya skip step ni.. saya biar  sejuk sekejap pada suhu bilik je..



selepas doh sedikit sejuk.. uli sehingga menjadi doh yang lembut.. elastik dan licin..



yang ni cara saya ye sb saya xcampurkan pewarna sekali dengan air pada step awal tadi.. bahagikan doh kepada beberapa bahagian.. untuk 100gm tepung gandum ni saya rasa elok@cukup setakat 3 warna sahaja.. (untuk seorang anak main je lah ye) .. saya bahagikan doh kepada 3 bahagian utk mendapatkan 3 warna yang berbeza..



sediakan pewarna makanan..



ambil satu bahagian doh.. leperkan.. dan letak sedikit pewarna makanan di atasnya..



tarik doh di bahagian luar menghala ke dalam.. (untuk mengelakkan tangan kotor terkena pewarna).. ulang langkah ni sampai kesemua pewarna sudah tertutup.. kemudian uli seperti biasa..



uli sehingga warna sebati.. 



ulangi proses ini untuk warna yang lain pula.. buat sampai doh habis..



dah siap pun.. boleh lah bagi pada anak untuk bermain..








masa ni penat kita pun hilang bila tengok anak happy bermain kan..




simpan di dalam bekas untuk doh tahan lebih lama.. mudah kan.. okeylah.. entri stop di sini dulu ye.. kalau rasa xde aktivit atau tgh bosan2 tu bolehlah try buat homemade play dough ni.. kalau anak xde lagi.. boleh lah buat untuk adik ke tau anak sedara.. sepupu ke.. siapa2lah kan.. yang pasti tentu kanak2 tu happy.. okeylah.. selamat mencuba kepada yang berminat..

Wednesday, 26 September 2012

homemade yogurt

Good morning.. 
entri kali ni berkisar tentang "homemade yogurt"..  saya punyalah happy sb dah boleh buat yogurt sendiri kat rmh.. bkn apa,anak saya mmg suka yogurt.. kalau beli kat kedai.. kejap je hbs.. lepas tu kena beli lagi..


so,kenalah cari inisiatif lain kan.. nak save cost dan bersih.. lagi2 untuk budak kecil mudah sgt kena jangkitan kuman.. jadi, baik kita buat sendiri apa yg boleh..

resepi ni saya ambil dari dapur maktam ..   dan menuru maktam.. resepi ni dipetik dari suratkhabar GUARDAN dan penulisnya ialah HUGH FEARNLEY  WHITTINGSTALL.. tq mr HUGH for the great recipe.. dan terima kasih juga kepada DAPUR MAKTAM kerana megetengahkan resipi ini.. izinkan saya berkongsinya di sini pula ye.. TQ>> 

    okey.. resepi ni saya tulis dalam versi "pemahaman" & cara saya buat.. saya tidak ikut "sebijik2''  @ sepatah2 perkataan dlm resepi asal sb saya nak ianya mudah untuk difahami.. so, kalau nak tgk resepi asalnya sila klik SINI ..


BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna plain yogurt marigold
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   


CARA2 MEMBUAT:

  kalau boleh.. rendam/basuh bekas/botol yang kita nak guna dengan air suam.. 
kira nak matikan kuman lah ye.. 


 tuang susu segar dalam saucepan..

 


tambahkan susu tepung dan gula..


kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..


didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

okey.. untuk yang xde termometer.. boleh try celup jari (pastikan basuh tgn dulu ye) dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat..


kemudian, masukkan susu yang telah didihkan awal tadi dalam bekas thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..


 kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi..


tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 


untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

selepas 8 jam bolehlah buka penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk.. bg sejuk dulu br sedap makan.. 

kalau yogurt tu masih cecair maksudnya percubaan anda utk buat yogurt gagal.. hehe.. salah satu penyebabnya disebabkan oleh suhu yang kurang sesuai.. saya sendiri telah mencuba 3kali barulah berjaya.. so,kalau xberjaya kali ni,jgn putus asa ya.. cuba lagi..

selepas disejukkan.. inilah hasilnya.. 


fresh from refrigerator..  beginilah teksturnya..


 sedia untuk dinikmati..kalau suka makan dengan fresh fruits, madu atau apa2 je.. bolehlah tambahkan sebelum makan.. saya lebih suka yang plain begini.. oklah.. entri stop di sini dulu ye.. selamat mencuba.